Monday, September 7, 2009

PATRIOTISME PADA SAYA


Patriot didefinisikan sebagai orang yang berjuang mempertahankan tahan air dan Patriotisma pulak lebih kepada semangat sayang dan cintakan Negara yang mendalam melebihi nyawa kerana Allah s.w.t. Bila ditanya mana yang lebih penting, Nyawa atau Negara? agak-agaknya kita akan memilih apa. Persoalan sepontan ini sebenarnya mampu menguji sejauh mana kedalaman cinta kita kepada Negara.

Saya banyak bertanya kepada ramai kawan atau kenalan baru tentang perasaan mereka terhadap kebiadapan segelintir rakyat Indonesia terhadap Negara ini dan jawapan yang saya perolehi adalah ramai juga yang tidak terasa atau langsung tidak mengetahui apa yang berlaku. Terdetik dihati saya apakah rakyat Malaysia dek kerana mungkin terlalu mewah dan selesa maka terlena tanpa sedar dengan ancaman-ancaman sebegini. Bukan hendak membangkitkn amarah rakyat malaysia tetapi sekadar menyedarkan diri bertapa sebenarnya kelekaan kita terhadap peripenting samangat ini perlu wujud dalam diri setiap warga Malaysia.

Afganistan satu ketika dahulu pernah menghambat keluar kuasa besar Rusia pada ketika itu yang cuba merobek negara tercinta mereka. Semangat perjuangan warganya sunguh ampuh untuk ditewaskan Rusia walaupun berbekalkan peralatan yang tidak secanggih Rusia. Iraq juga mampu bertahan diasak dan diserang Amerika dan sekutunya pada Perang Teluk sekitar tahun 1991. Pada saya semangat patriotisma ini yang menjadi senjata ampuh mereka dalam menghalang Negara mereka dikuasai. Bila semangat ini dileburkan dengan memecahbelakan rakyat sesuatu negara itu maka dengan mudah akhirnya mereka menorobos masuk menganyang negara tersebut. Globalisasi yang diasaskan dunia Barat ini telah menjadi senjata menindas dan menekan negara yang tidak sealiran dengan mereka. Sekatan ekonomi yang dibuat keatas Iraq selama 10 tahun di era kekuasaan Bill Clinton telah menyebabkan rakyat iraq menjadi lapar. Bila lapar maka kewarasan akal hilang dan dengan mudah meletakkan salah kepada Pemerintah maka rakyat berpecah lalu datang era pemerentah Bush Junior maka dengan mudah meranapkan Iraq dan rakyatnya. 50 tahun mendatang belum tentu Iraq dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain yang sama merdeka dengan Iraq kerana mereka terpaksa bermula semula.

Hari ini ramai menilai Presiden Amerika sebagai pejuang keamanan sehingga di nobatkan anugerah Nobel Keamanan Dunia kerana pandangannya sahaja terhadap keamanan dunia. Dengan harapan sahaja yang diberikan maka beliau dianugerahkan anugerah yang dikira besar pada abad ini. Apapun jangan lah kita terleka dengan pemberian imej yang baik serta kata-kata yang indah kerana Bill Clinton dulupun dupuja kerana dasar luarnya yang dikatakan tidak extrim namun sekatan ekonomi yang dilakukan beliau sebenarnya adalah sedasyat perang yang diistiharkan Bush. Perlu diingat bahawa penasihat dan segala yang menjaga kepentingan Amerika dan bekerja bersama Presiden adalah dikalangan bangsa yang taksub terhadap bangsa dan agamanya yakni YAHUDI. Mungkin niat President Obama baik namun hemat saya dia masih tidak mampu mengekang perancangan licik YAHUDI.

Apapun kita pewaris kemerdekaan ini wajar berfikiran kritis dan rasional dalam penilaian diantara kaca dangan permata. Pendidikan telah diberikan Kerajaan melalui peluang yang tersebar luas maka wajarlah kita berfikir untuk membayar 'hutang' kita kepada Negara Malaysia tercinta ini untuk warisan adik-adik serta anak cucu cicit kita kelak. Bayarlah dengan sekurang-kurangnya menjaga diri sendiri untuk tidak terlalu sempit pemikiran dalam menilai sesuatu keadaan yang dilihat. Nilai lah ber4ita yang datang dan janganlah kita secara tidak sedar akan menjadi pembantu kepada kekacawan kepada keamanan yang telah tercapai di Bumi Bertuah bernama MALAYSIA ini. Sayangilah Malaysia kerana Allah S.W.T.

Sekian...

26 November 2009
Khamis ( 6.40 pm)