Thursday, May 5, 2011

UUM TERBEBAN

Telah lama tidak menulis kerana kesibukan namun bila membaca Berita Harian Muka Depan hari ini bertarikh 6 Mei 2011 bertajuk REBAT UUM GAGAL (Baca Sini), rasa terpanggil untuk meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak terhadap kedegilan untuk memberikan Rebat Cukai Tanah terhadap tapak Universiti Utara Malaysia walaupun setelah 6 kali rayuan dibuat. Saya sangat percaya bahawa menuntut Ilmu adalah ibadah dan jatuh kepada hukum Wajib kepada semua umat Nabi Muhammad saw, maka dalam soal memberikan pendidikan sewajarnya tidak ada kompromi dalam pelaksanaannya. Justeru bagi Persatuan Alumni UUM Chapter Sabah mengambil langkah memudahkan urustadbir perjalanan Universiti wajar menjadi prioriti agar Gedung Ilmu ini mampu merancang serta melaksanakan penghasilan Modal Insan yang berkualiti.

Alumni UUM Chapter Sabah telah melaksanakan tanggungjawab sosial dengan mengadakan beberapa program antaranya Seminar "Sirih Pulang ke Gagang", Bankuet Dwi Tahunan, Program Budi Bakti, Ramah Mesra Aidilfitri bersama anak-anak Sabah di UUM, Program Budi Bakti; SMK Telaga Pitas, Program Bicara Ilmu (Ceramah Motivasi) dan beberapa program lainnya. Alumni UUM Chapter Sabah juga telah mampu menyumbang kepada 2 buah sekolah pedalaman buku bacaan bagi membantu perkembangan serta minat membaca dikalangan pelajar. program ini akan diteruskan secara istiqomah,Insyallah. Dengan rendah diri dan jauh dari riak saya inigin mengatakan bahawa segala kos pelaksanaan program-program ini adalah atas tanggungan ahli-ahli Alumni UUM Chapter Sabah tanpa mendapat sesen pun daripada Universiti Utara Malaysia mahupun daripada Persatuan Alumni UUM pusat sekalipun. Tidak perlu saya nyatakan berapa ratus ribu telah kami belanjakan dalam melaksanakan semua program-program ini kerana apa yang lebih penting adalah, inilah balasan kami terhadap Almameter kami tercinta iaitu Universiti Utara Malaysia.

Kami adalah hasil daripada perjuangan Universitu Utara Malaysia dan kami tidak terfikir untuk menyusahkan Universiti tercinta kami yakni UUM dan kalau diizinkan Allah swt sehingga tidak berubah niat ini kami akan terus mengangkat serta menjulang Almameter kami ke puncak yang sewajarnya. Kalau kami sebagai Alumni yang tidak mempunyai apa-apa sumber ini mampu untuk tidak membebankan Universiti kami kenapa pulak pihak Kerajaan Negeri Kedah tidak mampu memberikan ihsan terhadap 6 kali permohonan pihak UUM ini.

Justeru saya sebagai Setiausaha Alumni UUM Chapter Sabah menyokong Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak, Naib Censelor UUM untuk permohonan pihak Universiti bagi memberikan rebat bayaran agar duit pengurangan itu boleh dijana bagi pembangunan lain yang lebih penting. Merayu juga kepada pihak Kerajaan Negeri Kedah agar mempertimbangkan sedalamnya kesan tindakan mereka. Apa yang pasti, Universiti bukan tempat mencari dan mengukur UNTUNG DAN RUGI. Tidak akan rebah Negeri Kedah hanya kerana kekurangan 1.6 juta setahun. Seharusnya Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Pas ini melihat pengurangan ini sebagai pelaburan jangka masa yang panjang untuk pembanguan Modal Insan yang Cemerlang.

Sekian...

Asmarah Bin Rikun
Setiausaha Alumni UUM Chapter Sabah.