Sunday, April 1, 2012

BELIA CINA MALAYSIA TOLAK PM NAJIB?


Biasa saya terdengar cerita beberapa orang Malayu dan Bumi yang menyatakan tentang Orang Cina yang tidak menyokong orang kita (merujuk kepada Melayu dan Bumi) sebagai pemimpin terutama golongan muda. Kekadang saya sendiri terikut-ikut dengan pandangan ini. Ialah, bila ramai bercakap begitu maka mudah untuk terpengaruh.

Namun baru2 ini bila saya pergi ke Karnival Masuk U yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi kali ke 18 di PWTC. Ramai yang hadir dan berdozen-dozen bas yang datang membawa rombongan pelajar sekolah. Ya maklumlah keputusan SPM baru diumumkan dan rata2 pelajar ini mengambil peluang untuk datang mencuba nasib serta mencari maklumat. Ada yang datang bersama rombongan keluarga dan saya perhatikan ada juga yang datang bersendiri.

Bukan hendak bercakap tentang Karnival ini sebenarnya, tapi sesuatu kejadian yang merubah paradigma pemikiran saya melihat gelagat rombongan pelajar-pelajar cina entah dari sekolah mana datangnya. Saya perhatikan lebih 20 orang pelajar ini dengan wajah yang ceria dan reaksi teruja berebut-rebut untuk bergambar dengan Potret Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di aras 3 PWTC ini. Siap bergambar berkumpulan, mereka bergilir-gilir bergambar seorang demi seorang dengan pelbagai gaya yang positif. Saya memerhati penuh minat pergerakan mereka. Bila bergambar jelas terpancar wajah seronok dan dengan gaya tangan menunjukan tanda peace, bagus, satu serta mendepakan telapak tangan menunjuk tanda hormat.

Tidak lama selepas itu sekumpulan pelajar cina ini pergi ke Potret Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr. Mahathir Mohammad sehinggalah mereka melepasi satu lorong yang sedang ditutup untuk susun atur sesuatu majlis. Tidak tau majlis apa lagi yang akan berlangsung. Tapi sekali lagi perbuatan sekumpulan pelajar ini menarik perhatian saya. Mereka meminta kebenaran kepada penjaga dan pekerja yang memasang tali/pagar bertali untuk kerja2 persiapan tadi bagi bergambar dengan potret pemimpin2 lain yang kebetulan berada didalam lorong yang ditutup tadi. Pemerhatian saya jelas melihat wajah2 ceria dan ikhlas pelajar2 ini bergambar hanya dengan potret pemimpin Malaysia berbangsa Melayu ini. Kebanggan juga jelas ketara apabila selesai mengambil gambar tadi. Ada yang melihat semula gambar di skrin kamera dan tidak berpuas hati dengan aksi sanggip bergambar semula.

Bagi saya kejadian sebegini memberi satu paradigma pemikiran baru menolak tanggapan bahawa bangsa cina ini menolah pimpinan Melayu seperti yang diceritakan kawan2 bangsa saya sendiri dan malangnya saya percaya. Mungkin ada namun saya percaya golongan ini sedikit dan kerana barangkali foktor perbezaan politik. Sedemikian juga ada diantara bangsa saya ini yang tidak menerima kepimpinan bangsa lain. Ini juga saya rumuskan kerana faktor perbezaan politik. Kebanyakannya.

Apapun, bagi negara kita Malaysia ini yang sememangnya kepelbagaian kaum dan agama mendasari kewujudan kita justeru pengalaman ini mengajar saya agar percaya, paham dan amal konsep PENERIMAAN yang sarankan YB Perdana Menteri Kita Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Dan yang penting juga berfikiran positif serta bersangka baik. Jangan menghukum dari cerita dan presepsi tapi adili lah dengan melihat bukti.

Salam 1Malaysia.

4 comments:

  1. Keberkesanan sisitem pendidikan ni.. Kita d didik menghormati n mnyanjung pmimpin..

    ReplyDelete
  2. kuat mengampu jugak encik asmara... jaga periuk nasi laa katakan...

    ReplyDelete
  3. ampu, kipas, bodek.... biasa laa tu boleh cepat naik pangkat yerr en asmarah...

    ReplyDelete
  4. Buat cerita sendiri la bro. Jangan main kutuk dan tuduh org. Cerita baik ko kata ampu, kipas ,bodek. Lagi teruk cerita buruk dan fitnah la bro. Biarlah... ini pengalaman, pemerhatian serta pandangan dia. Tidak bersetuju terpulang dan tiada paksaan utk bersetuju pun.

    ReplyDelete