
Apa sebenarnya agenda di sebalik desakan me"Warganegara"kan Chin peng? Adakah begitu mudah untuk melupakan dosa besar yang dilakukan Parti Komunis Malaya (PKM) ini? Adakah Chin Peng boleh diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan? Persoalan ini sering bermain atau dimainkan bagi mencari kewajaranan pengiktirafan keatas perjuangan PKM. Banyak lagi persoalan lain, kenapa ini boleh dan kenapa itu tak boleh, adakah kerana dia 'Cina' maka dia tidak diizinkan untuk menjejak ke Bumi Bertuah ini dan sebagainya.

Perlu dijelasakan sejelas-jelasnya bahawa apa yang nyata tentang penolakan kepada Chin Peng adalah kerana Ideologinya serta KEGANASAN yang dilakukan oleh PKM atas mandat Chin Peng. Bukannya atas sebab lainnya seperti dakwaan sesetengah pihak yang berkehendakkan sokongan sempit mewajarkan kenyataan bahaya seperti 'adakah penolakan terhadap Chin Peng kerana dia berbangsa Cina'.

Hari ini segelintir masyarakat Malaysia ingin meletakkan Chin Peng sebagai idola dan didedahkan tempat kelahiran Chin Peng dari Sitiawan dan diwar - warkan permohonan Chin Peng untuk disemadikan disisi ahli keluarganya yang lain di Malaysia. Semua ini adalah percubaan untuk menagih simpati masyarakat. Secara jelas dilahirkan di Bumi ini tidak memungkinkan dia menjadi Warganegara. Kalau semudah itu maka ramai pendatang di Sabah serta serata Malaysia ini secara terus boleh menjadi warganegara. Permohonan wajar dilakukan dan dalam kes Chin Peng, beliau tidak pernah memohon seperti apa yang dilakukan warganegara ini setelah merdeka. Chin Peng sibuk menjadi Gerila membunuh warga bumi ini sendiri atas dasar perjuangan ideologinya. Chin Peng sendiri pernah membuat pengakuan terhadap kekejaman yang dilakukannya menerusi akhbar The Star. Kalaulah DOSA BESAR ini dimaafkan, sewajarnya juga kita memafkan kesalahan pesalah pembunuhan yang dihukum gantung di negara ini yang diputuskan Mahkamah. Malah sebenarnya kesalahan Chin Peng ini jauh lebih besar kesannya kepada Masyarakat Malaysia yang cintakan kedamaian. Masih hidup lagi sebilangan besar keluarga yang mendapat kesan secara terus dari perbuatan Komunis ini termasuk angota keselamatan yang mempertahankan keamanan dengan angota yang cacat sampai bila-bila. Apakah perasaan mereka yang cacat angota ini disebabkan kekejaman Komunis ini yang menangung derita sampai kemati ini melihat musuh utama negara satu ketika dahulu diberikan tempat di Bumi Bertuah ini kelak.

Salam Pengorbanan.
11 Zulhijjah 1430 Hijrah
(28 November 2009)
Sabtu - 12.21am
No comments:
Post a Comment