Tuesday, December 1, 2009

ISU CHIN PENG DAN BTN: SATU KEBETULAN ATAUPUN STRATEGI

Di saat isu Chin Peng cuba dijadikan idola yang ditimbulkan seorang pemimpin politik di Perak dan beberapa cubaan untuk mengembalikan "Penjenayah Perang" ini ke tanah air dan dimasa itu juga sebuah organasasi kerajaan dijadikan serangan. BTN yang menjadi nadi penerangan Patriotisme negara adalah juga musuh yang nyata bagi Chin Peng. Saya kira BTN yang dilanyak pada saat ini bukan semata-mata atas dasar kebimbangan kehilangan pengaruh sahaja malah lebih daripada itu. Ada perkara pelik yang wajar dinilai secara mendalam. Terikut aliran strategi mereka-mereka yang tidak bertangung jawab ini dibimbangi akan mengorbankan sesuatu yang lebih besar.

Sabah Tumbang Kepada Pembangkang.
Kita masih ingat bagaimana dikatakan Sabah akan jatuh ketangan pembangkang sebelum PRU ke 12 baru-baru ini. Semua orang bercakap tentang hal itu dan parti politik BN juga berasa bimbang. Tumpuan diarahkan ke Sabah pada ketika itu maka yang terlepas pandang adalah keadaan di tanah Semananjung. Apa yang menariknya selepas pilihanraya adalah yang dibimbangi kalah ini telah dikatakan sebagai "Deposit" besar kepada parti pemerintah pada saat ini. Yang sebenarnya menjadi sasaran adalah Semananjung . Isu kekalahan Sabah sebelum ini adalah stratagi alihkan tumpun terhadap isu sebenar iaitu menjatuhkan negeri-negeri di Semenanjung.

Pengalihan isu-isu dengan menjadi isu-isu lain sebagai "Dummy" sebenarnya bukanlah suatu strategi yang baru. Luaskan saja pencarian maklumat kita kepada isu-isu di dunia luar. Strategi 'Pre-emptive strike' berlaku selepas serangan keatas World Tread Center dan akhirnya isu serangan keatas Iraq, Afganistan dan ugutan keatas Iran semangkin dihalalkan atas nama memerangi keganasan. Adakah semua yang ditimbulkan adalah sebenar-benar isu atau sekadar dijadikan 'kabus' sahaja bagi menghalalkan sesuatu isu yang sebenarnya yang menjadi keperluan golongan perancang strategi ini.

Isu Mengambalikan Chin Peng adalah keutamaan untuk digagalkan dan bukannya isu perkauman yang dikatakan dibawah oleh BTN. Dua perkara ini saya melihat ada perkaitannya. BTN hanya dijadikan sebagai kambing hitam untuk mengelabui mata terhadap isu Chin Peng. BTN bolehlah dikategorikan sebagai musuh nombor satu kepada usaha pengembalian Chen Peng ke Malaysia. Usaha menembalikan Chin Peng juga sebenarnya adalah usaha untuk mengangkat martabat Cheng Peng sebagai salah seorang wira Negara. Sejarah cuba diubah dan cubaan ini sudahpun bermula cuma masa menjadi penentu bila ia menjadi realiti.

BTN Harus Di Tutup
Jalan mudah untuk mengangkat Chin Peng adalah dengan melemahkan musuh dan memansuhkannya. Strategi yang mudah dimainkan adalah 'perkauman' yang dibawa BTN. Telah berjuta Masyarakat Malaysia mengikuti kursus BTN semenjak selepas berlakunya titik hitam sejarah Negara 13 mei 1969 namun tidak ada satupun bekas peserta yang menjadi pemula mengulangi sejarah hitam ini berlaku. Yang berlaku kekalahan 5 negeri kepada Pembangkang. Kelantan tidak pernah rebah ketangan BN. Bagaimana mewajarkan ayat bahawa BTN Doktrinasi BN. BTN Mengajar rakyat tentang Patriotisme. Patriotisme sebenarnya relevan sampai bila-bila kerana ini adalah benteng yang paling ampuh menahan segala cubaan anasir luar dan dalam yang mengangu-gugat kestabilan negara. BTN mendukung perlembagaan negara dan berasaskan fakta sejarah serta berpandukan ajaran agama. Tidak banyak kursus yang menekankan aspek solat dalam jadualnya namun BTN tidak sesekali melupakan ajaran agama yang menjadi tiang ini. Menjaga negara juga adalah sebahagian dari ajaran Islam dan Syahid bagi yang gugur mempertahankan tanah air dari dicerobohi musuh. Adakah kerana fakta sejarah yang dibentangkan lalu BTN menjadi kebimbangan pendokong Chin Peng dan Komunis. Takut kah mereka bahawa BTN akan menjadi penghalang besar hasrat 'halus' mereka kerana membentang fakta yang menentang anasir-anasir sebegini. Sememangnya ada golongan yang berhasrat untuk menukar fakta sejarah dengan mempersoalkan integriti penulisan sejarah pada masa kini. Sejarah kini dikaitkan dengan sejarah versi kerajaan. Perkara ini boleh berlaku dan contohnya ada di depan mata. Nama Temasik bertukar Singapura, dan dijumpai melayu dikatakan dibuka oleh Inggeris serta sebagainya. Bukan susah menukarnya. "Tukar Kerajaan" kuncinya. Fikir-fikirkanlah.

Strategi Presepsi
Hari ini Isu BTN menengelamkan Isu Meng'idola'kan Chin Peng. Semangkin banyak yang bercakap tentang BTN maka semangkin banyak presepsi yang akan timbul. Kenyataan Dato' Sri Nazri Abdul Aziz yang menyatakan bahawa modul BTN akan dirombak sebenarnya mengujudkan presepsi bahawa modul BTN ini adalah salah. Tajuk "Kurikulum BTN akan dirombak" ini akan dijadikan senjata untuk membenarkan presepsi yang ditimbulkan terhadap BTN sebelum ini. Selayaknya PM, TPM dan Menteri yang menjaga BTN sahaja yang wajar menjawab bagi pihak BTN ini. Cukuplah kita terikut-ikut dengan rentak golongan yang cuba meruntuhkan Institusi penting Negara ini.

Semangkin banyak ulasan terhadap BTN ini diwar-warkan maka semangkin banyak presepsi yang akan wujud. Semua bercakap tentang permainan "presepsi" yang dibawa pembangkang namun ramai yang masih tidak belajar terhadap tektik ini. Presepsi ini lah yang hampir meranapkan kerajaan Barisan Nasional maka akhirnya dimata masyarakat terhapus segala jasa-jasa Kerajaan yang ada. Seolah-olah tiadalah kebaikan yang diperolehi masyarakat terhadap kerajaan yang ada pada masa kini. Tidak dinafikan dalam banyak-banyak isu yang diketengahkan ada yang benar namun disebalik yang benar inilah ditanam fitnah dan pembohongan belaka maka akan ramai yang boleh terkeliru. Inilah tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab kerana berniat meruntuh bukan membina. Memahami kelemahan masyarakat kita pada hari ini lebih rela mendengar dari mencari maka dengan mudah dipengaruhi oleh mereka-mereka yang bijak berpidato. Musuh presepsi adalah Fakta dan kerana itu BTN harus dimansuhkan dengan mengujudkan presepsi 'perkauman' disebabkan agensi yang satu ini sarat dengan faktanya bila berhujah.

Realitinya bak kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin "Bagi kita, tak rugi apa-apa kalau ada yang tidak mahu sertai BTN. Kita hanya nak beri faedah kepada pihak yang hendak memahami apa kebaikan di dalam kursus BTN'. Jawapan yang ringkas namun maksudnya ini bukannya sesuatu isu yang harus diperdebatkan sampai berminggu. Bagi yang tidak mahu biarkan dan saya sarankan agar biar bekas peserta yang menghakami BTN bukan segelintir orang politik. Pembangkang memang sifatnya pencari salah dan seolah-olah kebenaran hanya ada pada mereka selalunya. Malang bagi BTN bila isu ini tidak segera dihentikan dengan jangan semua bercakap berkenaan perkara ini. Rebah BTN mengilai Chin Peng dan pendokongnya. Ingat, perlakuan hari ini sangat singnifikan terhadap masa depan generasi yang akan datang.

Yang Harus Ditentang
Chin Peng dan pengikutnya sebenarnya adalah musuh negara dan bukannya isu penutupan BTN. Chin Peng bila berjaya memasuki negara ini akan menjadikan golongan yang meminati pengkhianat ini bersorak gembira. Tidak ramai yang mampu berhujah mematahkan ayat simpati yang cuba digunakan bagi mencuit hati lembut masyarakat kita pada hari ini. Ayat seperti "Chin Peng hanya sekadar hendak disemadikan disebelah kubur bapanya dan berkehendakkan berjumpa sanak saudara yang ada di Perak", "Chin Peng dilahirkan di Setiawan, Perak jadi kenapa susah sangat Kerajaan hendak membenarkan dia pulang", "Dia sudah tua dan tidak mampu berbuat apapun". Ideologi yang dibawa Chin Peng sebenarnya adalah sesuatu yang sangat bahaya dan manusia-manusia yang menjadikan "pengkhianat" ini idola akan cuba merubah sejarah kerana pastinya mereka ini akan bercakap tentang kebaikan idola mereka ini berbanding keburukan yang dibawanya. Pembunuhan yang dilakukan Komunis yang dikepalai Chin Peng ini yang ditentang. Masih segar dalam ingatan yang terkesan secara langsung dek keganasan Komunis ini. Berapa ramai yang mati ditangan Komunis ini. Mengatakan pejuang kemerdekaan namaun selepas Malaysia Merdeka masih ada juga berlaku penentangan Komunis. Manusia sebegini sewajarnya diburu bukan dijulang.

Berfikir sejenak wahai warga yang prihatian. Jangan kerana strategik yang licik dimainkan kita terjerat. Berfikir sedalamnya sebelum bertindak. Imbaslah selalu sejarah lampau. Lihat dalam ruang lingkup yang luas. Tajamkan akal dengan ilmu semoga kita tidak terkeliru. Tindakan hari ini adalah perjudian untuk genarsai dimasa hadapan.

Salam Perjuangan. Hapuskan Komunis, Singkirkan Chin Peng dan Angkatannya.


Asmarah Rikun
15 Zulhijjah 1430 Hijrah
02 Disember 2009
Rabu (05.30pm)

1 comment:

  1. Betul..betul...betul.... Hanya Minachi yg mengenal Manikam!

    ReplyDelete