Wednesday, June 12, 2013

BILA MANDAT TELAH DIBERI

Salam..

Bila MANDAT telah diberi semua Yang Berhormat (YB) senyum sampai nampak gusi namun tidak kurang juga yang tidak sempat gosok gigi kerana berdebat sampai ke pagi kerana yang kalah masih lagi tak sedar diri, asik berpolitik meninggi diri. Ini lah ragam politik hari ini.

Kekadang pelik bin ajaib orang politik di Malaysia ini yang tidak berhenti bicara salah itu dan ini. Kerja hampir kesudah bawa musibah kerana mengajar penyokong mencari salah yang akhirnya kerja entah kemana, mandat diberi disalah guna yang akhirnya rakyat teramai akan merana.

Saban hari setiap masa buka 'paper' cerita yang sama, bergaduh berdebat, tuduh menuduh entah bila sudahnya. Yang MENANG rasa tak SENANG, yang KALAH mengalahkan RAJA ulahnya. Entah kemana sudahnya jika YB tak mahu beralah dan hanya tahu mencari DOSA sedang PAHALA letak di bawah.

Cukup-cukup sudah, cukup sampai disini saja... lirik lagu ini wajar dibaca oleh sekalian YB-YB semua. Sekarang masa membina NEGARA bukan meruntuhkan apa yang ada. PILIHANRAYA akan ada lagi bukan berhenti setakat tahun ini, apa lagi hendak dicari, baik bina kekuatan diri dan parti dari berpolitik sepanjang hari.

Rakyat teramai sedang memerhati adakah semua janji akan ditepati. Jangan cakap segala boleh tapi laksana kata nanti-nanti atau sejuta alasan yang akan diberi. Kepada PEMERINTAH laksanakan kerja dan kepada PEMBANGKAN tunaikan amanah secara berhemah. Kepada penyokong jangan melatah bila dicucuk menjadi marah, kalau dah kalah terima saja lah kerana pasti semua ini ada hikmahnya, jangan dibawa perangai DERHAKA. Kita di Malaysia ada adat, budaya dan ajaran AGAMA jadi ikutlah resam ASAL kita jangan dibawa budaya yang salah kelak merana pewaris kita.

Salam 1MALAYSIA.

No comments:

Post a Comment