Wednesday, April 29, 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS PERSANDINGAN SAYA






Assalamulaikum.

Salam Selamat Selamanya...

Pada para Sahabat, Rakan, Teman, Dato/ Datin Kenalan serta semua pelayar blog ini..

Dijemput hadir ke maljis persandingan saya (ASMARAH BIN RIKUN) dengan pasangan saya (NOOR HAFIZAH ABDULLAH) mengikut ketetapan berikut:

Atucara Majlis:

01 Mei 2009 (Jumaat) - Majlis berinai - masa bermula pada pukul 8 malam.

02 Mei 2009 (Sabtu) - Majlis bersanding - Masa bermula pada pukul 9am - 3 pm

Semoga kehadiran semua dapat memeriahkan lagi majlis ini dan semoga ianya mendapat Rahmat dari Allah S.W.T... Amin

Wednesday, April 8, 2009

PILIHANRAYA OH PILIHANRAYA...

Semalam baru berakhir detik penentu sumber kekuasaan atas nama 'Demokrasi'. Keputusannya sudah diketahui. P59 Bukit Gantang, Perak, dimenangi oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Pas), N25 Bukit Selambau dimenangi oleh S.Manikumar (PKR) dan N29 Batang Air dimenangi oleh Malcom Mussen Lamoh. Apapun kisahnyanya, pengundi sudah menentukan siapa pemimpin yang layak memimpin mereka. Ramai juga yang telah membuat ramalan mereka sendiri sebelum keputusan diketahui dan tidak terkecuali saya sendiri. Betul atau tidak ramalan-ramalan itu hanya siperamal mengetahuinya setelah membandingkan dengan keputusan sebenar yang telah diumumkan semalam. Saya bukan ingin bercerita tentang kemenangan calon tetapi lebih berminat tentang sikap para penyokong terhadap sesuatu calon atau parti tertentu. Arus Media Perdana memaparkan bagaimana alkisahnya sikap-sikap para penyokong ini sehingga ketahap sanggup bertindak mengikut naluri sendiri. tidak terkecuali juga cerita sebegini di laungkan oleh media-media alternatif yang lain. Kedaulatan Undang-undang seolah-olah tidak diendahkan malah segala kebenaran bagaikan terletak ditangan sendiri. Pihak berkuasa terutama pihak PDRM bagaikan hilang taring setelah badan penaung keselamatan dan ketenteraman dalam negeri itu diserang dari pelbagai sudut oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab serta mementingkan diri serta matlamat pribadinya.

Dakwan-dakwan tidak berasas yang dilemparkan menyebabkan pengikut bertindak agak keterlaluan. Sedari perlakuan caci maki, ejek-mengejek, pertengkaran, pergaduhan malah ketahap menahan bas kerana tanggapan yang tidak munasabah. Kemenangan yang besar diperolehi Pas dan PKR sepatutnya memalukan penyokong-penyokong tegar mereka ini bahawa dakwan-dakwan mereka sebelum itu terutama berkenaan dengan "hantu2" ini tidak benar. masakan boleh beroleh majoriti besar kalau sekiranya perkara itu berlaku. Bilakah agaknya kita benar-benar matang dalam tindakan kita? Adakah perlu juga diajar semula tentang prinsip-prinsip RUKUN NEGARA? Janganlah kiranya kita merjadi 'alat' sehingga akhirnya akan menyusahkan diri sendiri serta keluarga. Lagi malang kalau turut menjejaskan imej Negara bertuah bernama Malaysia ini.

Mudah-mudahan Negara kita akan kekal AMAN dan BERDAULAT selamanya... amin..

Monday, April 6, 2009

DISIPLIN PENULISAN

Salam...

Susah juga mendisiplinkan diri dalam bidang penulisan ini. Respect teramat lah pada mereka-mereka yang blognya selalu up-date... Apapun, orang baru dalam bidang ini saya mahu cuba sedayanya untuk menggunakan medan ini untuk melontarkan pengalaman, pendapat, cadangan serta komen... sebenarnya saya masih belajar memahirkan diri dalam mengetahui segala function2 blog ini... terasa kerdil betul diri ini bila merasakan banyak benda sebenarnya yang saya kurang faham terutama berkaitan dengan IT... Apapun mencuba sedayanya untuk memahami sistem ini..

Selamat dan Salam...