Tuesday, July 2, 2013

ANALISIS AWAL: PERBANDINGAN UNDI POPULAR MENGIKUT NEGERI - NAJIB VS ANUAR

Salam...

Analisis ini adalah berdasarkan pengiraan kepada pengundi yang mengundi pada PRU 13 bagi Kerusi Parlimen seluruh Negara. Walau bagaimanapun pengiraan dibuat hanya kepada pengundi yang mengundi bagi parti BN, dan Pakatan Pembangkang (PP) iaitu PAS, PKR dan DAP. Tujuan analisis ini adalah bagi melihat populariti mengikut negeri dan membuat perbandingan penerimaan setiap penduduk negeri sama ada menerima kepimpinan DSNR ataupun DSAI berdasarkan fakta nombor.

PETUNJUK:

BIRU GELAP   - Menunjukkan Negeri yang dikuasi BN dari segi undi POPULARITI
BIRU LANGIT - Menunjukkan Negeri yang dikuasai PP dari segi undi POPULARITI
PUTIH              - Menunjukkan negeri yang seimbang kemenangan antara BN dan PP namun masih ada perbezaan ketara dari segi undi POPULAR



Semua data-data diperolehi daripada www.spr.gov.my

Banyak yang boleh dinilai sebenarnya... ini sebagai permulaan...




















Friday, June 28, 2013

BILA ANUAR IBRAHIM SUDAH BERSUMPAH?



Bahawa saya Anuar bin Ibrahim, setelah dipilih sebagai seorang Ahli Dewan Rakyat dengan sesungguhnya BERSUMPAH, bahawa saya akan dengan jujur melaksanakan kewajiban-kewajiban saya sebagai yang demikian dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada MALAYSIA dan akan MEMELIHARA, MELINDUNGI, serta MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN nya.

Sumpah yang sama dilafaz oleh semua 222 Yang Berhormat Kerajaan dan Pembangkang 


1. Apakah kewajiban -kewajiban sebagai Ahli Dewan Rakyat dan sebagai Ketua Pembangkang di Parliament? Adakah kewajiban - kewajiban ini akan dipenuhi setelah mengangkat sumpah?

2. Bagaimana dengan menumpahkan Taat Setia kepada Malaysia? Adakah memburukkan Nama Malaysia diluar Negara boleh dikira sebagai ketaatan kepada Malaysia atau sebaliknya?

3. MEMELIHARA, MELINDUNGI serta MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN pulak harus ditafsir Bagaimana? Adakah merusuh, berdemostrasi, memfitnah serta meghasut Rakyat untuk kepentingan sempit boleh didefinisikan sebagai MEMELIHARA, MELINDUNGI serta MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN Negara?

Persoalan paling besar???

APAKAH SELEPAS INI TINDAKAN MEREKA SELARI DENGAN SUMPAH MEREKA INI????

Ramai barangkali telah memilih jawapan nya sendiri. Namun Bagi saya kesediaan puak puak ni mengangkat SUMPAH sangat cukup mengambarkan penerimaan serta pengiktirafan mereka terhadap pilihanraya ke-13 baru baru ini. Tapi saya cukup Yakin bahawa hasutan dan kekecohan masih lagi belum berakhir kerana tuntutan Nafsu melebihi SUMPAH ini dan segala galanya. Yang pelik masih ada segelintir Rakyat yang taksub masih mahu dijadikan seperti LEMBU dicucuk hidung.

Dalam Dewan Yang Mulia tenang sahaja tapi diluar rupanya bergelora. Apa ditanam dalam kepala sehingga tidak tahu betul dan salah. Pengikut menurut bagai pak turut, apa dikata angguk sahaja bukannya mengira betul dan salah. Asal mereka jangan dibantah, kalau dibantah mudah melatah, kalau dilarang menjadi berang, kalau ditegah bukan beralah kasihan Polis dan Penguasa menjadi mangsa. Pandainya pula mereka menukar cerita kata mereka dilayan sengsara sedang Polis bertindak membabi buta, tak sedar diri yang membuat salah. Bagaimana mengatur jenis ini? Ditangkap Salah Tak Tangkap Masalah

Apakah kesudaan DRAMA ini? tapi ternyata belumpun sampai sehari selepas mengangkat sumpah, Titah Baginda YDPA dijadikan bahan cerita sehingga dikata skrip hanya dibaca setelah disedia pejabat pm la pulaaaa. apala cerita tak habis kesudah. seronok mengata dan berpolitik entah sampai bila.

Harap-Harap Bertaubatlah sebelum TERLAMBAT

Pada saya AMAN penting untuk semua...

Salam Perjuangan.

Wednesday, June 12, 2013

BILA MANDAT TELAH DIBERI

Salam..

Bila MANDAT telah diberi semua Yang Berhormat (YB) senyum sampai nampak gusi namun tidak kurang juga yang tidak sempat gosok gigi kerana berdebat sampai ke pagi kerana yang kalah masih lagi tak sedar diri, asik berpolitik meninggi diri. Ini lah ragam politik hari ini.

Kekadang pelik bin ajaib orang politik di Malaysia ini yang tidak berhenti bicara salah itu dan ini. Kerja hampir kesudah bawa musibah kerana mengajar penyokong mencari salah yang akhirnya kerja entah kemana, mandat diberi disalah guna yang akhirnya rakyat teramai akan merana.

Saban hari setiap masa buka 'paper' cerita yang sama, bergaduh berdebat, tuduh menuduh entah bila sudahnya. Yang MENANG rasa tak SENANG, yang KALAH mengalahkan RAJA ulahnya. Entah kemana sudahnya jika YB tak mahu beralah dan hanya tahu mencari DOSA sedang PAHALA letak di bawah.

Cukup-cukup sudah, cukup sampai disini saja... lirik lagu ini wajar dibaca oleh sekalian YB-YB semua. Sekarang masa membina NEGARA bukan meruntuhkan apa yang ada. PILIHANRAYA akan ada lagi bukan berhenti setakat tahun ini, apa lagi hendak dicari, baik bina kekuatan diri dan parti dari berpolitik sepanjang hari.

Rakyat teramai sedang memerhati adakah semua janji akan ditepati. Jangan cakap segala boleh tapi laksana kata nanti-nanti atau sejuta alasan yang akan diberi. Kepada PEMERINTAH laksanakan kerja dan kepada PEMBANGKAN tunaikan amanah secara berhemah. Kepada penyokong jangan melatah bila dicucuk menjadi marah, kalau dah kalah terima saja lah kerana pasti semua ini ada hikmahnya, jangan dibawa perangai DERHAKA. Kita di Malaysia ada adat, budaya dan ajaran AGAMA jadi ikutlah resam ASAL kita jangan dibawa budaya yang salah kelak merana pewaris kita.

Salam 1MALAYSIA.

PRINSIP PERJUANGAN-KEPADA PEMIMPIN DAN KEPADA PARTI

Salam.

Kekadang ramai yang keliru antara kesetian terhadap parti atau pemimpin yang mana harus didahulukan. Ramai berkata bahawa pemimpin bertukar ganti dan yang kekal adalah parti dan kerana alasan ini PARTI harus diutamakan. Namun adakah membelakangkan PEMIMPIN akan menguatkan PARTI?. Pada saya kesetian kepada PEMIMPIN dan PARTI harus selari agar kekuatan dapat dioptima sepenuhnya. PEMIMPIN yang baik yang sepatutnya  harus memikirkan secara serius agar memilih kepentingan diri ataupun PARTI dan bukannya persoalan ini 'berat' kepada pengikut. PEMIMPIN seharusnya wajib memikirkan PARTI.

Walau benar PARTI itu lebih lama hayatnya berbanding PEMIMPIN namun PARTI juga harus dipimpin. Sebab itu saya serius mengatakan bahawa PEMIMPIN lah yang harus memikirkan kepentingan PARTI berbanding kepentingan DIRI namun bagi pengikut WAJIB meletkkan kesetian kepada PEMIMPIN bagi mengukuhkan keampuhan PARTI selagi mana pemimpin itu meletakkan kesetian utuh terhadap PARTI.

Walau bagaimanapun saya percaya sesungguhnya sesorang PEMIMPIN itu tidaklah akan relevan sampai bila bila, namun dia yang bijak boleh menjadikan dirinya relevan dalam keadaan yang lama sekiranya mampu memahami kehendak tuntutan semasa serta menjangka keperluan masa hadapan. Nah pada ketika ini pengikut masih wajib meletkkan kesetian kepada pemimpin itu. Adakah ini bermakan kita menolak yang lain? Jawapannya tidak selagi mana dalam perjuangan dan parti yang sama. Apapun kesetian jangan menjadikan ketaksuban kerana ketaksuban akan membataskan akal yang sihat dalam penilaian.

Setialah pada PEMIMPIN dan PEMIMPIN taatlah kepada PARTI kerana kami yang dipimpin akan bersama KEPIMPINAN. MOGA PERJUANGAN DIRESTUI ALLAH SWT. AMIN.


Salam 1MALAYSIA

Sunday, June 2, 2013

HIDUP DAN KEHIDUPAN

Lama tidak bersua namun terasa gatal tangan untuk mengungkap rasa terbuku didalam dada dan akal ini. Aku tertiba terfikir makna Hidup dan Kehidupan. Aku agak tidak sukar untuk hidup namun amat payah untuk mencari kehidupan tanpa kesungguhan, ketabahan, kecekalan dan keimanan walaupun sedikit. aku teringat dizaman hidup sebagai sebenar-benar budak kampung di kg. Kesapang Kota Belud. Hidup bolehlah diibaratkan kerja pagi makan pagi, kerja tengah hari makan tengahari, dan kerja petang untuk makan malam.

Makan untuk hidup dibumi bertuah ini tidak lah sesukar mana asal tahu menggunakan tulang empat kerat. Tidak menafikan kepayahan namun tidak la sampai boleh kebulur kalau bekerja. Itulah ayat mudah untuk Hidup dibumi bertuah ini.

Kepada cerita Kehidupan pula ini membawa kepada bukan sekadar tulang empat kerat dan segala kudrat fizikal mala tuntutan kebijaksanaan akal juga diperlukan. kekadang terfikir juga apakah halangan paling besar untuk mencari Kehidupan ini. pendatang datang sehelai sepinggan, bergadai nyawa dan berkerja penuh kebimbangan mencari uang. Akhirnya boleh bailk menaiki kapal terbang dan memiliki banglo di tempat asal mereka sendiri. masa diambil tidak la lama.

Tapi kita sebagai warganegara sedari bayi sehingga dewasa masih sukar menampakkan hasilnya. Dimanakah Silapnya???? Kata ustaz melalui tazkirah " Allah swt tidak akan merubah nasib sesuatu kaum ini melainkan mereka merubah nasib mereka sendiri". Wajarkah kita selalu menyalahkan Kerajaan, Pentadbir dan orang lain jika kita percaya kepada kata-kata Ustaz itu atau harus merenung kesilipan sendiri.

Kenapa pula warga asing yang tidak ada apa apa kemudahan diberikan mampu untuk berjaya. apakah mereka ini menggunakan toyol atau jampi segala atau juga kerana nasib. Penat mendidik dan mengajar orang lain. Baik juga kita bermula dengan diri kita sendiri. Berkerja Bersungguh, Fokus dan Istiqomah. Insyallah Berjaya. Sebenarnya aku masih mencari penyelesaian terbaik untuk diri ku....

Biarlah kita Hidup untuk mencari Kehidupan agar segala tuntutan dapat disempurnakan terutama kepada Agama, Bangsa dan Negara. Coretan untuk diriku dan yang sudi membaca.

 Salam...

Wednesday, April 11, 2012

DAULAT TUANKU SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA KE 14.


                                               Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku...
Hari ini hari bersejarah bagi kita rakyat Malaysia kerana Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan yang menjadi sistem pemerintahan Negara kita Malaysia sekali lagi mencipta sejarahnya tersendiri dengan perlantikan kali kedua Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Aku mencari2 lah maklumat untuk menulis yang kiranya ingin menyumbang sedikit kepada Negara tercinta ini melalui blog aku yg seadanya ini. Sedang aku mencari-cari, terbaca la satu tulisan yang menarik perhatian saya berkenaan dengan pertabalan SPBYDA kita pada hari ini. Aku kira tulisannya ini sangat padat dengan maklumat dan tepat penjelasan serta sesuai untuk menambahkan ilmu pengetahuan kenegaraan kita. Jadi aku kira ingin berkongsi terus la tulisan beliau ini bagi tujuan pengkayaan pengetahuan ilmu kita bersama. Lagipun mudah bah kan. Hehe. Apapun langkah sedikit ini diharap ada manfaatnya kepada kita semua dan Syukur Alhamdulillah kerana semua ini masih berjalan baik dalam keadaan aman damai, sentosa bahagia di bumi bertuah Malaysia ini. Selamat membaca semua...

Oleh Rais Yatim
KUALA LUMPUR – Rabu, 11 April, 2012 Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang menaiki takhta menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin dari Terengganu, ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.Ini adalah satu-satunya peristiwa kenegaraan tertinggi bagi Malaysia.

Peristiwa ini menepati kehendak Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan yang antara lain memperuntukkan: “Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan…”Frasa Kepala Utama Negara di bawah Perkara 32(1) itu tanpa sebarang keraguan atau kesamaran meletakkan Raja bagi Persekutuan Malaysia sebagai peneraju utama bagi negara ini.Peruntukan ini yang telah sedia sedemikian semenjak berkuatkuasanya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, susulan kepada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Lord Reid selaku pembentuk kerangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Pada masa yang sama, Perkara 32(2) pula memperuntukkan bahawa “Permaisuri Yang di-Pertuan Agong yang digelar Raja Permaisuri Agong adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.”Sementara Perlembagaan Persekutuan menentukan format dan bentuk lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong seperti yang terkandung di Jadual Keempat, Permaisuri Agong tidak dikehendaki melafaz apa-apa bentuk sumpah jawatan sekalipun Baginda diberi penarafan dan kedudukan tertinggi selepas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (SPBYDA).

Tuanku Abdul Halim adalah satu-satunya Sultan yang berpeluang ditabalkan sebagai SPBYDA bagi kali kedua. Baginda menduduki takhta SPBYDA kelima bagi tempoh 1970 hingga 1975, tempoh yang ditransisikan masing-masing oleh Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra dan Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein.Tuanku Abdul Halim adalah kemanakan kepada Tunku.

Dalam konteks sejarah, Tuanku Abdul Halim juga menempa sejarah. Perdana Menteri dalam tempoh pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong sebelum ini ialah Tun Abdul Razak. Kini anakandanya, Datuk Seri Najib pula sebagai Perdana Menteri.Baginda adalah SPBYDA pertama yang mula bersemayam di Istana Negara Baru.

Pada majlis gilang-gemilang 11 April, SPBYDA yang ke-14 akan menjalani semua acara tradisional diraja pada sebelah pagi hingga malam apabila santapan pertabalan diraja berlangsung.

LUNAS SEJARAH
Sebagai lunas perbandingan sejarah, jawatan Kepala Utama Negara seperti yang terdapat pada Perkara 32(1) pada mulanya dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid sebagai Yang di-Pertuan Besar – sesuatu yang mencerminkan cadangan Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri pertama Malaysia susulan pengamatan beliau setelah meneliti sistem Raja bergiliran di Negeri Sembilan.

Sebagaimana dimaklum, di Negeri Sembilan para Undang Yang Empat sebagai “Rulers” atau Pembesar-pembesar Memerintah tempatan memilih seorang Raja bagi negeri itu mengikut peraturan adat di Negeri Sembilan.Apabila semua pihak yang mewakili Raja-Raja Melayu, Umno dan Perikatan serta pandangan pelbagai pihak, panggilan Yang di-Pertuan Besar diganti dengan Yang di-Pertuan Agong atas alasan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan dengan Raja yang memerintah di negeri beradat itu.

Daripada sudut sejarah juga jelas bahawa jawatan Yang di-Pertuan Agong adalah lahiran Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1957) dan kemudiannya disambung oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia (1963).SPBYDA adalah berasaskan konsep Raja Berperlembagaan atau “Constitutional Monarchy” yakni Raja yang sentiasa kena mematuhi nasihat Jemaah Menteri atau salah seorang yang mewakilinya (biasanya Perdana Menteri) seperti yang dikehendaki Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan.Daripada sudut kuasa legislatif, SPBYDA adalah satu daripada tiga komponen yang mewujudkan Parlimen (Dewan Rakyat, Dewan Negara dan SPBYDA).

Parlimen di Malaysia tidak lengkap tanpa SPBYDA sebagai salah satu komponennya. Justeru, Seri Paduka wajib menandatangani semua Rang Undang-Undang yang diluluskan kedua-dua Dewan.SPBYDA perlu dianggap sebagai mercu perlambangan Ketua Negara yang paling tinggi lagi utama. SPBYDA sebagai Kepala Utama Negara merupakan mercu kedaulatan Malaysia.Semua rakyat tanpa mengira kaum, latar belakang agama, kebudayaan atau kepercayaan sedia terpanggil untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan terhadap SPBYDA.

Benar, Seri Paduka adalah Raja berketurunan Melayu yang beragama Islam tetapi daripada sudut kenegaraan, SPBYDA adalah Raja bagi Malaysia dan rakyatnya.Larasan yang paling mudah ialah Ratu Elizabeth di United Kingdom yang melambangkan pihak diraja bagi semua rakyat Britain yang sebahagian besar kini mewakili pelbagai kaum dan etnik.Cuma Ratu Elizabeth tidak digilirkan kedudukan diraja baginda lantaran pemerintahan beraja secara Anglo-Saxon menjangkau 400 tahun lampau manakala Diraja Scotland dan England bersatu pada tahun 1603.

Selepas 11 April nanti, gambar rasmi SPBYDA Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan SPB Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah akan dipaparkan di semua pejabat rasmi Kerajaan di setiap negeri. Begitu juga halnya di semua 104 kedutaan Malaysia di seberang laut.

RAJA BERPERLEMBAGAAN
Konsep dan amalan Raja Berperlembagaan di Malaysia diterima dan disahkan oleh pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Reid sebagai paling sesuai bagi negara ini.Ini adalah kerana sebelum mencapai kemerdekaan, Raja-Raja Melayulah yang memegang tampuk kekuasaan dan kedaulatan bagi setiap negeri.Walaupun dalam proses pergolakan bersejarah, negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah berakhir dengan ketiadaan Raja, pemerintahan beraja terus-menerus beroleh pengiktirafan, khasnya di bawah pentadbiran kolonial British.

Selepas 1963 semua negeri yang tiada Raja (Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan) secara automatik menerima SPBYDA sebagai Raja Berperlembagaan walaupun tiada perisytiharan dibuat bagi maksud itu.SPBYDA merupakan Raja yang memerintah mengikut nasihat cabang Eksekutif.

Seri Paduka sebenarnya mempunyai senarai tanggungjawab dan fungsi yang panjang lagi rumit bagi ketiga-tiga cabang Kerajaan – Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman.Seri Paduka melantik Perdana Menteri, para Menteri dan Timbalan Menteri, Peguam Negara, para hakim mahkamah semua peringkat (kecuali mahkamah majistret) dan mentauliahkan para duta Malaysia untuk bertugas di kedutaan seberang laut.

SPBYDA menurut Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia di samping bertindak sebagai pihak yang boleh mengampunkan atau menangguhkan hukuman bagi semua kesalahan yang dijatuhi mahkamah tentera dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Semasa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) masih berkuatkuasa, Seri Paduka boleh bertindak atas hal berkaitan rayuan daripada Lembaga Penasihat ISA.Seri Paduka berkuasa, atas nasihat, mengisytiharkan sesuatu keadaan darurat menurut kehendak Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

MAJLIS RAJA-RAJA (MRR)
Majlis Raja-Raja (MRR) yang merupakan badan tertinggi diraja dan yang memilih SPBYDA dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong seperti diperuntukkan di bawah Perkara 38.Walaupun hal-hal dasar kenegaraan juga boleh diagendakan untuk MRR, kebanyakan hal yang dipertimbangkannya adalah berkisar pada perkara-perkara kedirajaan, pengampunan, menangguhkan dan meringankan hukuman, adat-istiadat Melayu dan hal-hal yang berkaitan agama Islam.Biasanya MRR juga memberi perhatian kepada pelantikan-pelantikan tertentu seperti para hakim dan peraturan-peraturan yang diperbuat di bawah Perkara 32 mengenai perkhidmatan awam.

Pendeknya SPBYDA terlibat dalam banyak hal dan urusan berkaitan jawatan SPBYDA sebagai Kepala Utama Negara.

PROGRAM
Program-program khas dari 11 April hingga 21 April tentunya mendapat perhatian rakyat. Walaupun daripada segi amalan dan susunannya tidak banyak berbeza daripada amalan perayaan yang dijalankan pada masa lampau lantaran perlu menjejak turutan tradisi, penegasan Jawatankuasa Induk Pertabalan SPBYDA tertumpu kepada tema “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada”.Istiadat pertabalan yang bakal dihadiri semua kerabat diraja dan Yang Dipertua Negeri pada 11 April akan diadakan mulai pukul 9 pagi.

Ringkasnya, tema ini menegaskan perihal “tiada rakyat tiada Raja” dan hubungan antara kedua-dua entiti itu harus dipelihara dengan cermat lagi berkesan dalam ertikata kepentingan rakyat tidak diabaikan. Sementara itu institusi Raja Berperlembagaan sentiasa dipelihara dan dihormati.

Pada 12 April (Khamis) diadakan bacaan Yassin di Masjid Negara dan disusuli dengan khutbah khas pada Jumaat 13 April. Dijadualkan juga acara-acara keagamaan lain yang memberi ucap selamat untuk SPBYDA melalui sesi agama kaum masing-masing.Satu pertandingan golf akan diadakan pada 14 April (Sabtu) di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam, mulai pukul 7.40 pagi.Pameran Raja Kita pada 15 April (Ahad) mulai pukul 11 pagi di Istana Negara Lama dijangka menarik minat rakyat. Pameran ini memuatkan pelbagai aspek pemerintahan beraja dan institusi SPBYDA semenjak merdeka 1957 hinggalah ke hari ini.Sempena pertabalan ini, kira-kira 50,000 buku kecil “Raja Kita” akan diedarkan khasnya bagi pelajar sekolah serta generasi muda untuk mengenal dan memperhalusi ilmu pengetahuan darihal institusi diraja khasnya SPBYDA.SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah akan meraikan sekumpulan kanak-kanak di Dewan Serbaguna Istana Negara Baru pada 21 April mulai pukul 9 pagi. Pelbagai acara keceriaan kanak-kanak akan berlangsung sekali gus menggagaskan kepentingan kanak-kanak yang dilayani dengan penuh mesra.Program raksasa “Persembahan Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” sebelah malam 21 April di Dataran Merdeka adalah kemuncak perayaan pertabalan.Pada malam itu diketengahkan pelbagai persembahan budaya pelbagai kaum, hiburan muzik serta nyanyian dan acara-acara selingan yang setimpal dengan malam kemuncak kepada perayaan Raja Kita.

KEUNIKAN
Apa yang akan dilangsungkan bagi tempoh 11 hingga 21 April tentunya akan menonjolkan satu keunikan bagi masyarakat yang berpaksikan Komuniti 1Malaysia: kita satu dalam kepelbagaian.Kita satu dalam menentukan matlamat kenegaraan dan kita berani berbeza pendapat untuk melahirkan yang terbaik untuk Malaysia.

Dalam usaha inilah institusi diraja – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menjadi paksi keutuhannya.Seri Paduka bukan sahaja lambang kenegaraan, keutuhan dan kesatuan tetapi juga simbolisme yang penuh daulat.Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.Rakyat dan Raja Berpisah Tiada.(Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim, adalah Pengerusi Pertabalan SPBYDA ke-14). – BERNAMA

Tuesday, April 10, 2012

YANG DIPERTUAN AGONG: CERITA RINGGIT MALAYSIA DAN JATI DIRI

Ada cerita dari kawan katanya “True Story” kunun yang ada budak kita (Pelajar) di luar Negara yang bila ditanya siapa gambar dalam duit kita tu dia jawab dengan “stady”, TIDAK TAU sambil sengeh2 ketawakan diri sendiri kali.. hehe.. Pelik juga kan tetapi itu cerita benar kawan tu la. Jadi akupun test2 la Tanya peserta kursus aku. Dipendekkan cerita peserta aku jawab dengan macam2 nama dan jawapan la diaorang bagi. Tapi saya tekezut juga la ramai yang tidak tahu dan ramai juga yang sebut nama yang entah apa2. Yang tahu tidak habis sepuluh jari saya ni kalau dikira. Jadi kesimpulannya semangkin jauh kita dari sejarah maka semangkin nipislah ilmu sejarah kenegaraan ini. Jadi apa masalahnya? Kalaulah ada timbul persoalan itu maka sandik betul la bah perangai kita ni. Kalau kita sendiri tidak tahu jangan harap orang lain tahu dan hormat kita. Isu ini pada aku isu menampakkan kita ini semangkin hilang jati diri. Semangkin lama semangkin jauh dengan sejarah Negara dan bila jauh kita semangkin lupa siapa kita. Bila lupa jangan harap akan ada rasa bangga serta penghargaan terhadap bumi tanah tumpah darah kita ini. Justeru atas dasar kesedaran ini ada fakta sejarah yang ingin saya kongsi sempena PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGONG TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN BADLISHAH. Cukuplah sekurang-kurangnya kita tahu pasat YDPA pertama dan yang terkini sebagai syarat minima la kali untuk pengetahuan am aspek kenegaraan dan jatidiri kita sebagai ANAK MALAYSIA. Semangat niiii,,,

TUANKU ABDUL RAHMAN IBNI ALMARHUM TUANKU MUHAMMAD
Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad ini sebenarnya kalau mengikut seniority adalah Raja ke 3 untuk pelantikan Yang Dipertuan Agong tetapi disebabkan Sultan Johor Sultan Sir Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar menolak pencalonan YDPA kerana umur Baginda ketika mau dilantik itu 84 tahun.

Mengikut urutan selepas Baginda Sultan Johor adalah Sultan Pahang Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah tetapi baginda Sultan juga menolak pencalonan menjadi YDPA. Untuk pengetahuan juga baginda Sultan Pahang ini naik tahktah pada tahun 1932.

Jadi atas penolakan kedua dua Sultan ini maka Raja yang ketiga paling lama memerintah ketika itu adalah Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan. Baginda dipilih sebulat suara oleh Majlis Raja-Raja menjadi Yang Dipertuan Agong Pertama kita pada 31 Ogos 1957 dan menjadi pemerintah tertinggi Negara sehingga 1 April 1960.
Jadi pada tahun 1967 wang kertas Ringgit Malaysia siri pertama dikeluarkan dan potret Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad pun diabadikan dan digunakkan sehinggalah ke hari ini didalam semua Ringgit Malaysia yang kita pakai. Itulah sedikit fakta cerita tentang gambar siapa dicetak di semua Wang kertas yang kita bawa hari2 didalam dompet kita tu. Semoga menjadi pengetahuan tambahan kepada kita sebagai ANAK MALAYSIA.

MAKLUMAT PENTING
Ini kira maklumat tambahan la ni. Untuk pemilihan Yang Dipertuan Agong Malaysia baginda hendaklah diantara Raja yang memerintah di Sembilan negeri persekutuan. Pemilihan juga berdasarkan pengiliran mengikut sinioriti dan sinioriti ini ditentukan berdasarkan sejarah bertapaknya pemerintahan baginda. Susunan sinioriti dimulai dengan Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terangganu, Kedah, Perak dan Kelantan dan pemilihan mengikut Perlembagaan Persekutuan yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga serta Peraturan-Peraturan Majlis Raja-Raja. Besok insyallah saya cerita pula pasal YDPA kita yang terkini yang bakal di Tabalkan menjadi Yang Dipertuan Agong Malaysia ke 14 sempena pertabalan Baginda pada besok hari Rabu 11 Mac 2012.

DAULAT TUANKU

SALAM…

SABAH FOR MALAYSIA.