Sunday, March 25, 2012

PENDATANG TANPA IZIN (PATI): Realiti Pahit Anak Sabah

Petikan kenyataan SUHAKAM yang ditelan pahit warga sabah dan menjadi isu duri dalam daging pimpinan Barusan Nasional masa kini. “Berdasarkan statistik pada tahun 1970 di Sarawak, penduduknya hanya satu juta dan merujuk kepada statistik tahun 2004 iaitu 34 tahun selepas itu, ia menunjukkan jumlah penduduk hanya 2 juta, bertambah sekali ganda sahaja.“Bagi statistik di Sabah pula, pada tahun 1970 penduduknya hanya 698,000 orang, ia meningkat serta merta 34 tahun selepas itu iaitu pada tahun 2004 sebanyak 3.3 juta, perubahan ketara sebanyak lima kali ganda,” katanya.

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Namun menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri yang dipetik. Rujuk sini menyatakan tengan program 6p yang dilancarkan sejak oktober 2011.

329,936 bilangan pati yang diputihkan pada saya satu bilangan yang boleh dibangakan namun menimbulkan persoalan yang lain. Bilangan ini adalah stastik bagi seluruh negeri di Malaysia yang berjaya di"putih"kan namun stastik yang lain menunjukkan bilangan PATI di Sabah dan Sarawak sahaja melebihi bilangan ini. Dimanakah yang lain ini berada??? Apakah program 6P ini diketegorikan sebagai berjaya? Atau sebaliknya?

Agak bersetuju juga melihat dari sudut pandang pri kemanusiaan sejagat bahawa ada diantara PATI ini yang tidak memiliki Negara dan ada yang tidak pernah pun menjejaki negara lain selain Malaysia namun siapa harus disalahkan bila emak bapanya melahirkan mereka di negara ini justeru menyebabkan perkara ini berlaku. Apapun yang jelasnya semua ini tertanggung du bawah pemerintah masa ini. Mahu tidak mahu ini memang satu realiti yang pahit untuk ditelan anak jati Sabah dan Sarawak serta Malaysia umumnya.

Sy tinggalkan dengan satu persoalan untuk renungan bersama. Apakah dengan bertukarnya kerajaan Barisan Nasional kepada Kerajaan Pakatan Rakyat akan mampu menyelesaikan isu ini??? Satu persoalan yang juga kabur jawapannya... jadi apa penyelasaiannya??? Sama2 kita fikirkan...