Friday, November 27, 2009

Mencari Hikmah Dari Kisah RM57 Adik Nur Izzati

Tetiba adik Nur Izzati popular bila Guru Besar sekolah tempat dia belajar mempertahankan keputusan pihak sekolah untuk menahan slip UPSR setelah gagal menjelaskan yuran sebanyak RM57.oo. Apa yang menariknya di sini ialah banyak ulasan lebih kepada mencari siapa yang patut disalahkan. Ada yang menyatakan bahawa guru terlalu ikut prosedur sehingga mengabaikan perasaan si anak yang telah mengangkat martabat sekolah itu. Tidak kurang juga yang menyalahkan sistem yang diamalkan kerana agak mementingkan status dalam membuat keputusan dan pemilihan. Ada juga yang menyalahkan si keluarga adik ini bila yuran sekadar RM57 ini agak sukar dijelaskan walaupun boleh dibayar secara ansuran.

Pada saya apabila melihat wajah adik Nur Izzati terseduh sedih rasa kesihan teramat tertusuk dihati. Isu yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan mudah tidaklah sewajarnya sampai 2 ke 3 hari menjadi ulasan seolah-olah terlalu berat untuk diselesaikan. Pihak Sekolah dan para guru tiada salahnya kerana mempertahankan prosedur yang digariskan. Saya tidak memandang ini sesuatu yang tidak wajar hanya sekadar menuntut sesuatu yang hak bagi pihak sekolah. Saya percaya pihak sekolah boleh dibawa berunding, namun disebabkan isu ini dikeluarkan di dada akhbar maka sewajarnya mereka mempertahankan tindakan mereka yang sememangnya tidak salah. Saya percaya disaat tulisan ini di 'publish', isu ini sebenarnya telahpun diselesaikan. Kerana ianya terlalu kecil untuk diperbesarkan.

Hikmahnya bagi kita yang membaca, jangan cepat menghukum siapa yang salah namun belajar dari pengajaran yang ada. Sebagai ketua keluarga sewajarnya kita menyelasaikan sesuatu yang semenangnya menjadi kewajiban kita. Kesannya sebenarnya bukan kepada kita tetapi kepada anak yang merasainya. Kita tidak akan faham perasaannya sebagaimana dia yang menghadapinya. Jangan kita terlalu bergantung harap kepada bantuan kerana ini akan menyebabkan kita leka terhadap tanggungjawab kita. Susah bukan alasan untuk tidak dapat menyempurnakan tangungjawab kita bekeluarga kerana sesusah kita, ada lagi orang yang lebih malang dari kita.

Anak-anak yang cemerlang begini agak ralat memiliki perjalanan sejarah pahit sebegini kerana kesilapan kita. Jangan biarkan mereka berasa seolah-olah usaha mereka tidak dihargai kerana ini akan membantutkan kecemerlangan mereka dimasa hadapan. Semua pihak seharusnya memberikan sokongan sewajarnya kepada pembangunan pendidikan Negara dan jangan hanya suka menuding jari mencari siapa yang salah bila timbul sesuatu masalah.

Sekadar pandangan dan menyokong penuh terhadap penciptaan kecemerlangan...

11 Zulhijjah 1430 Hijrah
28 November 2009

Sabtu (10.37am)

No comments:

Post a Comment