Sunday, June 2, 2013

HIDUP DAN KEHIDUPAN

Lama tidak bersua namun terasa gatal tangan untuk mengungkap rasa terbuku didalam dada dan akal ini. Aku tertiba terfikir makna Hidup dan Kehidupan. Aku agak tidak sukar untuk hidup namun amat payah untuk mencari kehidupan tanpa kesungguhan, ketabahan, kecekalan dan keimanan walaupun sedikit. aku teringat dizaman hidup sebagai sebenar-benar budak kampung di kg. Kesapang Kota Belud. Hidup bolehlah diibaratkan kerja pagi makan pagi, kerja tengah hari makan tengahari, dan kerja petang untuk makan malam.

Makan untuk hidup dibumi bertuah ini tidak lah sesukar mana asal tahu menggunakan tulang empat kerat. Tidak menafikan kepayahan namun tidak la sampai boleh kebulur kalau bekerja. Itulah ayat mudah untuk Hidup dibumi bertuah ini.

Kepada cerita Kehidupan pula ini membawa kepada bukan sekadar tulang empat kerat dan segala kudrat fizikal mala tuntutan kebijaksanaan akal juga diperlukan. kekadang terfikir juga apakah halangan paling besar untuk mencari Kehidupan ini. pendatang datang sehelai sepinggan, bergadai nyawa dan berkerja penuh kebimbangan mencari uang. Akhirnya boleh bailk menaiki kapal terbang dan memiliki banglo di tempat asal mereka sendiri. masa diambil tidak la lama.

Tapi kita sebagai warganegara sedari bayi sehingga dewasa masih sukar menampakkan hasilnya. Dimanakah Silapnya???? Kata ustaz melalui tazkirah " Allah swt tidak akan merubah nasib sesuatu kaum ini melainkan mereka merubah nasib mereka sendiri". Wajarkah kita selalu menyalahkan Kerajaan, Pentadbir dan orang lain jika kita percaya kepada kata-kata Ustaz itu atau harus merenung kesilipan sendiri.

Kenapa pula warga asing yang tidak ada apa apa kemudahan diberikan mampu untuk berjaya. apakah mereka ini menggunakan toyol atau jampi segala atau juga kerana nasib. Penat mendidik dan mengajar orang lain. Baik juga kita bermula dengan diri kita sendiri. Berkerja Bersungguh, Fokus dan Istiqomah. Insyallah Berjaya. Sebenarnya aku masih mencari penyelesaian terbaik untuk diri ku....

Biarlah kita Hidup untuk mencari Kehidupan agar segala tuntutan dapat disempurnakan terutama kepada Agama, Bangsa dan Negara. Coretan untuk diriku dan yang sudi membaca.

 Salam...

No comments:

Post a Comment