Monday, May 11, 2009

KELUHURAN PERLEMBAGAAN, KEDAULATAN UNDANG-UNDANG



Hari ini keputusan siapa Menteri Besar Perak sebenar telah ditentukan oleh PERLEMBAGAAN NEGARA. Datuk Seri Nizar kekal menyandang jawatan tertinggi negeri itu. Kerusi tertinggi negeri yang menjadi perebutan diantara Pemerintah dan Pembangkang. Tamparan hebat buat kerajaan Barisan Nasional dan kemenangan moral buat penyokong Pakatan Rakyat terutamanya parti PAS itu sendiri.

Dari sudut Perlembagaan memang ini kemenangan bagi Pakatan Rakyat dan kalau dilihat daripada Majoriti Politik ianya masih kemenangan Barisan Nasional kerana fakta menunjukkan yang menyokong Barisan Nasional dari segi bilangannya telah melebihi bilangan yang menyokong Pakatan Rakyat (saya akan ulas pada penulisan yang lain). Bagi saya dan semua yang menjunjung Perlembagaan Negara, keputusan Mahkamah ini haruslah dihormati.

Saya tertanya-tanya, apakah reaksi para penyokong Pakatan Rakyat bila mengetahui keputusan ini. Apa yang boleh saya pastikan ialah Kegembiraan, Kesyukuran dan Kepuasan kerana perjuangan mereka berhasil. Bila mengetahui keputusan itu saya terus menghubungi rakan saya penyokong PAS dan memaklumkan keputusan Mahkamah Tinggi ini. Dia belum pun mengetahui hal ini tetapi reaksi pertama rakan ini tadi ialah ‘ketawa besar’ menandakan rasa puas hati pada hemat saya. Ayat pertama rakan saya pulak ‘betulkah’ dan ‘nah’. Saya membiarkan seketika dia merasai kegembiraan itu. Saya bertanya semula apakah yang akan dia lakukan setelah mengetahui hal itu dan adakah dia akan menghormati keputusan Mahkamah itu?

Saya bertanya begitu kerana satu ketika dahulu dialah diantara mereka yang ramai yang sangat lantang mempertikaikan keputusan-keputusan Mahkamah. Hujahnya, mahkamah ini dipengaruhi oleh golongan-golongan politik terutamannya Perdana Menteri. Bila Mahkamah memutuskan Razak Baginda dibebaskan tanpa membela diri di Mahkamah atas kes sensasi pembunuhan Gadis Mongolia Alntatuya Saharibuu, dikatakan Mahkamah ini bertindak atas pengaruh Perdana Menteri. Buktinya, perkara ini pernah berlaku pada zaman Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pada masa kini dakwanya ramai “orang Mahathir” dalam team Kepimpinan Perdana Menteri sekarang jadi perkara ini tidak mustahil boleh berulang. Siapa-siapa orang Mahathir itu didalam Kabinet Datuk Seri Najib tidak pulak dia dapat nyatakan tapi katanya ‘ramai’. Saya tidak membantah kerana memang sifat mereka memang begitu berhujah dengan emosi,bila disanggah hati membara lalu jalan terbaik menjadi pendengar setia je lah. Banyak lagi tindakan Mahkamah yang dimuntahkannya untuk menyakinkan hujah-hujahnya. Apa yang pasti Mahkamah ini tidak betul kerana keputusannya tidak berpihak kepada kepuasan mereka.

Tetapi sebentar tadi reaksi ‘Pelik tetapi Benar” pulak berlaku. Keputusan Mahkamah disorak gembira pulak. Memang tidak sukar meramal reaksi Pelik ini kerana satu ketika bila pemimpin agung mereka DSAI menang didalam Mahkamah maka Mahkamah dianggap membuat keputusan yang betul dan tepat manakala bila keputusan Mahkamah tidak memihak kepada mereka maka Mahkamah mula dikatakan dipengaruhi dan pelbagai lagi lah hujah-hujah mereka. Apapun, berbalik kepada soalan yang saya tanyakan kepada rakan ini tadi berkenaan adakah dia akan menghormati keputusan ini. jawapannya mudah, KETAWA dan KETAWA. Saya pun tersengih lalu melontarkan kata adakah dia ketawakan situasi yang berlaku atau ketawakan diri sendiri terhadap perlakuan silap menghukum selama ini. Sehingga selesai perbualan saya tidak mendapat jawapan yang “pasti” daripada kawan ini namun yang pasti kegembiraan menyelubungi perasaan mereka-mereka ini.

Bagi rakyat Malaysia, RUKUN NEGARA haruslah dihayati yakni:

· KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
· KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
· KELUHURAN PERLEMBAGAAN
· KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
· KESOPANAN DAN KESUSILAAN

pada pihak penyokong Kerajaan dan Pembangkang, keputusan yang diputuskan haruslah dihormati dan berpegang teguhlah kepada prinsip-prinsip RUKUN NEGARA ini. Seperkara terpenting yang perlu kita pegang ialah janganlah menghukum pihak lain bila keputusan tidak memihak kepada kita. Saya, puas kerana Mahkamah menjalankan fungsinya dan akan terus menyokong apapun keputusannya pada masa hadapan.

Apa yang pasti dan yakini kebenaran ALLAH SWT yang hakiki…

Sekian… Salam Perpaduan..

3 comments:

  1. Asmarah,
    Salam perkenalan Denakan,
    saya terkilan kerana ternampak blog Denakan dari blog ustazSaid ( link saya).
    saterus nya saya lawati blog Denakan dan mendapati bahawa Denakan pun sesuku dengan saya, warisan Bajau.

    Saperti Denakan, saya pun pernah bersekolah di Maktab Sabah dsn.
    Disamping itu saya pernah juga bertugas di Kota Belud selaku Jurutera Bahagian selama 7 tahun.

    Buat masa ini, saya juga Ahli Majlis Tertinggi USBO disamping aktif dalam aktiviti yang lain.

    Walau macam manapun, buat masa ini saya tidak akan mengomenkan isu yang Denakan ketengahkan disini kerana, dalam blog-blog saya pun saya telah ceritakan isu yang sama.

    Apa yang penting saya mengenali Denakan sebagai teman Blogger dari Kota Belud( Tempat asal arwah bapa Saya) yang bertaraf intellectual, syabas.
    Salam sekali lagi dan teruskan menulis

    ReplyDelete
  2. bagusla Keputusan mahkamah memihak kepada Pembangkang, setidak-tidaknya AMAN jg negara kita ni..tapi jgn salah sangka, aku bukannya penyokong parti tersebut, cumanya selagi mereka tidak dapat mencapai apa yang diinginkan selagi itula negara kita terus bergolak dengan sikap KEBUDAK-BUDAKAN mereka..fuhh, jika di imbas kembali tayangan video dalam YOUTUBE yang tersebar luas kini berkenaan dengan Kekecohan di persidangan DUN Perak baru-baru ini, rasa malu dibuatkan, perangai macam budak yang tidak ada didikan,..gila kuasa..dan macam-macam lagi la, sukar diluahkan dengan perkataan, lu fikirla sendiri...chow...

    ReplyDelete
  3. Salam Perkenalan jua.

    Blog saya tidak lah hebat. pakboi.blogspot.com.

    Cuma, harapan agar negara kita terus aman. Kita terus mendapat hasil negara. Dan, tiada negara uar kacau kita...

    ReplyDelete