Sunday, December 6, 2009

MENGHARAPKAN M.KULASEGARAN - BAGAI MENUNGU BULAN JATUH KERIBA...


"Kulasegaran digesa pertahan hak Melayu" tajuk akhbar pada 5hb. 12. 2006. Besar harapan Gagasan Melayu Perak (GMP) agar Ahli Parlimen (DAP) Ipoh Barat ini dapat memperbetulkan presepsi beliau mengenai Ketuanan Melayu kerana dakwaan mereka bahawa Kulasegaran masih membawa pemikiran terdahulu. Kemarahan GMP ini tercetus akibat daripada tindakan Kulasegaran yang mempertikaikan fakta sejarah dan ketuanan melayu baru-baru ini. Sebelum daripada itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat ini pernah mencetuskan kontroversi bila menjadikan Chin Peng sebagai Idola dan cuba mengiktiraf idolanya ini agar dapat dibawa pulang ke Malaysia. Dalam tulisan saya sebelum ini ada menyentuh tentang agenda disebalik serangan terhadap BTN serta kebimbangan saya serangan terhadap subjek sejarah yang dilebal sebagai 'versi Kerajaan' dan sebagainya. Saya membimbangi telaan saya ini benar kerana apa yang saya katakan telah menampakkan susur galur perkaitannya.

M.Kulasegaran yang mengagungkan idolanya Chin Peng dan dalam masa yang sama agensi yang mempertahankan Sejarah Negara serta Perlembagaan Negara diancam lalu diteruskan dengan kecaman terhadap subjek Sejarah pada hari ini (sebelum inipun telah berlaku dan mungkin berlarutan lagi) menampakkan agenda sebenar Ahli Parlimen DAP ini. Pasti orang DAP ini tidak berseorangan kerana kalau melihat kepada perjuangan dan pemikiran rakan seangkatannya tidak salah mengatakan mereka ini ,sehati sejiwa'. Jadi apa yang perlu diharapkan pada mereka-mereka ini.

M. Kulasegaran tidak memahami sejarah dan Perlembagaan Negara adalah perkara yang tidak betul tetapi beliau sengaja tidak mahu menerimanya lalu bertindak memputar belitkan fakta yang ada. Belum memerintah Negara golongan-golongan ini sudahpun menampakkan belangnya maka apabila ditakdirkan memerintah kelak pasti dirubah segala fakta yang ada. Umur dan masa akan membuktikan telaan saya ini. Pada ketika itu GMP, orang Melayu Bumiputera serta lain-lain kaum akan menjadi "anjing menyalak bukit" kerana kuasa yang ada akan membenarkan mereka melakukan apa saja.

Apa yang dibimbangi tentang Ketuanan Melayu ini? Bukankan Yang diPpertuan Agung Malaysia adalah Orang Melaya. Bukankah juga Raja-Raja Melayu itu orang Melayu. Adakah ini bukan melambangkan Ketuanan Melayu dan adakah Ketuanan Melayu ini merampas hak orang lain. Perkara 153 Perlembagaan Negara menjelaskan;

(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang diPertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

Ini jelas menampakkan bahawa Ketuanan Melayu ini tidak menafikan hak kaum-kaum lain seperti yang banyak diputarbelitkan dan yang menjaganya adalah orang Melayu dibawa Yang diPertuan Agong. Kenapa berat untuk memahami perkara ini. Kenapa tidak mempercayai realiti dan fakta didepan mata bahawa yang ramai menjadi hebat ini adalah bangsa lain dan yang baru bernafas ini adalah dikalangan orang Melayu dan Bumiputera. Bukankah ini petunjuk besar bahawa tiada siapa yang dinafikan haknya bila berada di Malaysia ini. Bukankah semua kaum terbela dibawah Ketuanan Melayu ini.

Pandangan saya, tidak perlu mengharap kepada orang-orang DAP yang tidak mahu memahami perkara fakta dan cuba mengunjudkan 'kebimbangan' dengan memutarbelitkan realiti yang ada. Sedemikian juga bagi rakan-rakan seangkatannya yang berkiblatkan perjuangan mereka-mereka ini. Mandat diberikan pengundi kepada orang seperti Kulasegaran DAP Ipoh Barat ini disalah gunakan untuk memporak perandakan kaum-kaum yang ada di Malaysia ini sebenarnya. Kaum-kaum lain dimainkan dengan mengujudkan kebimbangan dan orang Melayu dijentik sensitivitinya. Aganda sempit mereka ini merbahaya bagi kemakmuran serta kestabilan yang telah lama wujud di bumi bertuah Malaysia ini. Halang perkara ini dari berterusan. Halang agenda menafikan Sejarah dan Perlembagaan Negara serta halang cubaan untuk mengujudkan kebimbangan tentang Ketuanan Melayu dengan cubaan memberikan presepsi yang salah. Salah langkah memilih hari ini akan membankan kita dimasa hadapan.
Salam 1Malaysia.

"Jangan Benarkan Chin Peng Kembali Ke Malaysia"

20 Zulhijjah 1430 Hijrah
7 Disember 2009
Isnin (02.00pm)

No comments:

Post a Comment