Wednesday, April 8, 2009

PILIHANRAYA OH PILIHANRAYA...

Semalam baru berakhir detik penentu sumber kekuasaan atas nama 'Demokrasi'. Keputusannya sudah diketahui. P59 Bukit Gantang, Perak, dimenangi oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Pas), N25 Bukit Selambau dimenangi oleh S.Manikumar (PKR) dan N29 Batang Air dimenangi oleh Malcom Mussen Lamoh. Apapun kisahnyanya, pengundi sudah menentukan siapa pemimpin yang layak memimpin mereka. Ramai juga yang telah membuat ramalan mereka sendiri sebelum keputusan diketahui dan tidak terkecuali saya sendiri. Betul atau tidak ramalan-ramalan itu hanya siperamal mengetahuinya setelah membandingkan dengan keputusan sebenar yang telah diumumkan semalam. Saya bukan ingin bercerita tentang kemenangan calon tetapi lebih berminat tentang sikap para penyokong terhadap sesuatu calon atau parti tertentu. Arus Media Perdana memaparkan bagaimana alkisahnya sikap-sikap para penyokong ini sehingga ketahap sanggup bertindak mengikut naluri sendiri. tidak terkecuali juga cerita sebegini di laungkan oleh media-media alternatif yang lain. Kedaulatan Undang-undang seolah-olah tidak diendahkan malah segala kebenaran bagaikan terletak ditangan sendiri. Pihak berkuasa terutama pihak PDRM bagaikan hilang taring setelah badan penaung keselamatan dan ketenteraman dalam negeri itu diserang dari pelbagai sudut oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab serta mementingkan diri serta matlamat pribadinya.

Dakwan-dakwan tidak berasas yang dilemparkan menyebabkan pengikut bertindak agak keterlaluan. Sedari perlakuan caci maki, ejek-mengejek, pertengkaran, pergaduhan malah ketahap menahan bas kerana tanggapan yang tidak munasabah. Kemenangan yang besar diperolehi Pas dan PKR sepatutnya memalukan penyokong-penyokong tegar mereka ini bahawa dakwan-dakwan mereka sebelum itu terutama berkenaan dengan "hantu2" ini tidak benar. masakan boleh beroleh majoriti besar kalau sekiranya perkara itu berlaku. Bilakah agaknya kita benar-benar matang dalam tindakan kita? Adakah perlu juga diajar semula tentang prinsip-prinsip RUKUN NEGARA? Janganlah kiranya kita merjadi 'alat' sehingga akhirnya akan menyusahkan diri sendiri serta keluarga. Lagi malang kalau turut menjejaskan imej Negara bertuah bernama Malaysia ini.

Mudah-mudahan Negara kita akan kekal AMAN dan BERDAULAT selamanya... amin..

2 comments:

  1. mudah-mudahan Negara kita akan kekal AMAN dan BERDAULAT selamanya....amin.....apapun keadaan ini akan berterusan sekiranya PENJENAYAH-PENJENAYAH BANGSA dan NEGARA akan terus mempengaruhi generasi muda kita agar mempersendakan AGAMA, INSTITUSI RAJA, KERAJAAN, NEGARA dan PERPADUAN di Tanah yang tercinta ini....fikir-fikirkan...apakah langkah2 yang terbaik utk menyedarkan PEROSAK-PEROSAK NEGARA ini....

    ReplyDelete
  2. pihak PDRM tidak perlu gentar dengan desakan-desakan dari mereka yang dikatakan sebagai PENGKHIANAT BANGSA, AGAMA dan NEGARA. Kuasa ditangan PDRM dalam menetukan keselamatan NEGARA masih terjamin. Apa yang penting, laksanakan tugas dengan telus, jujur dan amanah bagi mengelak tomahan yang tidak sepatutnya dilemparkan ke atas badan itu.
    PILIHANRAYA merupakan suara rakyat yang berdemokrasi untuk memilih pemimpin yang boleh membawa suara mereka kepada saluran yang betul, bukannya tempat untuk memenuhkan poket masing-masing. kita lihat sahaja, bila tiba waktu PRU atau PRK, masing-masing ingin kehadapan untuk melobi pelbagai projek, kononnya untuk membantu rakyat, walhal perkara ini telahpun disedari oleh masyarakat setempat bahawa taktik tersebut merupakan satu cara yang sudak BASI dan TAK BOLEH PAKAI. Apa yang penting sekarang, laksanakan MASALAH rakyat dan kurangkan berpolitik, caci maki sesama bangsa. Slogan 'SATU MALAYSIA, RAKYAT DI DAHULUKAN DAN PRESTASI DIUTAMAKAN' merupakan pendekatan yang tepat dalam era politik masa kini, kerajaan perlu menambat kembali hati masayarakat M'sia untuk meyakinkan masy bahawa kerajaan masa kini bukan hanya beromong kosong, pastikan apa yang dijanjikan akan dikotakan supaya rakyat tidak bosan dengan LAKONAN pemimpin NEGARA

    ReplyDelete