Thursday, December 3, 2009

GUGURKAN KEWARGANEGARAAN MALAYSIA....

Lebih 4 ribu rakyat Malaysia telah mengugurkan kewarganegaraan mereka setakat hari ini dan lebih 30 ribu pula warganegara Malaysia yang bekerja di luar Malaysia. Isu ini diperbincangkan didalam Astro Awani dalam slot Sudut Pandang pukul 9.30 mlm tadi. Ahli panel yang dijemput untuk membincangkan isu ini ialah seoarang aktivis juga ahli PKR iaitu saudara Hisyamudin Rais dan seorang panel lagi ialah saudara Akramsyah Sanusi, Ketua Pemuda Umno (Tak pasti bahagian mana di Kedah). Apa yang menarik perhatian saya adalah isu yang dibincangkan adalah berkisar tentang "Mencari Silapnya" terhadap kenapa isu ini berlaku.

Kalau dikira angka sebenarnya bilangan 4 ribu itu tidaklah ramai berbanding 27 juta masyarakat Malaysia pada hari ini tetapi 30 ribu yang berkhidmat diluar negara dan mencari kehidupan di Negara luar adalah satu bilangan yang banyak. Saya melihat ada dua isu besar terhadap perbincangan ini iaitu;

1. Isu melucutkan kewarganegaraan Malaysia dan
2. Isu mencari pekerjaan di Luar Negara

Bagi Hisyamudia terdapat dua faktor utama yang menjadikan perkara ini berlaku iaitu faktor penolakan yang ada didalam negara dan faktor penarikan daripada negara luar. Punca utama kepada dua faktor ini adalah disebabkan 'politik' katanya. Hujahnya, dasar meritokrasi tidak diaplikasikan menyebabkan golongan bijak pandai merasa tidak dihormati dan terpingir. Ketuanan Melayu juga dikatakan sebagai penyebab kebimbangan kaum lain serta Malaysia dikatakan kurang Demokrasi. Penghijrahaan penduduk Malaysia ini bagi beliau adalah satu kerugian kepada duit negara kerana golongan ini dibangunkan dengan pendidikan untuk hasilnya dituai oleh negara. Golongan yang memilih negara seperti New Zealand, Australia, US dan sebagainya adalah mereka terdiri daripada warganegara yang sekurang-kurangnya memiliki Ijazah. Ini telah membazirkan wang kerajaan membangunkan mereka lantas berhijrah kerana faktor-faktor diatas menurut beliau.

Saudara Akramsyah pulak menjelaskan bahawa bukan faktor politik adalah penyebab kepada masalah ini berlaku namun banyak faktor-faktor lain menjadi punca kepada perkara ini. Faktor terbesar bagi Akramsyah adalah faktor budaya. Beliau mengambil contoh seorang YB di luar Negara yang berasal dari Sabah telah melucutkan kewarganegaraannya. Menurut beliau ini disebabkan Yb ini seorang Gay dan budaya Gay adalah sesuatu yang jijik bagi masyarakat kita. Faktor pribadi juga dikaitkan bilamana melibatkan perasaan cinta serta penolakan keluarga dan sebagainya. Merujuk kepada warganegara yang berkhidmat di luar negara pulak, bagi Akramsyah golongan hari ini tanpa komitmen besar dan sebagainya serta atas dasar mencari pengalaman menyebabkan warganegara Malaysia lainnya bekerja di Luar Negara. Golongan ini bukanlah satu yang menjadi masalah besar. Bagi beliau lagi, ini menunjukkan bahawa warganegara Malaysia diterima baik dinegara luar kerana keberhasilan penghasilana prodak negara ini. Beliau sendiri pernah bekerja diluar negara selama 8 tahun keran mencari pengalaman dan berikrar mencurahkan pengalaman yang ada di Malaysia.

Banyak contoh-contoh yang dihujahkan Akramsyah namun tidak sempat di salin dan dihayati sepenuhnya kerana sebenarnya yang menarik perhatian saya adalah hujah-hujah yang diberikan oleh saudara Hisyamudin Rais. Hujah beliau yang banyak saya catatkan kerana sejak awal sampai keakhir siaran inilah hujahnya yang ditekankan. Biasalah dalam hujah bila dua seteru masuk gelangang, yang satu mencari salah dan satu lagi akan jadi pembela. Penonton menjadi hakim. Bagi yang malas mencari fakta akan mudah dipengaruhi dan akhirnya akan menjadi pembawa hujah daripada pihak pertama. Walaupun sumber pertama belum tentu kesahiannya namu kerana menyokong, idola, parti kegemaran dan alasan lain maka di'amin'kan secara langsung hujah itu.

Pokoknya, besar benar kah perkara ini? Adakah perkara negatif sahaja yang ada bagi warganegara yang mencari pekerjaan di luar negara? Wajarkah hanya menyalahkan Kerajaan semata-mata kerana dasarnya yang tidak betul itu dan ini? Beberapa pandangan saya akan saya utarakan dan selebihnya biarlah dihakami oleh pembaca lainnya.

Kalau dihitung, 4 ribu dari kira-kira 27 juta Masyarakat Malaysia adalah bersamaan dengan 0.0148% yang melucutkan kewarganegaraannya. Angkah yang meningalkan Malaysia ini sebenarnya tidak sebesar mana namun memberikan impak kepada presepsi masyarakai bila ia dibincangkan secara terbuka. Faktanya, 1.8 juta pekerja asing di Malaysia dan lebih 2.4 juta keseluruhanna berada di Malaysia (stastik 2006) yang kalau diberikan 4 ribu kad pengenalan kepada mereka ini pasti mereka sangat menghargainya. Saya percaya dari 4 ribu ini masih ada yang rindu dan sayangkan Malaysia namun atas dasar mengikut suami/isteri dan faktor-faktor pribadi lainnya maka menjadi kewajaran pada mereka berpindah terus. Selebihnya pada saya kerana kurangnya semangat 'jati diri' dan mementingkan diri sendiri. Tidak perlulah mencari salah orang lain mahupun institusi kerajaan kerana diakui Hisyamudin Rais sendari bahawa golongan ini adalah golongan mereka yang berjaya. Bila kejayaan ini telah dicapai adakah tidak ada jasa Kerajaan disitu.

Dalam mencapai kejayaan ini faktor terbesar yang perlu ada ialah Peluang, Motivasi dan Usaha. Hebatmanapun seseorang itu memiliki Motivasi dan Usaha namun bila Peluang tidak ada makan mereka ini akan menjadi golongan yang HAMPA. Namun peluang telah diberikan Kerajaan lantas berbaloilah segala Motivasi serta Usaha yang ada dan menjadikan mereka golongan yang berjaya. Kerana 'nafsu' lain tidak dapat dipenuhi makan salah orang lain dicari. Malangnya Kerajaan dibenci dan Negara ditinggali. Untungnya, golongan tidak taat kepada Negara ini mengakui ketidak taatan mereka dan yang bahayanya adalah golongan yang tidak ada ketaatannya tetapi bersembunyi atas nama Warganegara. Menjadi petualang bangsa dan negara serta menjadi gunting dalam lipatan dan api dalam sekam. Golongan ini yang paling merbahaya sebenarnya. Contoh golongan ini adalah pendokong Ideologi Komunis dan mereka-mereka yang ingin membawa Chin Peng ke Malaysia.

Hujah tidak ada Meritokrasi, Ketuanan Melayu, Tidak Dihormati serta kurangnya Demokrasi adalah hujah yang dangkal serta bersifat berat sebelah. Kenapa sukar untuk melihat fakta Sejarah sedikit dan membuat penilaian ikhlas terhadap isu ini. Melihat sejarah kewujudan sekolah di Malaysia, sejarah peluang-peluang yang diberikan keatas kaum-kaum di Malaysia, budaya menerima secara terbuka masyarakat Melayu dan pengiktirafan kaum-kaum lain serta Demokrasi yang telah wujud di Malaysia.

Saya katakan bersifat berat sebelah adalah kerana analogi mudah begini. Bila ibu atau bapa telah memiliki PMR, SPM dan STPM maka sudah tentu anak mereka akan mendapat lebih dari itu. sedemikian juga bila ibu atau bapa memiliki Ijazah maka sudah tentu anak dan genarasinya nanti akan lebih pandai daripada ibu dan bapanya. Alasannya kerana kesedaran ibu bapa sebagai pemimpin keluarga telah ada. Ini adalah hakikatnya dan fitrah dalam kehidupan. Walaupun tidak semua akan berjaya namun yang pastinya akan ramai dari anak itu yang akan berjaya. Sejarah sekolah di Malaysia masih baru terutama bagi orang Melayu dan Bumiputera namun bagi sekolah-sekolah Vanekular telah lama wujud yakni sebelum tahun 1900 lagi. Kalau dikira berdasarkan generasi maka kaum-kaum lain telah berpeluang awal mendapat pendidikan lalu masyarakat Melayu dan Bumiputera telah tidak mendapat keadilan pendidikan kerana dasar penjajah terdahulu. Adakah orang Melayu dan Bumiputera lemah?. Jawapannya tidak kerana setelah pembetulan dasar dilakukan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) maka hari ini bangsa yang terpinggir dizaman penjajah ini telah ramai yang berjaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah berbanding warganegara lainnya. Adakah bangsa lain dinafikan? Jawapannya juga tidak kerana carilah stastik terkini pada hari ini yang melibatkan Ekonomi, Pendidikan dan sebagainya maka jawapannya Melayu dan Bumiputera masih lagi ketinggalan. Ini tidak bermakna dasar DEB gagal. Kejayaan terbesar DEB adalah penurunan kadar kemiskinan Bumiputera dari 49.3% (1970) kepada 5.7% (2005). Ini diakui sendiri oleh Bank Dunia dan faktor kejayaan adalah disebabkan dasar DEB. DEB memerlukan masa yang panjang untuk mencapai Matlamat penuhnya iaitu Membasmi Kemiskinan dan Menyusun Semula Masyarakat. Matlamatnyapun jelas untuk semua Kaum. Atas dasar inilah saya mengatakan bahawa perjuangan Meritokrasi akan menyebabkan satu-satu kaum sahaja yang akan berjaya kerana asas bermulanya sudah tidak menampakkan keadilan. Mungkin untuk bidang-bidang tertentu atau pada masa 100 tahun kehadapan meritokrasi adil dilaksanakan secara keseluruhannya. Adil itu sebenarnya meletakkan sesuatu pada tempatnya. Masyarakat India pun diperuntukan budget yang besar untuk membela mereka. Sammy Vellu sebenarnya patut dipersalahkan kalau ada kegagalan membangunkan masyarakat India di Malaysia. Namun stastik sebenarnya yang masih ramai ketingalan masih lagi Bumiputera.

Ketuanan Melayu bukanlah sesuatu isu kerana laungan ini bukanlah bermakna masyarakat Melayu menganggap kaum-kaum lain sebagai sebaliknya. Konsep penerimaan patut diselami dan dihayati. Fakta sejarah tidak pernah menipu dan tidak ada sejarah orang Melayu memperhambahkan orang lain. Peneriman masyarakat Melayu terhadap konsep kerakyataan setu ketika dahulu dan menyakini janji "pengiktirafan" 4 perkara didalam 'pakatan murni'(rujuk buku sejarah dan perlembagan negara perkara 3, 14, 153, 152, 181) adalah bukti penerimaan masyarakat Melayu dan pengorbanan mereka. Janganlah dimungkiri janji pengiktirafan ini kerana akan mengundang rasa kesal orang Melayu dan Bumiputera.

Apapun pada Hisyamudin Rais janganlah bila kita pandai kita merasakan kepandaian itu adalah disebabkan hasil kita seorang. Janganlah bila berada diatas langit saudara lupa tanah dibumi. Saya membimbangi perjuangan saudara itu akan menyebabkan ketidak adilak sosial, ekonomi, pendidikan dan politik melebar luas di bumi tercinta ini. Kalau perjuangan meretokrasi dan kesamarataan tuan itu berjaya sekiranya pihak tuan memerintah, Alhamdulillah. Namun seandainya tidak berjaya setelah dilaksanakan dasar perjuangan tuan itu maka agak malang bagi generasi anak cucu kita yang akan datang. Langkah hari ini penentu kesinambungan warisan. Kalau terbukti hasil yang baik diperolehi hari ini mengapa mengambil risiko yang tidak pasti. Bukan takut kepada risiko namun pendapat tuan terang dan nyata berat sebelah.

'Sejarah umpama kuliah yang besar' memetik kata-kata Tun Dr. Mahathir lalu bagi yang tidur dan tidak mahu memahaminya maka mereka ini akan menafikan hak semua yang berhak. Kepada mereka yang melepaskan kewarganegaraan mereka pada saya golongan ini adalah golonga-golongan yang tidur semasa menelusuri kuliah yang besar. Justeru, tidak heranlah golongan-golongan ini telah hilang jati diri nya. Bagi golongan yang menyumbang tenaga di Negara lain sekurang-kurangnya mereka membawa pulang hasil ke Malaysia dan tidaklah sederhaka golongan 4 ribu ini.

Salam Perjuangan...


"Jangan Benarkan Chin Peng Kembali Ke Malaysia"


KeDay

17 Zulhijjah 1430 Hijrah
04 Disember 2009
Jumaat (02.40 am)

No comments:

Post a Comment