Saturday, July 9, 2011

BERSIH

Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh, - Kita buat pepatah tapi kita juga yang selalu lupa. Benar kata Tun M. Melayu Mudah Lupa. Jangan Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga dan Jangan Kerana Guruh Di Langit Air Ditempayan Dicurahkan kerana Bimbang Nanti Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran. Jangan Yang Menang menjadi Arang dan Yang Kalah Menjadi Abu. Kenapa Suka memilih contoh dr Negara Luar. Tidakah Boleh Kita Cipta Tamadun Kita dengan cara kita. Aman itu PENTING. Nanti tengok siapa yg paling ramai kena tangkap. Bangsanya? Agamanya? Bukan bermain sentimen namun dalam realiti hidup siapa yang bijak maka dia yang akan menang. Kekadang kita rasa tindakan kita bijak namun sebenarnya ada yang lagi bijak mengunakan kita. Bagai mana cara untuk kita menjadi BIJAK. Jawabnya dengan ILMU.

ILMU.
Hendakan Dunia Perlu Dengan Ilmu, Hendakan Akhirat Perlu Dengan Ilmu dan Hendakkan Kedua Duanya Perlu Juga Dengan Ilmu. Diangkat Darjat Kerana Ilmu. Berkembang Sayap Malaikat Didalama majlis Ilmu. Bangkitnya Bangsa Yahudi kerana Revolosi Ilmu lalu mereka secara maya menguasai dunia. Bukti apa lagi perlu untuk meyakin kita terhadap kuasa Ilmu. Ilmu juga mengajar kita erti perbandingan. Perbandingan untuk kita mempelajari sesuat serta berwaspada terhadap tindakan. Ilmu akan menzahirka tindakan. Ilmu yang baik menzahirkan tindakan yang baik dan sebaliknya, Ilmu yang tidak baik maka akan menzahirkan tindakan yang tidak baik. Buatlah perbandingan.

PERBANDINGAN.
Ramai memberikan alasan Demokrasi dan Hak Asasi Manusia serta Kebebasan Bersuara. Benar cara Demo ini ada di negara-negara besar dan maju dunia. ada yang mengatakan polis tidak mengangu dan tidak berlaku rusuhan dan isu keselamatan. Namun cuba perhatikan. mereka berarak kerana ISU dan dengan Ilmu justeru mereka sememangnya tidak merusuh dan tidak menganggu. Emosi mereka terkawal dan peraturan dipatuhi. Itu bagi negara yang generasi mereka generasi berilmu. ada juga kita perhatikan Demo ini di negara-Negara Dunia Ketiga dan Membangun. Cuba perhatikan negara membangun seperti kita, Thailand, Indonesia dan lain-lain serta negara mundur. Mudah terperangkap dengan sentemen dan bila berarak terlalu mudah diprovokasi yang akhirnya akan menyebabkan selalu bertindak tanpa berfikir. Maka terjadilah kejadian yang sering dikatakan sebagai Ancaman Keselamatan. Bukan menafikan kita telah ramai berilmu namun ramai juga masih tidak tahu mengunakan Ilmu dan lagi teruk mengunakan Ilmu yang ada untuk memanapulasi keadaan dan orang lain.

PENYELESAIAN LAIN.
Adakah kita ketandusan cara untuk menyelesaikan masalah?. Benarkah semua jalan penyelesaian telah menemui jalan buntu? Adakah benar cara ini penyelesaian terbaik? Ajaran siapakah cara ini? Tepuk dada tanya Akal kita. Masing-masing mempunyai jawapannya namun Keamanan tanpa alasan perlu diperjuang dan dipertahankan. Berangan rasanya bila kita merasa bahawa keamanan yang dimiliki sememangnya datang secara tiba-tiba. Tidak perlu buat apa-apa dan membiarkan saja masa berlalu dan keadaan tanpa tindakan lalu secara semulajadinya Aman itu muncul. Benarkan itu?.. Butakah kita melihat perubahan. Hati Keringkah kita mengakui bahawa kehidupan kita telah beranjak naik. Memang ada yang kurang dan ada yang salah namun berikan saya jawapan, adakah tidak ada CARA LAIN selain dari Cara Demo ini...

KEAMANAN.
Semua berkehendakan keamanan namun tidak semua berolehnya. Bagi kita di Malaysia saya amat yakin dan percaya bahawa teramai diantara kita memilih jalan yang Aman, Sentosa, Sejahtera dan Bahagia. Kalaupun berarak 2.8 Juta di Jalanan itu hanya 10% daripada 28 juta penduduk Malaysia. Adakah ini mewakili suara Masyarakat Malaysia keseluruhannya berbanding 70% lebih dari senarai pengundi yang mengundi semasa pilihanraya. Kita handak mendengar suara siapa. Soalan ini selalu diutarakan namun jawapan kongkrit tidak pernah timbul dan meyakinkan. Apakah tidak Bersih jika pembangkang pun boleh menang sehingga merampas 5 Negeri dan mengurangkan 2/3 suara parti memerinta di Parlimen. Kalau benar 'goblok' sangat sistem pilihanraya kita kenapa PAS memerintah Kelantan lebih 20 tahun. Apakah pemerintahan di Kelantan diganggu-gugat selama memerintah Kelantan. Tidak kah kita percaya pada Qada' dan Qadar. Sekali lagi saya amat percaya bahawa teramai diantara kita rakyat Malaysia mencintai Ke AMANAN dan KEDAMAIAN serta KEMAKMURAN. Hentikanlah retorik dan agenda itu.. Yang luar menanti ruang dan peluang untuk kita membuat satu kesilapan. Percayalah kesilapan ini akan ditanggung oleh genarasi kita. Biar berbaloi orang terdahulu mengadaikan nyawanya untuk kita mewarisi keamanan ini dan jangan kita menjadi dalang membuka ruang untuk keadaan yang tidak AMAN bagi generasi yang akan datang.

.. Salam... LOVE MALAYSIA. Peace No War..

oleh: Asmarah Rikun pada pada 09hb Julai 2011 pukul 3.58 ptg

Thursday, May 5, 2011

UUM TERBEBAN

Telah lama tidak menulis kerana kesibukan namun bila membaca Berita Harian Muka Depan hari ini bertarikh 6 Mei 2011 bertajuk REBAT UUM GAGAL (Baca Sini), rasa terpanggil untuk meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak terhadap kedegilan untuk memberikan Rebat Cukai Tanah terhadap tapak Universiti Utara Malaysia walaupun setelah 6 kali rayuan dibuat. Saya sangat percaya bahawa menuntut Ilmu adalah ibadah dan jatuh kepada hukum Wajib kepada semua umat Nabi Muhammad saw, maka dalam soal memberikan pendidikan sewajarnya tidak ada kompromi dalam pelaksanaannya. Justeru bagi Persatuan Alumni UUM Chapter Sabah mengambil langkah memudahkan urustadbir perjalanan Universiti wajar menjadi prioriti agar Gedung Ilmu ini mampu merancang serta melaksanakan penghasilan Modal Insan yang berkualiti.

Alumni UUM Chapter Sabah telah melaksanakan tanggungjawab sosial dengan mengadakan beberapa program antaranya Seminar "Sirih Pulang ke Gagang", Bankuet Dwi Tahunan, Program Budi Bakti, Ramah Mesra Aidilfitri bersama anak-anak Sabah di UUM, Program Budi Bakti; SMK Telaga Pitas, Program Bicara Ilmu (Ceramah Motivasi) dan beberapa program lainnya. Alumni UUM Chapter Sabah juga telah mampu menyumbang kepada 2 buah sekolah pedalaman buku bacaan bagi membantu perkembangan serta minat membaca dikalangan pelajar. program ini akan diteruskan secara istiqomah,Insyallah. Dengan rendah diri dan jauh dari riak saya inigin mengatakan bahawa segala kos pelaksanaan program-program ini adalah atas tanggungan ahli-ahli Alumni UUM Chapter Sabah tanpa mendapat sesen pun daripada Universiti Utara Malaysia mahupun daripada Persatuan Alumni UUM pusat sekalipun. Tidak perlu saya nyatakan berapa ratus ribu telah kami belanjakan dalam melaksanakan semua program-program ini kerana apa yang lebih penting adalah, inilah balasan kami terhadap Almameter kami tercinta iaitu Universiti Utara Malaysia.

Kami adalah hasil daripada perjuangan Universitu Utara Malaysia dan kami tidak terfikir untuk menyusahkan Universiti tercinta kami yakni UUM dan kalau diizinkan Allah swt sehingga tidak berubah niat ini kami akan terus mengangkat serta menjulang Almameter kami ke puncak yang sewajarnya. Kalau kami sebagai Alumni yang tidak mempunyai apa-apa sumber ini mampu untuk tidak membebankan Universiti kami kenapa pulak pihak Kerajaan Negeri Kedah tidak mampu memberikan ihsan terhadap 6 kali permohonan pihak UUM ini.

Justeru saya sebagai Setiausaha Alumni UUM Chapter Sabah menyokong Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak, Naib Censelor UUM untuk permohonan pihak Universiti bagi memberikan rebat bayaran agar duit pengurangan itu boleh dijana bagi pembangunan lain yang lebih penting. Merayu juga kepada pihak Kerajaan Negeri Kedah agar mempertimbangkan sedalamnya kesan tindakan mereka. Apa yang pasti, Universiti bukan tempat mencari dan mengukur UNTUNG DAN RUGI. Tidak akan rebah Negeri Kedah hanya kerana kekurangan 1.6 juta setahun. Seharusnya Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Pas ini melihat pengurangan ini sebagai pelaburan jangka masa yang panjang untuk pembanguan Modal Insan yang Cemerlang.

Sekian...

Asmarah Bin Rikun
Setiausaha Alumni UUM Chapter Sabah.





Friday, March 12, 2010

TAHNIAH KEPADA WARGA PENDIDIK SERTA PARA KELUARGA

Bila tiba musim peperiksaan pelajar biasanya sangat berdebar namun disaat menanti keputusan, Ibu Bapa serta Guru akan merasai debaran yang sama menunggu keputusan anak2 mereka.
Apa yang pasti senarionya ramai yang tidak meyebut peranan besar Guru bila kita cemerlang dalam perjuangan pendidikan kita. Tidak kedengaran nama guru yang mendidik dijulang dan disebut2. Peliknya, guru akan disebut itu dan ini bila pelajar itu tidak cemerlang ataupun tidak cukup pandai. Mungkin kenyataan saya ini akan disangkal namun itulah yang selalu saya dengari seolah-olah terlupa oleh kita peranan besar seorang guru. Mungkin tidak secara sengaja namun telah mungkin menjadi kebiasaannya begitu.

Tidak dinafikan bahawa peranan Ibu Bapa serta Pelajar itu juga wajar diiktiraf setingginya tetapi tidak adil meningalkan peranan besar sang Guru ini. Seorang guru pernah mengeluarkan keluhannya bila seorang pelajarnya yang cemerlang dan hari ini menjawat jawatan tinggi bila berjumpa dengannya, menegurpun payah. Kalau si Guru tadi mengenali pelajarnya ini saya tidak percaya si murid yang telah berjaya ini tidak kenal akan bekas gurunya. Terkadang bila kita berada diatas langit kita lupa tanah di bumi. Kita lupa asal kita. Kita berasakan bahawa semua kejayaan ini adalah disebabkan kegigihan kita. Kita mungkin lupa bahawa kejayaan datang dari PELUANG yang ada, MOTIVASI yang tinggi serta USAHA yang berterusan. Kalau besar manapun Usaha kita serta tinggi manapun Motivasi kita namun sekiranya PELUANG tidak ada maka kejayaan pasti tidak akan muncul. Si pelajar tu pasti akan menjadi orang yang putus asa serta kecewa. Di sinilah peranan besar Kerajaan dan Guru yang memberikan ruang dan peluang kepada pelajar untuk mencedok ilmu mereka sebanyak mungkin. Guru serta Ibu Bapa jugalah yang berperanan besar dalam memberikan Motivasi terhadap kejayaan yang bakal kita miliki.

Lalu Usaha yang gigih memangkinkan lagi kejayaan itu. Atas dasar itu kita sewajarnya memberikan tempat yang mulia bagi Guru, Ibu Bapa dalam kejayaan yang kita mliki. Maka dengan itu juga bahawanya segala kejayaan yang kita miliki itu bukannya datang bergolek ataupun hasil kita sendiri. Wajarlah diberikan penghormatan setingginya kepada penat lelah GURU-GURU yang mendidik kita sehingga berjaya pada hari ini. Perana Ibu Bapa sama pentingnya. Tanpa mereka ini mana mungkin kita dapat mencapai apa yang telah kita capai pada hari ini.
Disaat masih panas keputusan SPM serta STPM yang baru diumumkan baru2 ini saya ingin mengambil kesempatan untuk menjulang para Pendidik serta Ibu Bapa dalam membantu memberikan masa depan yang gemilang kepada anak-anak kita. Kepada Adik2 teruskan perjuangan kerana masa depan pasti menjanjikan persaingan yang GETIR. Maka bersedialah dangan semangat WAJA serta JATI DIRI yang tinggi. Pihak KERAJAAN yang memberikan segala kemudahan dan wajar diberikan ucapan terima kasih setingginya kerana melaksanakan TANGGUNGJAWAB sebaiknya dalam membantu rakyatnya. Semoga semua diantara kita berjaya di Dunia dan Akhirat. Amin...

Monday, February 1, 2010

BANKUET "SIRIH PULANG KEGAGANG" ALUMNI UUM CHAPTER SABAH.

Bila mana kerja keras menampakkan hasil yang berbaloi untuk dikenang adalah sesuatu rasa yang sukar untuk digambarkan. Pengalaman sebegini mana mungkin mampu dibeli dengan wang ringgit. Hasrat untuk mengumpulkan rakan-rakan lama dari Universiti Utara Malaysia terlaksana juga akhirnya. Banyak rintangan dan dugaan dalam menjayakan usaha sebegini. Sebenarnya hendak mengajak orang berkerja tanpa memberikan imbuhan adalah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan. Apa yang diperolehi dalam kerja kesukarelaan sebegini hanyalah sekadar "pengalaman" dan "kepuasan". Berapa ramai yang mampu menyumbangkan tenaga dalam merealisasikan sesuatu yang tampak memenatkan dan nampak semacam tiada pulangan. Jawapannya "tepuk dada tanya diri". Saya sesangat menghargai sumbangan rakan-rakan dalam membantu saya merealisasikan Program Seminar dan Bankuet ini. Kejayaan ini milik bersama. Terima kasih setingginya kepada yang berkerja dan semua yang hadir menjayakan program ini. Salam..

Pengarah Eksekutif
Program Seminar dan Bankuet
"Sirih Pulang ke Gagang"
Universiti Utara Malaysia Chapter Sabah.

Monday, December 14, 2009

TAHNIAH WIRA MUDA BOLA SEPAK MALAYSIA

Bangga... Malaysia Boleh...

Tahniah kepada pemain muda negara kerana mampu menundukkan tuan rumah Laos 3 berbalas 1. Bukan mudah untuk mengharungi cabaran sebegini dimana sorakan penyokong tuan rumah yang membingitkan telinga namun tidak mampu mengekang semangat juang pemain negara. Jaringan cantik Badrul Bahtiar pada masa pertama disusuli sambutan kemas jaringan kedua hasil cubaan pertama Gunalan yang terkena palang gol menutup mulut penyokong tuan rumah. Shafiq Sharin meranapkan impian Laos dengan jaringan 'first timer' hasil leretan Nur Sharul. Malaysia mampu akhirnya ke pahlawanan akhir setelah kemarau panjang selama 20 Tahun penantian pingat emas. Viatnam menanti Malaysia di pelawanan akhir setelah menumpaskan Singapura 4-1. Ramai mengharapkan Lagu Negaraku akan berkumandang di bumi Laos bila Malaysia bertemu Viatnam di perlawanan akhir nanti. Pasti kebanggan ini nanti dapat dirasai 27 juta rakyat Malaysia bila Lagu Negaraku dimainkan kelak. Perjuangan wira muda pemain bola sepak negara Malaysia menentang Viatnam penentuannya kelak.

Kepada warga Malaysia sewajarnya sokongan terhadap pemain Malaysia bukan sekadar dikala menang sahaja namun harus diteruskan disaat apapun agar kegemilangan bola sepak negara dapat dikembalikan pada landasannya. Pada para pemain teruskan usaha kentalkan jiwa agar penyokong berbaloi mengangkat anda sebagai Wira Negara. Biar apapun keputusan akhir kelak, kita sama-sama nantikan dengan harapan dan doa. Tahniah kepada pihak pengurusan, jurulatih, dan para pemain bola sepak muda Negara.

Salam Perjuangan...

14 Disember 2009
Isnin (10.30 pm)

Monday, December 7, 2009

PENGAJARAN DARI SEHATI BERDANSA

Program Sehati Berdansa Anjuran Astro sebenarnya kalau dilihat dari sudut positif ada pengajaran berguna yang boleh diambil iktibar. Program "realiti show" ini adalah merupakan program pertandingan dan menawarkan hadiah yang tidak kurang besarnya. Lebih dari itu juga, sang juara tentunya akan melonjakkan popularitinya dan ini adalah perkara terpenting bagi selebriti dalam industri seni Negara. Dua hadiah besar ini semestinya menjadi rebutan pada sesiapa yang mengikuti program ini. Saya bukanlah peminat kepada program ini namun ada perkara yang telah menarik perhatian saya.

Dalam pertandingan semestinya akan akan ada pihak yang menang dan juga yang yang kalah. Apa yang menariknya adalah semangat yang ditunjukkan oleh para peserta ini dalam mengejar impian masing-masing.

Pengundian telah dibuat untuk menyingkirkan pesaing mereka dalam pentas yang sama namun apabila ada perubah kepada keputusan pihak penganjur, semua peserta akur. Apa yang lebih menarik lagi bila semua peserta memperlihatkan reaksi gembira mereka sama ada yang kekal apatah lagi yang telah tersingkir. Lumrahnya dalam pertandingan, pihak yang bertanding sewajarnya mengelakkan banyak persaingan berlaku bagi melebar luaskan peluang untuk menjadi juara. Menongkah kebiasaan dan atas dasar persaingan sihat, suasana positif dapat dilihat didalam realiti Sehati Berdansa ini. Sedemikian juga satu ketika dulu didalam program realiti Akademi Fantasia. Perkara sama turut berlaku bila Asmawi diundi masuk semula yang asalnya telah tersingkir. Bertuah bagi Mawi kerana menjadi Juara dan yang menariknya juga tidak ada bantahan secara kecil kecilan apatah lagi besar-besaran bagi kedua-dua 'realiti show' ini.

Kenapa kita memilih untuk bertingkahlaku berbeza bila dalam sudut yang sama cuma pentasnya berbeza. Dalam hal politik umpamanya, si bertanding dan penyokong bagai hilang kewarasan dalam menzahirkan sokongan. Berpolitik sepanjang masa, berhujah tak tentu arah, fitnah menjadi biasa yang akhirnya rakyat menjadi resah lalu berbalah bagai tak jumpa jalan penyudah. Kesabaran dan kewarasan akal ditambah dengan ilmu serta panduan agama diperlukan dalam mewajarkan sebarang keputusan bagi setiap isu pada masa kini.

Bila menilai biarlah melihat sama kebaikan yang ada dan jangan hanya sekadar mencari salah sahaja. Adillah pada semua dan semoga penilaian kita tidak tersasar. Sekadar ingatan untuk diri sendiri dan berpesan kearah kebaikan bagi yang mahu memahami.


Salam Perjuangan..

15hb Disember 2009

Selasa (9.37pm)

Sunday, December 6, 2009

MENGHARAPKAN M.KULASEGARAN - BAGAI MENUNGU BULAN JATUH KERIBA...


"Kulasegaran digesa pertahan hak Melayu" tajuk akhbar pada 5hb. 12. 2006. Besar harapan Gagasan Melayu Perak (GMP) agar Ahli Parlimen (DAP) Ipoh Barat ini dapat memperbetulkan presepsi beliau mengenai Ketuanan Melayu kerana dakwaan mereka bahawa Kulasegaran masih membawa pemikiran terdahulu. Kemarahan GMP ini tercetus akibat daripada tindakan Kulasegaran yang mempertikaikan fakta sejarah dan ketuanan melayu baru-baru ini. Sebelum daripada itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat ini pernah mencetuskan kontroversi bila menjadikan Chin Peng sebagai Idola dan cuba mengiktiraf idolanya ini agar dapat dibawa pulang ke Malaysia. Dalam tulisan saya sebelum ini ada menyentuh tentang agenda disebalik serangan terhadap BTN serta kebimbangan saya serangan terhadap subjek sejarah yang dilebal sebagai 'versi Kerajaan' dan sebagainya. Saya membimbangi telaan saya ini benar kerana apa yang saya katakan telah menampakkan susur galur perkaitannya.

M.Kulasegaran yang mengagungkan idolanya Chin Peng dan dalam masa yang sama agensi yang mempertahankan Sejarah Negara serta Perlembagaan Negara diancam lalu diteruskan dengan kecaman terhadap subjek Sejarah pada hari ini (sebelum inipun telah berlaku dan mungkin berlarutan lagi) menampakkan agenda sebenar Ahli Parlimen DAP ini. Pasti orang DAP ini tidak berseorangan kerana kalau melihat kepada perjuangan dan pemikiran rakan seangkatannya tidak salah mengatakan mereka ini ,sehati sejiwa'. Jadi apa yang perlu diharapkan pada mereka-mereka ini.

M. Kulasegaran tidak memahami sejarah dan Perlembagaan Negara adalah perkara yang tidak betul tetapi beliau sengaja tidak mahu menerimanya lalu bertindak memputar belitkan fakta yang ada. Belum memerintah Negara golongan-golongan ini sudahpun menampakkan belangnya maka apabila ditakdirkan memerintah kelak pasti dirubah segala fakta yang ada. Umur dan masa akan membuktikan telaan saya ini. Pada ketika itu GMP, orang Melayu Bumiputera serta lain-lain kaum akan menjadi "anjing menyalak bukit" kerana kuasa yang ada akan membenarkan mereka melakukan apa saja.

Apa yang dibimbangi tentang Ketuanan Melayu ini? Bukankan Yang diPpertuan Agung Malaysia adalah Orang Melaya. Bukankah juga Raja-Raja Melayu itu orang Melayu. Adakah ini bukan melambangkan Ketuanan Melayu dan adakah Ketuanan Melayu ini merampas hak orang lain. Perkara 153 Perlembagaan Negara menjelaskan;

(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang diPertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

Ini jelas menampakkan bahawa Ketuanan Melayu ini tidak menafikan hak kaum-kaum lain seperti yang banyak diputarbelitkan dan yang menjaganya adalah orang Melayu dibawa Yang diPertuan Agong. Kenapa berat untuk memahami perkara ini. Kenapa tidak mempercayai realiti dan fakta didepan mata bahawa yang ramai menjadi hebat ini adalah bangsa lain dan yang baru bernafas ini adalah dikalangan orang Melayu dan Bumiputera. Bukankah ini petunjuk besar bahawa tiada siapa yang dinafikan haknya bila berada di Malaysia ini. Bukankah semua kaum terbela dibawah Ketuanan Melayu ini.

Pandangan saya, tidak perlu mengharap kepada orang-orang DAP yang tidak mahu memahami perkara fakta dan cuba mengunjudkan 'kebimbangan' dengan memutarbelitkan realiti yang ada. Sedemikian juga bagi rakan-rakan seangkatannya yang berkiblatkan perjuangan mereka-mereka ini. Mandat diberikan pengundi kepada orang seperti Kulasegaran DAP Ipoh Barat ini disalah gunakan untuk memporak perandakan kaum-kaum yang ada di Malaysia ini sebenarnya. Kaum-kaum lain dimainkan dengan mengujudkan kebimbangan dan orang Melayu dijentik sensitivitinya. Aganda sempit mereka ini merbahaya bagi kemakmuran serta kestabilan yang telah lama wujud di bumi bertuah Malaysia ini. Halang perkara ini dari berterusan. Halang agenda menafikan Sejarah dan Perlembagaan Negara serta halang cubaan untuk mengujudkan kebimbangan tentang Ketuanan Melayu dengan cubaan memberikan presepsi yang salah. Salah langkah memilih hari ini akan membankan kita dimasa hadapan.
Salam 1Malaysia.

"Jangan Benarkan Chin Peng Kembali Ke Malaysia"

20 Zulhijjah 1430 Hijrah
7 Disember 2009
Isnin (02.00pm)