Friday, November 27, 2009

Mencari Hikmah Dari Kisah RM57 Adik Nur Izzati

Tetiba adik Nur Izzati popular bila Guru Besar sekolah tempat dia belajar mempertahankan keputusan pihak sekolah untuk menahan slip UPSR setelah gagal menjelaskan yuran sebanyak RM57.oo. Apa yang menariknya di sini ialah banyak ulasan lebih kepada mencari siapa yang patut disalahkan. Ada yang menyatakan bahawa guru terlalu ikut prosedur sehingga mengabaikan perasaan si anak yang telah mengangkat martabat sekolah itu. Tidak kurang juga yang menyalahkan sistem yang diamalkan kerana agak mementingkan status dalam membuat keputusan dan pemilihan. Ada juga yang menyalahkan si keluarga adik ini bila yuran sekadar RM57 ini agak sukar dijelaskan walaupun boleh dibayar secara ansuran.

Pada saya apabila melihat wajah adik Nur Izzati terseduh sedih rasa kesihan teramat tertusuk dihati. Isu yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan mudah tidaklah sewajarnya sampai 2 ke 3 hari menjadi ulasan seolah-olah terlalu berat untuk diselesaikan. Pihak Sekolah dan para guru tiada salahnya kerana mempertahankan prosedur yang digariskan. Saya tidak memandang ini sesuatu yang tidak wajar hanya sekadar menuntut sesuatu yang hak bagi pihak sekolah. Saya percaya pihak sekolah boleh dibawa berunding, namun disebabkan isu ini dikeluarkan di dada akhbar maka sewajarnya mereka mempertahankan tindakan mereka yang sememangnya tidak salah. Saya percaya disaat tulisan ini di 'publish', isu ini sebenarnya telahpun diselesaikan. Kerana ianya terlalu kecil untuk diperbesarkan.

Hikmahnya bagi kita yang membaca, jangan cepat menghukum siapa yang salah namun belajar dari pengajaran yang ada. Sebagai ketua keluarga sewajarnya kita menyelasaikan sesuatu yang semenangnya menjadi kewajiban kita. Kesannya sebenarnya bukan kepada kita tetapi kepada anak yang merasainya. Kita tidak akan faham perasaannya sebagaimana dia yang menghadapinya. Jangan kita terlalu bergantung harap kepada bantuan kerana ini akan menyebabkan kita leka terhadap tanggungjawab kita. Susah bukan alasan untuk tidak dapat menyempurnakan tangungjawab kita bekeluarga kerana sesusah kita, ada lagi orang yang lebih malang dari kita.

Anak-anak yang cemerlang begini agak ralat memiliki perjalanan sejarah pahit sebegini kerana kesilapan kita. Jangan biarkan mereka berasa seolah-olah usaha mereka tidak dihargai kerana ini akan membantutkan kecemerlangan mereka dimasa hadapan. Semua pihak seharusnya memberikan sokongan sewajarnya kepada pembangunan pendidikan Negara dan jangan hanya suka menuding jari mencari siapa yang salah bila timbul sesuatu masalah.

Sekadar pandangan dan menyokong penuh terhadap penciptaan kecemerlangan...

11 Zulhijjah 1430 Hijrah
28 November 2009

Sabtu (10.37am)

Thursday, November 26, 2009

KEKEJAMAN KOMUNIS CHIN PENG

Penulisan kedua dan pastinya bukan yang terakhir kerana isu Komunis dan Chin Peng ini seperti ada pasang surutnya. Pasti ada agenda tersembunyi disebalik pasang surut isu ini namun atas kesedaran perjuangan dan selagi mana isu ini diangkat maka saya dengan kudrat kecil ini akan menjadi sebahagian PENENTANG Kemasukan Chin Peng serta pengiktirafan terhadap Parti Komunis malaya (PKM) ini.

Apa sebenarnya agenda di sebalik desakan me"Warganegara"kan Chin peng? Adakah begitu mudah untuk melupakan dosa besar yang dilakukan Parti Komunis Malaya (PKM) ini? Adakah Chin Peng boleh diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan? Persoalan ini sering bermain atau dimainkan bagi mencari kewajaranan pengiktirafan keatas perjuangan PKM. Banyak lagi persoalan lain, kenapa ini boleh dan kenapa itu tak boleh, adakah kerana dia 'Cina' maka dia tidak diizinkan untuk menjejak ke Bumi Bertuah ini dan sebagainya.

Perlu dijelasakan sejelas-jelasnya bahawa apa yang nyata tentang penolakan kepada Chin Peng adalah kerana Ideologinya serta KEGANASAN yang dilakukan oleh PKM atas mandat Chin Peng. Bukannya atas sebab lainnya seperti dakwaan sesetengah pihak yang berkehendakkan sokongan sempit mewajarkan kenyataan bahaya seperti 'adakah penolakan terhadap Chin Peng kerana dia berbangsa Cina'. Perjumpaan di Baling satu ketika dulu diantara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng wajar dimanafaatkan beliau untuk menghentikan keganasan PKM. Pendirian Chin Peng pada ketika itu yang mahu menegakkan ideologinya telah menjadi titik tolak kepada kesinambungan keganasan PKM ini. Kalaulah Chin Peng dan Partinya melucutkan senjata dan menyerah maka tidak terjadilah pembunuhan sehingga berpuluh ribu warga sendiri yang tidak berdosa ditangan Komunis. Pembunuhan warga sendiri secara jelas telah menafikan sebarang usaha untuk mengangkat Chin Peng sebagai Perjuang Kemerdekaan.

Hari ini segelintir masyarakat Malaysia ingin meletakkan Chin Peng sebagai idola dan didedahkan tempat kelahiran Chin Peng dari Sitiawan dan diwar - warkan permohonan Chin Peng untuk disemadikan disisi ahli keluarganya yang lain di Malaysia. Semua ini adalah percubaan untuk menagih simpati masyarakat. Secara jelas dilahirkan di Bumi ini tidak memungkinkan dia menjadi Warganegara. Kalau semudah itu maka ramai pendatang di Sabah serta serata Malaysia ini secara terus boleh menjadi warganegara. Permohonan wajar dilakukan dan dalam kes Chin Peng, beliau tidak pernah memohon seperti apa yang dilakukan warganegara ini setelah merdeka. Chin Peng sibuk menjadi Gerila membunuh warga bumi ini sendiri atas dasar perjuangan ideologinya. Chin Peng sendiri pernah membuat pengakuan terhadap kekejaman yang dilakukannya menerusi akhbar The Star. Kalaulah DOSA BESAR ini dimaafkan, sewajarnya juga kita memafkan kesalahan pesalah pembunuhan yang dihukum gantung di negara ini yang diputuskan Mahkamah. Malah sebenarnya kesalahan Chin Peng ini jauh lebih besar kesannya kepada Masyarakat Malaysia yang cintakan kedamaian. Masih hidup lagi sebilangan besar keluarga yang mendapat kesan secara terus dari perbuatan Komunis ini termasuk angota keselamatan yang mempertahankan keamanan dengan angota yang cacat sampai bila-bila. Apakah perasaan mereka yang cacat angota ini disebabkan kekejaman Komunis ini yang menangung derita sampai kemati ini melihat musuh utama negara satu ketika dahulu diberikan tempat di Bumi Bertuah ini kelak.

Kewarasan akal secara jelas menolak kekejaman maka atas dasar ini sewajarnya warga pasca Merdeka menghormati serta menghargai perjuangan orang terdahulu. Para perjuang ini ada yang masih hidup dan ada yang telah meningalkan kita dan mewariskan keamanan kepada kita untuk dijaga rapi. Seandainya pekara sekecil menjaga hati mereka yang terkorban ini sukar kita lakukan maka kita secara tidak sedar telah menjadi pengkhianat kepada para pejuang ini dan secara tidak langsung kepada Negara ini. Keamanan, Kemakmuran, Kesejahteraan serta Kebahagian ini direntas oleh para pejuang tardahulu dan diwarisi kepada kita. Agak malang perjuangan tanpah darah yang mengalir dengan tidak menyokong anasir mengangkat Chin Peng sebagai Pejuang dan idola mahupun mengembalikan kepada Bumi ini sukar kita lakukan. JANGAN BENARKAN CNIN PENG KEMBALI dan jadikanlah ini sebagai perjuangan kecil bagi setiap warga Malaysa yang BERJIWA BESAR.

Salam Pengorbanan.

11 Zulhijjah 1430 Hijrah
(28 November 2009)
Sabtu - 12.21am

SALAM AIDIL ADHA



Assalamulaikum dan Salam Satu Malaysia

Keamanan yang ditakdirkan Allah S.W.T telah menyebabkan kita berasa bebas untuk menyambut apapun perayaan yang diraikan di bumi bertuah Malaysia ini. Bagi Umat Muhammad yang beragama Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Adha atau Raya Qurban. Maka bagi yang mampu disunat mua'akat untuk mengerjakan sembelihan Qurban. Mudahan setiap apa yang kita nikmati di Negara ini dengan meraikan perayaan tanpa kebimbangan akan menjadikan kita umat yang sangat mensyukuri nikmat ini. Kepada para sahabat dan kenalan serta pelayar laman ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Adha dan semoga keampunan diperolehi kita semua atas dasar bermaafan diantar kita. Salam Kemaafan dari saya dan keluarga tercinta.

Allah Hu Akbar... Allah Hu Akbar... Allah Hu Akbar

Wa lil la ilham.... Salam Aidul Adha


Asmarah Rikun
10 Zulhijjah 1430 Hijrah
(27 November 2009)
Jumaat (08.00 am )

Monday, November 9, 2009

PENULISAN - Antara Anugerah Dan Keinginan

Telah lama saya tidak menulis dan bukan mudah juga untuk mencoret sesuatu kalau sememangnya idea tengah kontang. Telah hampir satu jam saya dihadapan komputer mencari ilham untuk diabadikan namun sesuatu yang saya harapkan belumpun menampakkan bayangnya. Kalau berbicara tentu agak mudah untuk melontarkan pendapat, pandangan ataupun komen. Tapi menulis ini pada hemat saya memerlukan masa yang tepat. Idea ini datang tidak selalunya pada masa kita perlukan. Saya selalu terfikirkan sesuatu yang menarik untuk diabadikan dalam bentuk coretan namun apabila mata terpejam lena akhirnya idea yang menarik terabai begitu saja. Satu saat juga bila idea datang menerjah, namun kesibukan menghimpit masa yang ada, lantas sekali lagi idea ini terabai. Ada juga pendapat kawan yang hampir kepada saya bahawa saya terlalu memikirkan sesuatu yang berat-berat maka agak berat jugalah tangan ini menekan papan kekunci komputer ini untuk merakamkan sesuatu. Bagaimanakah agaknya mereka yang tiap masa medium sebegini terisi setiap masa dengan idea minda mereka? Apakah kerja mereka duduk sahaja dihadapan komputer? Apapun itu kelebihan para penulis. Satu anugerah yang diperolehi yang bukan semua orang boleh memilikinya. Sejujurnya saya berasa kagum pada para penulis kerana merasakan diri ini sangat tertarik untuk menulis apa juga yang saya rasakan penting dan menarik namun ada kelemahan besar menghambat saya untuk kerap menulis. Janganlah anugerah yang besar ini digunakan ke jalan-jalan yang meruntuhkan kerana penulisan ini sesuatu yang sangat meningalkan kesan sepanjang zaman kepada para pengemarnya kerana ia adalah penzahiran idea penulis. Percakapan selalu dilupakan namun penulisan tetap tersemat dalam perjalanan hidup manusia. Lantas setiap yang baik yang dikongsikan melalui penulisan pasti ada ganjarannya tersendiri di dunia mahupun di Akhirat kelak dan sedemikian jugalah sebaliknya. Mudah-mudahan kita mengunakan setiap sesuatu kelebihan yang ada pada kita untuk kebaikan Agama, Negara, Diri, Keluarga dan Masyarakat. Saya mencoret sesuatu secara pribadi agar pada masa hadapan saya dapat menilai diri sendiri. Akhirnya...

Sekian...

Isnin - 09 November 2009
(07.17 minit petang)