Wednesday, May 13, 2009

MENCARI KEBENARAN, MENGELAK KEKELIRUAN

Assalamulaikum..

Salam Perpaduan..

Semalaman saya tertanya-tanya sebenarnya apa yang akan bakal berlaku. Saya ingatkan mungkin adalah sedikit perubahan pandangan atau atau cara penilaian. Namun bukanlah mengharapkan atau memaksa menerima pandangan yang bertentangan dengan pendapat sendiri tetapi cukuplah sekadar kita menyatakan YANG SALAH TETAP SALAH dan BENAR KATAKAN BENAR atau KALAU TIDAK TAHU BERTANYA dan JANGAN BERHUJAH KALAU SEKADAR ANDAIAN BANYAK DARI FAKTANYA. Perkara terpenting lagi adalah JANGANLAH SELALU MENGATAKAN KITA SAHAJA YANG BETUL LALU MENAFIKAN SEMUA PENDAPAT YANG BERTENTANGAN DENGAN KITA...

Bagai menentukan mana yang sebenar berlaku dulu. Umpama Ayam dangan Telur, yang manakah sebenarnya keluar dahulu. Saya bukan pembela Nizar mahupun Zambry namun biarlah kita adil pada kedua-duanya.

Membawa kes ini ke Mahkamah dimulakan oleh saudara Nizar dan umum mengetahui keputusan telah dibuat. Mahkamah berpihak kepada Nizar lalu penyokong bersorak dan MEMBENARKAN tindakan Mahkamah ini. Walaupun umum telah mengetahui ini saya pautkan juga fakta ini untuk tatapan:
http://www.bharian.com.my/BH_video/sc_getVideos?vid=20090511190401&height=400&width=450

Sebagai prosedur biasa lalu Zambry pulak membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan untuk menanguhkan Tindakan Mahkamah Tinggi. Bukan membatalkan tetapi hanya MENANGUHKAN sahaja.
  • RAYUAN ZAMBRI DIDENGAR PAGI INI
    12 May 2009 12:23PM
    PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini akan mendengar permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk menangguh perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytihar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 11.45 pagi ini.
    (Sumber :http://www.klpos.com/news/2009/05/12/3.html)
Akibat tindakan itu lalu dibawah ini saya petik keputusan Mahkamah.
  • Semalam Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 11 Mei lepas yang mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.
    Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut. (Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20732&Itemid=50
Amalan prosedur biasa juga lantas Nizar pulak melanjutkan kes ini ke Makhamah Rayuan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan ini. Dibawah ini saya pautkan jagu kes yang dibawah oleh saudara Nizar.
  • Mahkamah dengar rayuan Nizar 18 Mei

    Harakahdaily Wed May 13, 09 9:47:27 pm MYT
    KUALA LUMPUR,13 Mei (Hrkh) - Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 18 Mei ini untuk mendengar rayuan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi. Tarikh itu ditetapkan selepas Nizar memfailkan notis usul itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan hari ini melalui firma guaman Tetuan Leong & Tan. Kelmarin Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Nizar ialah Menteri Besar Perak yang sah. Turut disertakan bersama notis usul itu ialah sijil supaya kes itu disegerakan.
    Bagaimanapun Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Ali membenarkan Dato' Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar. (Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20738&Itemid=1

Pasti ramai yang akan membuat andaian apa keputusan yang akan diputuskan. Kalau semua memahami dan meiktiraf Hak yang diberikan kepada semua pihak sewajarnya SEMUA HARUS BERPUAS HATI walau apapun keputusannya nanti. Saya petik sedikit pandangan daripada penulis Blog ini:

  • SOLYMONE
    Rasa nya kalau trend ini diteruskan, tidak heran lah , kalau esoknya timbul pula satu lagi keputusan yang berlainan dari Mahkamah Tinggi, bilamana pehak Nizar/PR pula mengemukakan lagi satu ‘petition’ yang menekankan bahawa rayuan pehak Zamry/ BN tidak releven dan sebagainya…Silap-silap kes perundangan ini akan berterusan sehingga kepangadilan Mahkamah Commonwealth atau Mahkamah Dunia..Manal lah tahu !!Bayangkan kalau ini lah ‘scenario’ yang akan berlaku. Sampai tua lah kita menanti kes fenomena kemelut politik di Perak ini akan selesai..Namun, keuntungan pasti berpehak kepada media, kerugian kepada rakyat Perak.Walau macam mana pun, hari esok maseh ada..(http://www.blogger.com/profile/10266649872759217914)

"Politik is Politik", kalau diminta kedua-dua pihak berdebat diatas pentas tanpa had masa pasti mereka akan saling berhujah tanpa henti dan mungkin sampai kiamat (pandangan extrim.hehe) namun nak mencari siapa PEMENANG pasti sukar kerana budaya POLITIK PENENTANGAN (mencedok pandangan NORBISA) dan bukanya POLITIK PENGIKTIRAFAN. Yang KELIRU dan CELARU pasti para Penyokong.

Saya melihat Penyokong Politik di Malaysia hari ini sangat berpaut kepada Politik Popular, Taksub dan Extrim. Maksudnya, semua akan mempertahankan pandangan "Bos" mereka sama ada betul ataupun tidak. Diajar sukar untuk menerima atau mengiktiraf kebenaran pihak Lawan lantas wujudlan pandangan membenarkan sesuatu itu kalau ianya berpihak kepada kepentingan group sendiri dan atau sebaliknya (mungkin ada yang tidak bersetuju dengan ini). Yang malang ada yang sanggup bertindak diluar Norma Masyarakat Timur serta adab Islam itu sendiri. Yang tegar akan tetap tegar. Ceritalah apapun pasti tidak akan dapat mengubah pendirian teguh ini.

Hari ini banyak Politik Negara-Negara Luar juga turut bergolak. Sedar atau tidak sedar sebenarnya banyak Pertukaran Kerajaan yang berlaku di seluruh Dunia. Pertukaran itu dibolehkan dalam amalan Demokrasi tetapi biarlah secara Aman dan Damai. Semoga Allah S.W.T memberkati kita dan semoga apa yang berlaku di Negara Luar tidak menular ke Negara Kita yang Tercinta ini. Kita hapuskanlah segala bibit-bibit anasir ini kalau ianya telah menampakan wajahnya.

Semua penulisan ini adalah cantuman pandangan golongan akademik, penulis blog, akhbar-akhbar tempatan dan ulasan saya yang kerdil ini. Semua ini sebagai Renungan. Semoga perbanyakkan diri kita dengan Ilmu agar Pandangan kita terarah dan Hujah kita Berharga.

Sekian... Wassalam...

Salam Perpaduan...

No comments:

Post a Comment