Thursday, August 20, 2009

POLITIK YB. GOBALAKRISHNAN



GOBALAKRISHNAN bertindak kasar terhadap polis selepas membuat kecoh di pekarangan IKBN Bukit Mertajam, semalam.
Khamis, 20 Ogos 2009
sumber: http://www.bharian.com.my/
Kalaulah Gobalakrishnan ini menjadi POLIS, apakah tindakannya jika bertemu orang yang berperangai BURUK macam dia itu sendiri. Tidak mengikut arahan dan seolah-olah kebal dari Undang-Undang Negara. Menampar muka petugas Polis ikut sedap hati dia saja. Kalau dia yang kena tampar begitu agaknya ribut satu Malaysia. Geram rasanya tengok manusia seorang ni. Perlu lagi kah diajar tentang RUKUN NEGARA. Kalaulah Polis membiarkan saja kelakuan buruk Gobala ini tentu Polis juga menjadi serangan nanti kalau berlaku seuatu perkara diluar kawalan dan kalau Polis melaksanakan tugasnya mereka di cacimaki malah ditampar pulak. Manusia seperti ini layak tinggal di dalam HUTAN sebab disana tidak ada Undang-Undang. Apa agaknya perasaan keluarga angota Polis yang ditampar oleh Gobala itu. Tidakkah mereka berasa marah. Sejujurnya saya sendiri sebagai insan yang mempunyai perasaan inipun terkesan dan berasa kesihan kepada angota Polis yang sekadar menjalankan amanah kerjanya. Komen sepontan saya bila melihat insiden ini ialah "BIADAP punya manusia". Kalaupun berpolitik biarlah berpada-pada dan janganlah cuba membawa huru hara pada Bumi Bertuah ini. Cuba bagi mansia ini tinggal di Bumi yang bergolak dan tunjuklah samsing dia disana. Saya kira Bumi Malaysia ini Allah S.W.T lindungi dari pelbagai bencana dunia yang merbahaya dan Allah S.W.T anugerahkan keamanan serta kemewahan melimpah ruah. Walaupun duluhnya Negara ini pernah dicedok hasilnya oleh penjajah namun masih mampu gah bangkit menandingi negara lain sezaman kemerdekaannya. Namun perbuatan Gobala ini dan rakan-rakan seangkatannya saya melihat mampu membawa BALA besar pada Bumi Bertuah ini. Saudara Anuar Ibrahim, tunjuklah karisma mu mengawal NAFSU SERAKAH ahlimu dan jangan membisu seribu bahasa. Diam seolah membenarkan tindakan melampau sebegini adalah tindakan yang tidak menguntung semua. Provokasi melampau ini harus ditolak oleh semua Rakyat Malaysia yang mencintai KEDMAIAN DAN KEHARMONIAN. Politik sebegini seharusnya ditolak oleh semua Masyarakat Malaysia. Janganlah kerana segelintir manusia yang berperangai sebegini akan menyebabkan ramai menjadi cemas dan tidak selesa. Saudara Gobala seorang YB dan tunjuklah integriti sebagai seorang Yang Berhormat. Kalau minta dihormati wajarlah diri ini dulu menghormati orang lain. Mungkin pandangai ini sedikit beremosi namun terasa geram rasanya melihat perangai sebegitu.
Sekadar inginkan kedamaian dan keharmonian. Maaf atas teguran dan hayatilah prinsip terakhir Rukun Negara. KESOPANAN DAN KESUSILAHAN. Rasanya tidak susah pun. Bukan mengajar namun menegur.
Sekian...
Wassalamulaikum...
Salam perpaduan...

No comments:

Post a Comment