Monday, February 1, 2010

BANKUET "SIRIH PULANG KEGAGANG" ALUMNI UUM CHAPTER SABAH.

Bila mana kerja keras menampakkan hasil yang berbaloi untuk dikenang adalah sesuatu rasa yang sukar untuk digambarkan. Pengalaman sebegini mana mungkin mampu dibeli dengan wang ringgit. Hasrat untuk mengumpulkan rakan-rakan lama dari Universiti Utara Malaysia terlaksana juga akhirnya. Banyak rintangan dan dugaan dalam menjayakan usaha sebegini. Sebenarnya hendak mengajak orang berkerja tanpa memberikan imbuhan adalah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan. Apa yang diperolehi dalam kerja kesukarelaan sebegini hanyalah sekadar "pengalaman" dan "kepuasan". Berapa ramai yang mampu menyumbangkan tenaga dalam merealisasikan sesuatu yang tampak memenatkan dan nampak semacam tiada pulangan. Jawapannya "tepuk dada tanya diri". Saya sesangat menghargai sumbangan rakan-rakan dalam membantu saya merealisasikan Program Seminar dan Bankuet ini. Kejayaan ini milik bersama. Terima kasih setingginya kepada yang berkerja dan semua yang hadir menjayakan program ini. Salam..

Pengarah Eksekutif
Program Seminar dan Bankuet
"Sirih Pulang ke Gagang"
Universiti Utara Malaysia Chapter Sabah.