Friday, March 12, 2010

TAHNIAH KEPADA WARGA PENDIDIK SERTA PARA KELUARGA

Bila tiba musim peperiksaan pelajar biasanya sangat berdebar namun disaat menanti keputusan, Ibu Bapa serta Guru akan merasai debaran yang sama menunggu keputusan anak2 mereka.
Apa yang pasti senarionya ramai yang tidak meyebut peranan besar Guru bila kita cemerlang dalam perjuangan pendidikan kita. Tidak kedengaran nama guru yang mendidik dijulang dan disebut2. Peliknya, guru akan disebut itu dan ini bila pelajar itu tidak cemerlang ataupun tidak cukup pandai. Mungkin kenyataan saya ini akan disangkal namun itulah yang selalu saya dengari seolah-olah terlupa oleh kita peranan besar seorang guru. Mungkin tidak secara sengaja namun telah mungkin menjadi kebiasaannya begitu.

Tidak dinafikan bahawa peranan Ibu Bapa serta Pelajar itu juga wajar diiktiraf setingginya tetapi tidak adil meningalkan peranan besar sang Guru ini. Seorang guru pernah mengeluarkan keluhannya bila seorang pelajarnya yang cemerlang dan hari ini menjawat jawatan tinggi bila berjumpa dengannya, menegurpun payah. Kalau si Guru tadi mengenali pelajarnya ini saya tidak percaya si murid yang telah berjaya ini tidak kenal akan bekas gurunya. Terkadang bila kita berada diatas langit kita lupa tanah di bumi. Kita lupa asal kita. Kita berasakan bahawa semua kejayaan ini adalah disebabkan kegigihan kita. Kita mungkin lupa bahawa kejayaan datang dari PELUANG yang ada, MOTIVASI yang tinggi serta USAHA yang berterusan. Kalau besar manapun Usaha kita serta tinggi manapun Motivasi kita namun sekiranya PELUANG tidak ada maka kejayaan pasti tidak akan muncul. Si pelajar tu pasti akan menjadi orang yang putus asa serta kecewa. Di sinilah peranan besar Kerajaan dan Guru yang memberikan ruang dan peluang kepada pelajar untuk mencedok ilmu mereka sebanyak mungkin. Guru serta Ibu Bapa jugalah yang berperanan besar dalam memberikan Motivasi terhadap kejayaan yang bakal kita miliki.

Lalu Usaha yang gigih memangkinkan lagi kejayaan itu. Atas dasar itu kita sewajarnya memberikan tempat yang mulia bagi Guru, Ibu Bapa dalam kejayaan yang kita mliki. Maka dengan itu juga bahawanya segala kejayaan yang kita miliki itu bukannya datang bergolek ataupun hasil kita sendiri. Wajarlah diberikan penghormatan setingginya kepada penat lelah GURU-GURU yang mendidik kita sehingga berjaya pada hari ini. Perana Ibu Bapa sama pentingnya. Tanpa mereka ini mana mungkin kita dapat mencapai apa yang telah kita capai pada hari ini.
Disaat masih panas keputusan SPM serta STPM yang baru diumumkan baru2 ini saya ingin mengambil kesempatan untuk menjulang para Pendidik serta Ibu Bapa dalam membantu memberikan masa depan yang gemilang kepada anak-anak kita. Kepada Adik2 teruskan perjuangan kerana masa depan pasti menjanjikan persaingan yang GETIR. Maka bersedialah dangan semangat WAJA serta JATI DIRI yang tinggi. Pihak KERAJAAN yang memberikan segala kemudahan dan wajar diberikan ucapan terima kasih setingginya kerana melaksanakan TANGGUNGJAWAB sebaiknya dalam membantu rakyatnya. Semoga semua diantara kita berjaya di Dunia dan Akhirat. Amin...

Monday, February 1, 2010

BANKUET "SIRIH PULANG KEGAGANG" ALUMNI UUM CHAPTER SABAH.

Bila mana kerja keras menampakkan hasil yang berbaloi untuk dikenang adalah sesuatu rasa yang sukar untuk digambarkan. Pengalaman sebegini mana mungkin mampu dibeli dengan wang ringgit. Hasrat untuk mengumpulkan rakan-rakan lama dari Universiti Utara Malaysia terlaksana juga akhirnya. Banyak rintangan dan dugaan dalam menjayakan usaha sebegini. Sebenarnya hendak mengajak orang berkerja tanpa memberikan imbuhan adalah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan. Apa yang diperolehi dalam kerja kesukarelaan sebegini hanyalah sekadar "pengalaman" dan "kepuasan". Berapa ramai yang mampu menyumbangkan tenaga dalam merealisasikan sesuatu yang tampak memenatkan dan nampak semacam tiada pulangan. Jawapannya "tepuk dada tanya diri". Saya sesangat menghargai sumbangan rakan-rakan dalam membantu saya merealisasikan Program Seminar dan Bankuet ini. Kejayaan ini milik bersama. Terima kasih setingginya kepada yang berkerja dan semua yang hadir menjayakan program ini. Salam..

Pengarah Eksekutif
Program Seminar dan Bankuet
"Sirih Pulang ke Gagang"
Universiti Utara Malaysia Chapter Sabah.