Thursday, August 20, 2009

DELEMA POLITIK...

Nik Aziz samakan agama dibawa Umno seperti diamalkan di Palestin
BUKIT MERTAJAM: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, membuat tuduhan terbaru terhadap Umno dengan mendakwa Islam dibawa parti itu sama seperti Islam diamalkan di Palestin. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan dengan nada sinis, berkata ajaran Islam dibawa Umno sudah tentu tidak boleh membawa seorang Muslim untuk ke syurga. "Ada perbezaan antara Islam dibawa Pas, berbanding Islam dibawa Umno kerana Islam mereka (Umno) tidak membawa ke mana-mana dan tidak membolehkan seseorang itu masuk syurga. "Atas perkara itu, saya percaya penduduk di Permatang Pasir akan memilih calon Pas (Mohd Salleh Man) sebagai wakil rakyat mereka, bukannya calon Umno (Rohaizat Othman)," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di sini, semalam . 20 Ogos 2009
sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20090818011503/Article/.

Nik Aziz mahu semuka majlis fatwa
"Mereka perlu tanya saya di mana salahnya, saya sedia menjelaskan secara berdepan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di Kota Bharu hari ini.Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz mengakui bahawa beliau bukan orang yang boleh menentukan seseorang masuk syurga atau neraka."Yang menentukan jalan syurga (atau) neraka adalah Allah dan yang memberitahu kepada kita (ialah) Nabi Muhammad SAW dan (apabila) nabi mati tugasnya disambung oleh ahli ulama."Saya bukan menentu syurga (atau) neraka yang menentukannya Allah, saya yang menyambung syariat dan jalan ke syurga ialah orang-orang yang Allah beri nikmat bukan nabi-nabi," katanya.Bagaimanapun, Nik Aziz tetap mempertahankan kenyataannya bahawa ajaran Islam yang dibawa Umno tidak menjamin penyokongnya dapat masuk syurga.Semalam Nik Aziz menjelaskan bahawa apa yang dimaksudkannya ialah sesiapa saja yang mengasingkan iman daripada Islam tidak akan masuk syurga. BERNAMA - dipetik dari http://www.malaysiakini.com/news/111049 . Ogos 20, 09 7:15pm

Isu-isu yang panas dan mengelirukan biasanya banyak ditimbulkan bila tiba masa PILIHANRAYA. kawan-kawan pas bercakap bahawa yang layak mengulas kenyatan seorang bergelar Tok Guru ini adalah orang-orang agama sahaja. Bolehkah kita menghalang orang lain untuk menilai?, apakah maksud kenyataan ini sebenarnya dan kenapa perlu buat kenyataan sedemikian yang sangat mengelirukan? dimanakah asasnya maksud kenyataan Tuan Guru "bahawa ajaran Islam yang dibawa Umno tidak menjamin penyokongnya dapat masuk syurga"? Apakah ajaran Islam yang dibawah UMNO ini salah dan dimanakah salahnya?

Banyak sebenarnya kontroversi kenyataan Nik Aziz ini bila tiba musim-musim pilihanraya. Pilihanraya seolah-olah masa melepaskan geram dan berdakwah (pada mereka-mereka yang berkenaan). Tetapi adakah bijak tindakan sebegini. Ada juga suara-suara sumbang menyalahkan wartawan kerana bertanya soalan 'killer' dan memerangkap. Pada saya seseorang pemimpin kenalah bijak menentukan jawapannya dan kalau rasa tak perlu jawab, janganlah jawab dan kalau dah jawab jangan lah salahkan wartawan yang bertanya sebarang soalan. sememangnya diantara kerja wartawan adalah bertanyakan soalan.

Alangkah indahnya kalau sekiranya PAS yang merasakan mereka membawa ISLAM SEBENAR ini dapat bersekedudukan dengan UMNO yang dinyatakan "Islam yang dibawa Umno tidak menjamin penyokongnya dapat masuk syurga" dan mentarbiah UMNO itu. Agak salah rasanya menghinah UMNO dan penyokongnya sedemikian teruk. Pernah dilebalkan sebagai Komunis dan disamakan dengan ajaran Ayah Pin. Tidak adakah lagi titik pertemuan diantara PAS dan UMNO ini. PAS seolah olah berjuang bermati matian untuk menguburkan UMNO dan seperti tidak terguris dengan sebarang kenyataan rakan seperjuangan DAP nya. Janganlah berhabis-habisan "membunuh" saudara seISLAM sendiri dan berkompromi dengan musuh sebenar yang terang lagi bersuluh.

Sekadar pandangan namun carilah titik pendamaian dan yang salah betulkan bukan dilebal yang bukan-bukan. agak malang bagi umat Islam Malaysia melihat dua tongak Melayu-Islam ini bercakaran sehinga yang menjadi pemerhati terkeliru dan menyokong terlalu melulu. Apa yang jelas SETIAP UMAT ISLAM ITU BERSAUDARA. Jangan sampai terputus SILATURAHIM kalaupun berkehandakkan KEMENANGAN.

Wassalamualaikum...

Salam Perpaduan...

No comments:

Post a Comment