Monday, December 14, 2009
TAHNIAH WIRA MUDA BOLA SEPAK MALAYSIA
Tahniah kepada pemain muda negara kerana mampu menundukkan tuan rumah Laos 3 berbalas 1. Bukan mudah untuk mengharungi cabaran sebegini dimana sorakan penyokong tuan rumah yang membingitkan telinga namun tidak mampu mengekang semangat juang pemain negara. Jaringan cantik Badrul Bahtiar pada masa pertama disusuli sambutan kemas jaringan kedua hasil cubaan pertama Gunalan yang terkena palang gol menutup mulut penyokong tuan rumah. Shafiq Sharin meranapkan impian Laos dengan jaringan 'first timer' hasil leretan Nur Sharul. Malaysia mampu akhirnya ke pahlawanan akhir setelah kemarau panjang selama 20 Tahun penantian pingat emas. Viatnam menanti Malaysia di pelawanan akhir setelah menumpaskan Singapura 4-1. Ramai mengharapkan Lagu Negaraku akan berkumandang di bumi Laos bila Malaysia bertemu Viatnam di perlawanan akhir nanti. Pasti kebanggan ini nanti dapat dirasai 27 juta rakyat Malaysia bila Lagu Negaraku dimainkan kelak. Perjuangan wira muda pemain bola sepak negara Malaysia menentang Viatnam penentuannya kelak.
Kepada warga Malaysia sewajarnya sokongan terhadap pemain Malaysia bukan sekadar dikala menang sahaja namun harus diteruskan disaat apapun agar kegemilangan bola sepak negara dapat dikembalikan pada landasannya. Pada para pemain teruskan usaha kentalkan jiwa agar penyokong berbaloi mengangkat anda sebagai Wira Negara. Biar apapun keputusan akhir kelak, kita sama-sama nantikan dengan harapan dan doa. Tahniah kepada pihak pengurusan, jurulatih, dan para pemain bola sepak muda Negara.
Salam Perjuangan...
14 Disember 2009
Isnin (10.30 pm)
Monday, December 7, 2009
PENGAJARAN DARI SEHATI BERDANSA

Program Sehati Berdansa Anjuran Astro sebenarnya kalau dilihat dari sudut positif ada pengajaran berguna yang boleh diambil iktibar. Program "realiti show" ini adalah merupakan program pertandingan dan menawarkan hadiah yang tidak kurang besarnya. Lebih dari itu juga, sang juara tentunya akan melonjakkan popularitinya dan ini adalah perkara terpenting bagi selebriti dalam industri seni Negara. Dua hadiah besar ini semestinya menjadi rebutan pada sesiapa yang mengikuti program ini. Saya bukanlah peminat kepada program ini namun ada perkara yang telah menarik perhatian saya.
Dalam pertandingan semestinya akan akan ada pihak yang menang dan juga yang yang kalah. Apa yang menariknya adalah semangat yang ditunjukkan oleh para peserta ini dalam mengejar impian masing-masing.
Pengundian telah dibuat untuk menyingkirkan pesaing mereka dalam pentas yang sama namun apabila ada perubah kepada keputusan pihak penganjur, semua peserta akur. Apa yang lebih menarik lagi bila semua peserta memperlihatkan reaksi gembira mereka sama ada yang kekal apatah lagi yang telah tersingkir. Lumrahnya dalam pertandingan, pihak yang bertanding sewajarnya mengelakkan banyak persaingan berlaku bagi melebar luaskan peluang untuk menjadi juara. Menongkah kebiasaan dan atas dasar persaingan sihat, suasana positif dapat dilihat didalam realiti Sehati Berdansa ini. Sedemikian juga satu ketika dulu didalam program realiti Akademi Fantasia. Perkara sama turut berlaku bila Asmawi diundi masuk semula yang asalnya telah tersingkir. Bertuah bagi Mawi kerana menjadi Juara dan yang menariknya juga tidak ada bantahan secara kecil kecilan apatah lagi besar-besaran bagi kedua-dua 'realiti show' ini.
Kenapa kita memilih untuk bertingkahlaku berbeza bila dalam sudut yang sama cuma pentasnya berbeza. Dalam hal politik umpamanya, si bertanding dan penyokong bagai hilang kewarasan dalam menzahirkan sokongan. Berpolitik sepanjang masa, berhujah tak tentu arah, fitnah menjadi biasa yang akhirnya rakyat menjadi resah lalu berbalah bagai tak jumpa jalan penyudah. Kesabaran dan kewarasan akal ditambah dengan ilmu serta panduan agama diperlukan dalam mewajarkan sebarang keputusan bagi setiap isu pada masa kini.
Bila menilai biarlah melihat sama kebaikan yang ada dan jangan hanya sekadar mencari salah sahaja. Adillah pada semua dan semoga penilaian kita tidak tersasar. Sekadar ingatan untuk diri sendiri dan berpesan kearah kebaikan bagi yang mahu memahami.
Salam Perjuangan..
15hb Disember 2009
Selasa (9.37pm)
Sunday, December 6, 2009
MENGHARAPKAN M.KULASEGARAN - BAGAI MENUNGU BULAN JATUH KERIBA...

"Kulasegaran digesa pertahan hak Melayu" tajuk akhbar pada 5hb. 12. 2006. Besar harapan Gagasan Melayu Perak (GMP) agar Ahli Parlimen (DAP) Ipoh Barat ini dapat memperbetulkan presepsi beliau mengenai Ketuanan Melayu kerana dakwaan mereka bahawa Kulasegaran masih membawa pemikiran terdahulu. Kemarahan GMP ini tercetus akibat daripada tindakan Kulasegaran yang mempertikaikan fakta sejarah dan ketuanan melayu baru-baru ini. Sebelum daripada itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat ini pernah mencetuskan kontroversi bila menjadikan Chin Peng sebagai Idola dan cuba mengiktiraf idolanya ini agar dapat dibawa pulang ke Malaysia. Dalam tulisan saya sebelum ini ada menyentuh tentang agenda disebalik serangan terhadap BTN serta kebimbangan saya serangan terhadap subjek sejarah yang dilebal sebagai 'versi Kerajaan' dan sebagainya. Saya membimbangi telaan saya ini benar kerana apa yang saya katakan telah menampakkan susur galur perkaitannya.
M.Kulasegaran yang mengagungkan idolanya Chin Peng dan dalam masa yang sama agensi yang mempertahankan Sejarah Negara serta Perlembagaan Negara diancam lalu diteruskan dengan kecaman terhadap subjek Sejarah pada hari ini (sebelum inipun telah berlaku dan mungkin berlarutan lagi) menampakkan agenda sebenar Ahli Parlimen DAP ini. Pasti orang DAP ini tidak berseorangan kerana kalau melihat kepada perjuangan dan pemikiran rakan seangkatannya tidak salah mengatakan mereka ini ,sehati sejiwa'. Jadi apa yang perlu diharapkan pada mereka-mereka ini.
M. Kulasegaran tidak memahami sejarah dan Perlembagaan Negara adalah perkara yang tidak betul tetapi beliau sengaja tidak mahu menerimanya lalu bertindak memputar belitkan fakta yang ada. Belum memerintah Negara golongan-golongan ini sudahpun menampakkan belangnya maka apabila ditakdirkan memerintah kelak pasti dirubah segala fakta yang ada. Umur dan masa akan membuktikan telaan saya ini. Pada ketika itu GMP, orang Melayu Bumiputera serta lain-lain kaum akan menjadi "anjing menyalak bukit" kerana kuasa yang ada akan membenarkan mereka melakukan apa saja.
Apa yang dibimbangi tentang Ketuanan Melayu ini? Bukankan Yang diPpertuan Agung Malaysia adalah Orang Melaya. Bukankah juga Raja-Raja Melayu itu orang Melayu. Adakah ini bukan melambangkan Ketuanan Melayu dan adakah Ketuanan Melayu ini merampas hak orang lain. Perkara 153 Perlembagaan Negara menjelaskan;
(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang diPertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.
Ini jelas menampakkan bahawa Ketuanan Melayu ini tidak menafikan hak kaum-kaum lain seperti yang banyak diputarbelitkan dan yang menjaganya adalah orang Melayu dibawa Yang diPertuan Agong. Kenapa berat untuk memahami perkara ini. Kenapa tidak mempercayai realiti dan fakta didepan mata bahawa yang ramai menjadi hebat ini adalah bangsa lain dan yang baru bernafas ini adalah dikalangan orang Melayu dan Bumiputera. Bukankah ini petunjuk besar bahawa tiada siapa yang dinafikan haknya bila berada di Malaysia ini. Bukankah semua kaum terbela dibawah Ketuanan Melayu ini.
Pandangan saya, tidak perlu mengharap kepada orang-orang DAP yang tidak mahu memahami perkara fakta dan cuba mengunjudkan 'kebimbangan' dengan memutarbelitkan realiti yang ada. Sedemikian juga bagi rakan-rakan seangkatannya yang berkiblatkan perjuangan mereka-mereka ini. Mandat diberikan pengundi kepada orang seperti Kulasegaran DAP Ipoh Barat ini disalah gunakan untuk memporak perandakan kaum-kaum yang ada di Malaysia ini sebenarnya. Kaum-kaum lain dimainkan dengan mengujudkan kebimbangan dan orang Melayu dijentik sensitivitinya. Aganda sempit mereka ini merbahaya bagi kemakmuran serta kestabilan yang telah lama wujud di bumi bertuah Malaysia ini. Halang perkara ini dari berterusan. Halang agenda menafikan Sejarah dan Perlembagaan Negara serta halang cubaan untuk mengujudkan kebimbangan tentang Ketuanan Melayu dengan cubaan memberikan presepsi yang salah. Salah langkah memilih hari ini akan membankan kita dimasa hadapan.
Salam 1Malaysia.
"Jangan Benarkan Chin Peng Kembali Ke Malaysia"
20 Zulhijjah 1430 Hijrah
7 Disember 2009
Isnin (02.00pm)
Thursday, December 3, 2009
GUGURKAN KEWARGANEGARAAN MALAYSIA....
Kalau dikira angka sebenarnya bilangan 4 ribu itu tidaklah ramai berbanding 27 juta masyarakat Malaysia pada hari ini tetapi 30 ribu yang berkhidmat diluar negara dan mencari kehidupan di Negara luar adalah satu bilangan yang banyak. Saya melihat ada dua isu besar terhadap perbincangan ini iaitu;
1. Isu melucutkan kewarganegaraan Malaysia dan
2. Isu mencari pekerjaan di Luar Negara
Bagi Hisyamudia terdapat dua faktor utama yang menjadikan perkara ini berlaku iaitu faktor penolakan yang ada didalam negara dan faktor penarikan daripada negara luar. Punca utama kepada dua faktor ini adalah disebabkan 'politik' katanya. Hujahnya, dasar meritokrasi tidak diaplikasikan menyebabkan golongan bijak pandai merasa tidak dihormati dan terpingir. Ketuanan Melayu juga dikatakan sebagai penyebab kebimbangan kaum lain serta Malaysia dikatakan kurang Demokrasi. Penghijrahaan penduduk Malaysia ini bagi beliau adalah satu kerugian kepada duit negara kerana golongan ini dibangunkan dengan pendidikan untuk hasilnya dituai oleh negara. Golongan yang memilih negara seperti New Zealand, Australia, US dan sebagainya adalah mereka terdiri daripada warganegara yang sekurang-kurangnya memiliki Ijazah. Ini telah membazirkan wang kerajaan membangunkan mereka lantas berhijrah kerana faktor-faktor diatas menurut beliau.
Saudara Akramsyah pulak menjelaskan bahawa bukan faktor politik adalah penyebab kepada masalah ini berlaku namun banyak faktor-faktor lain menjadi punca kepada perkara ini. Faktor terbesar bagi Akramsyah adalah faktor budaya. Beliau mengambil contoh seorang YB di luar Negara yang berasal dari Sabah telah melucutkan kewarganegaraannya. Menurut beliau ini disebabkan Yb ini seorang Gay dan budaya Gay adalah sesuatu yang jijik bagi masyarakat kita. Faktor pribadi juga dikaitkan bilamana melibatkan perasaan cinta serta penolakan keluarga dan sebagainya. Merujuk kepada warganegara yang berkhidmat di luar negara pulak, bagi Akramsyah golongan hari ini tanpa komitmen besar dan sebagainya serta atas dasar mencari pengalaman menyebabkan warganegara Malaysia lainnya bekerja di Luar Negara. Golongan ini bukanlah satu yang menjadi masalah besar. Bagi beliau lagi, ini menunjukkan bahawa warganegara Malaysia diterima baik dinegara luar kerana keberhasilan penghasilana prodak negara ini. Beliau sendiri pernah bekerja diluar negara selama 8 tahun keran mencari pengalaman dan berikrar mencurahkan pengalaman yang ada di Malaysia.
Banyak contoh-contoh yang dihujahkan Akramsyah namun tidak sempat di salin dan dihayati sepenuhnya kerana sebenarnya yang menarik perhatian saya adalah hujah-hujah yang diberikan oleh saudara Hisyamudin Rais. Hujah beliau yang banyak saya catatkan kerana sejak awal sampai keakhir siaran inilah hujahnya yang ditekankan. Biasalah dalam hujah bila dua seteru masuk gelangang, yang satu mencari salah dan satu lagi akan jadi pembela. Penonton menjadi hakim. Bagi yang malas mencari fakta akan mudah dipengaruhi dan akhirnya akan menjadi pembawa hujah daripada pihak pertama. Walaupun sumber pertama belum tentu kesahiannya namu kerana menyokong, idola, parti kegemaran dan alasan lain maka di'amin'kan secara langsung hujah itu.
Pokoknya, besar benar kah perkara ini? Adakah perkara negatif sahaja yang ada bagi warganegara yang mencari pekerjaan di luar negara? Wajarkah hanya menyalahkan Kerajaan semata-mata kerana dasarnya yang tidak betul itu dan ini? Beberapa pandangan saya akan saya utarakan dan selebihnya biarlah dihakami oleh pembaca lainnya.
Kalau dihitung, 4 ribu dari kira-kira 27 juta Masyarakat Malaysia adalah bersamaan dengan 0.0148% yang melucutkan kewarganegaraannya. Angkah yang meningalkan Malaysia ini sebenarnya tidak sebesar mana namun memberikan impak kepada presepsi masyarakai bila ia dibincangkan secara terbuka. Faktanya, 1.8 juta pekerja asing di Malaysia dan lebih 2.4 juta keseluruhanna berada di Malaysia (stastik 2006) yang kalau diberikan 4 ribu kad pengenalan kepada mereka ini pasti mereka sangat menghargainya. Saya percaya dari 4 ribu ini masih ada yang rindu dan sayangkan Malaysia namun atas dasar mengikut suami/isteri dan faktor-faktor pribadi lainnya maka menjadi kewajaran pada mereka berpindah terus. Selebihnya pada saya kerana kurangnya semangat 'jati diri' dan mementingkan diri sendiri. Tidak perlulah mencari salah orang lain mahupun institusi kerajaan kerana diakui Hisyamudin Rais sendari bahawa golongan ini adalah golongan mereka yang berjaya. Bila kejayaan ini telah dicapai adakah tidak ada jasa Kerajaan disitu.
Dalam mencapai kejayaan ini faktor terbesar yang perlu ada ialah Peluang, Motivasi dan Usaha. Hebatmanapun seseorang itu memiliki Motivasi dan Usaha namun bila Peluang tidak ada makan mereka ini akan menjadi golongan yang HAMPA. Namun peluang telah diberikan Kerajaan lantas berbaloilah segala Motivasi serta Usaha yang ada dan menjadikan mereka golongan yang berjaya. Kerana 'nafsu' lain tidak dapat dipenuhi makan salah orang lain dicari. Malangnya Kerajaan dibenci dan Negara ditinggali. Untungnya, golongan tidak taat kepada Negara ini mengakui ketidak taatan mereka dan yang bahayanya adalah golongan yang tidak ada ketaatannya tetapi bersembunyi atas nama Warganegara. Menjadi petualang bangsa dan negara serta menjadi gunting dalam lipatan dan api dalam sekam. Golongan ini yang paling merbahaya sebenarnya. Contoh golongan ini adalah pendokong Ideologi Komunis dan mereka-mereka yang ingin membawa Chin Peng ke Malaysia.
Hujah tidak ada Meritokrasi, Ketuanan Melayu, Tidak Dihormati serta kurangnya Demokrasi adalah hujah yang dangkal serta bersifat berat sebelah. Kenapa sukar untuk melihat fakta Sejarah sedikit dan membuat penilaian ikhlas terhadap isu ini. Melihat sejarah kewujudan sekolah di Malaysia, sejarah peluang-peluang yang diberikan keatas kaum-kaum di Malaysia, budaya menerima secara terbuka masyarakat Melayu dan pengiktirafan kaum-kaum lain serta Demokrasi yang telah wujud di Malaysia.
Saya katakan bersifat berat sebelah adalah kerana analogi mudah begini. Bila ibu atau bapa telah memiliki PMR, SPM dan STPM maka sudah tentu anak mereka akan mendapat lebih dari itu. sedemikian juga bila ibu atau bapa memiliki Ijazah maka sudah tentu anak dan genarasinya nanti akan lebih pandai daripada ibu dan bapanya. Alasannya kerana kesedaran ibu bapa sebagai pemimpin keluarga telah ada. Ini adalah hakikatnya dan fitrah dalam kehidupan. Walaupun tidak semua akan berjaya namun yang pastinya akan ramai dari anak itu yang akan berjaya. Sejarah sekolah di Malaysia masih baru terutama bagi orang Melayu dan Bumiputera namun bagi sekolah-sekolah Vanekular telah lama wujud yakni sebelum tahun 1900 lagi. Kalau dikira berdasarkan generasi maka kaum-kaum lain telah berpeluang awal mendapat pendidikan lalu masyarakat Melayu dan Bumiputera telah tidak mendapat keadilan pendidikan kerana dasar penjajah terdahulu. Adakah orang Melayu dan Bumiputera lemah?. Jawapannya tidak kerana setelah pembetulan dasar dilakukan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) maka hari ini bangsa yang terpinggir dizaman penjajah ini telah ramai yang berjaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah berbanding warganegara lainnya. Adakah bangsa lain dinafikan? Jawapannya juga tidak kerana carilah stastik terkini pada hari ini yang melibatkan Ekonomi, Pendidikan dan sebagainya maka jawapannya Melayu dan Bumiputera masih lagi ketinggalan. Ini tidak bermakna dasar DEB gagal. Kejayaan terbesar DEB adalah penurunan kadar kemiskinan Bumiputera dari 49.3% (1970) kepada 5.7% (2005). Ini diakui sendiri oleh Bank Dunia dan faktor kejayaan adalah disebabkan dasar DEB. DEB memerlukan masa yang panjang untuk mencapai Matlamat penuhnya iaitu Membasmi Kemiskinan dan Menyusun Semula Masyarakat. Matlamatnyapun jelas untuk semua Kaum. Atas dasar inilah saya mengatakan bahawa perjuangan Meritokrasi akan menyebabkan satu-satu kaum sahaja yang akan berjaya kerana asas bermulanya sudah tidak menampakkan keadilan. Mungkin untuk bidang-bidang tertentu atau pada masa 100 tahun kehadapan meritokrasi adil dilaksanakan secara keseluruhannya. Adil itu sebenarnya meletakkan sesuatu pada tempatnya. Masyarakat India pun diperuntukan budget yang besar untuk membela mereka. Sammy Vellu sebenarnya patut dipersalahkan kalau ada kegagalan membangunkan masyarakat India di Malaysia. Namun stastik sebenarnya yang masih ramai ketingalan masih lagi Bumiputera.
Ketuanan Melayu bukanlah sesuatu isu kerana laungan ini bukanlah bermakna masyarakat Melayu menganggap kaum-kaum lain sebagai sebaliknya. Konsep penerimaan patut diselami dan dihayati. Fakta sejarah tidak pernah menipu dan tidak ada sejarah orang Melayu memperhambahkan orang lain. Peneriman masyarakat Melayu terhadap konsep kerakyataan setu ketika dahulu dan menyakini janji "pengiktirafan" 4 perkara didalam 'pakatan murni'(rujuk buku sejarah dan perlembagan negara perkara 3, 14, 153, 152, 181) adalah bukti penerimaan masyarakat Melayu dan pengorbanan mereka. Janganlah dimungkiri janji pengiktirafan ini kerana akan mengundang rasa kesal orang Melayu dan Bumiputera.
Apapun pada Hisyamudin Rais janganlah bila kita pandai kita merasakan kepandaian itu adalah disebabkan hasil kita seorang. Janganlah bila berada diatas langit saudara lupa tanah dibumi. Saya membimbangi perjuangan saudara itu akan menyebabkan ketidak adilak sosial, ekonomi, pendidikan dan politik melebar luas di bumi tercinta ini. Kalau perjuangan meretokrasi dan kesamarataan tuan itu berjaya sekiranya pihak tuan memerintah, Alhamdulillah. Namun seandainya tidak berjaya setelah dilaksanakan dasar perjuangan tuan itu maka agak malang bagi generasi anak cucu kita yang akan datang. Langkah hari ini penentu kesinambungan warisan. Kalau terbukti hasil yang baik diperolehi hari ini mengapa mengambil risiko yang tidak pasti. Bukan takut kepada risiko namun pendapat tuan terang dan nyata berat sebelah.
'Sejarah umpama kuliah yang besar' memetik kata-kata Tun Dr. Mahathir lalu bagi yang tidur dan tidak mahu memahaminya maka mereka ini akan menafikan hak semua yang berhak. Kepada mereka yang melepaskan kewarganegaraan mereka pada saya golongan ini adalah golonga-golongan yang tidur semasa menelusuri kuliah yang besar. Justeru, tidak heranlah golongan-golongan ini telah hilang jati diri nya. Bagi golongan yang menyumbang tenaga di Negara lain sekurang-kurangnya mereka membawa pulang hasil ke Malaysia dan tidaklah sederhaka golongan 4 ribu ini.
Salam Perjuangan...
"Jangan Benarkan Chin Peng Kembali Ke Malaysia"
KeDay
17 Zulhijjah 1430 Hijrah
04 Disember 2009
Jumaat (02.40 am)
Tuesday, December 1, 2009
ISU CHIN PENG DAN BTN: SATU KEBETULAN ATAUPUN STRATEGI
Sabah Tumbang Kepada Pembangkang.
Kita masih ingat bagaimana dikatakan Sabah akan jatuh ketangan pembangkang sebelum PRU ke 12 baru-baru ini. Semua orang bercakap tentang hal itu dan parti politik BN juga berasa bimbang. Tumpuan diarahkan ke Sabah pada ketika itu maka yang terlepas pandang adalah keadaan di tanah Semananjung. Apa yang menariknya selepas pilihanraya adalah yang dibimbangi kalah ini telah dikatakan sebagai "Deposit" besar kepada parti pemerintah pada saat ini. Yang sebenarnya menjadi sasaran adalah Semananjung . Isu kekalahan Sabah sebelum ini adalah stratagi alihkan tumpun terhadap isu sebenar iaitu menjatuhkan negeri-negeri di Semenanjung.
Pengalihan isu-isu dengan menjadi isu-isu lain sebagai "Dummy" sebenarnya bukanlah suatu strategi yang baru. Luaskan saja pencarian maklumat kita kepada isu-isu di dunia luar. Strategi 'Pre-emptive strike' berlaku selepas serangan keatas World Tread Center dan akhirnya isu serangan keatas Iraq, Afganistan dan ugutan keatas Iran semangkin dihalalkan atas nama memerangi keganasan. Adakah semua yang ditimbulkan adalah sebenar-benar isu atau sekadar dijadikan 'kabus' sahaja bagi menghalalkan sesuatu isu yang sebenarnya yang menjadi keperluan golongan perancang strategi ini.
Isu Mengambalikan Chin Peng adalah keutamaan untuk digagalkan dan bukannya isu perkauman yang dikatakan dibawah oleh BTN. Dua perkara ini saya melihat ada perkaitannya. BTN hanya dijadikan sebagai kambing hitam untuk mengelabui mata terhadap isu Chin Peng. BTN bolehlah dikategorikan sebagai musuh nombor satu kepada usaha pengembalian Chen Peng ke Malaysia. Usaha menembalikan Chin Peng juga sebenarnya adalah usaha untuk mengangkat martabat Cheng Peng sebagai salah seorang wira Negara. Sejarah cuba diubah dan cubaan ini sudahpun bermula cuma masa menjadi penentu bila ia menjadi realiti.
BTN Harus Di Tutup
Jalan mudah untuk mengangkat Chin Peng adalah dengan melemahkan musuh dan memansuhkannya. Strategi yang mudah dimainkan adalah 'perkauman' yang dibawa BTN. Telah berjuta Masyarakat Malaysia mengikuti kursus BTN semenjak selepas berlakunya titik hitam sejarah Negara 13 mei 1969 namun tidak ada satupun bekas peserta yang menjadi pemula mengulangi sejarah hitam ini berlaku. Yang berlaku kekalahan 5 negeri kepada Pembangkang. Kelantan tidak pernah rebah ketangan BN. Bagaimana mewajarkan ayat bahawa BTN Doktrinasi BN. BTN Mengajar rakyat tentang Patriotisme. Patriotisme sebenarnya relevan sampai bila-bila kerana ini adalah benteng yang paling ampuh menahan segala cubaan anasir luar dan dalam yang mengangu-gugat kestabilan negara. BTN mendukung perlembagaan negara dan berasaskan fakta sejarah serta berpandukan ajaran agama. Tidak banyak kursus yang menekankan aspek solat dalam jadualnya namun BTN tidak sesekali melupakan ajaran agama yang menjadi tiang ini. Menjaga negara juga adalah sebahagian dari ajaran Islam dan Syahid bagi yang gugur mempertahankan tanah air dari dicerobohi musuh. Adakah kerana fakta sejarah yang dibentangkan lalu BTN menjadi kebimbangan pendokong Chin Peng dan Komunis. Takut kah mereka bahawa BTN akan menjadi penghalang besar hasrat 'halus' mereka kerana membentang fakta yang menentang anasir-anasir sebegini. Sememangnya ada golongan yang berhasrat untuk menukar fakta sejarah dengan mempersoalkan integriti penulisan sejarah pada masa kini. Sejarah kini dikaitkan dengan sejarah versi kerajaan. Perkara ini boleh berlaku dan contohnya ada di depan mata. Nama Temasik bertukar Singapura, dan dijumpai melayu dikatakan dibuka oleh Inggeris serta sebagainya. Bukan susah menukarnya. "Tukar Kerajaan" kuncinya. Fikir-fikirkanlah.
Strategi Presepsi
Hari ini Isu BTN menengelamkan Isu Meng'idola'kan Chin Peng. Semangkin banyak yang bercakap tentang BTN maka semangkin banyak presepsi yang akan timbul. Kenyataan Dato' Sri Nazri Abdul Aziz yang menyatakan bahawa modul BTN akan dirombak sebenarnya mengujudkan presepsi bahawa modul BTN ini adalah salah. Tajuk "Kurikulum BTN akan dirombak" ini akan dijadikan senjata untuk membenarkan presepsi yang ditimbulkan terhadap BTN sebelum ini. Selayaknya PM, TPM dan Menteri yang menjaga BTN sahaja yang wajar menjawab bagi pihak BTN ini. Cukuplah kita terikut-ikut dengan rentak golongan yang cuba meruntuhkan Institusi penting Negara ini.
Semangkin banyak ulasan terhadap BTN ini diwar-warkan maka semangkin banyak presepsi yang akan wujud. Semua bercakap tentang permainan "presepsi" yang dibawa pembangkang namun ramai yang masih tidak belajar terhadap tektik ini. Presepsi ini lah yang hampir meranapkan kerajaan Barisan Nasional maka akhirnya dimata masyarakat terhapus segala jasa-jasa Kerajaan yang ada. Seolah-olah tiadalah kebaikan yang diperolehi masyarakat terhadap kerajaan yang ada pada masa kini. Tidak dinafikan dalam banyak-banyak isu yang diketengahkan ada yang benar namun disebalik yang benar inilah ditanam fitnah dan pembohongan belaka maka akan ramai yang boleh terkeliru. Inilah tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab kerana berniat meruntuh bukan membina. Memahami kelemahan masyarakat kita pada hari ini lebih rela mendengar dari mencari maka dengan mudah dipengaruhi oleh mereka-mereka yang bijak berpidato. Musuh presepsi adalah Fakta dan kerana itu BTN harus dimansuhkan dengan mengujudkan presepsi 'perkauman' disebabkan agensi yang satu ini sarat dengan faktanya bila berhujah.
Realitinya bak kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin "Bagi kita, tak rugi apa-apa kalau ada yang tidak mahu sertai BTN. Kita hanya nak beri faedah kepada pihak yang hendak memahami apa kebaikan di dalam kursus BTN'. Jawapan yang ringkas namun maksudnya ini bukannya sesuatu isu yang harus diperdebatkan sampai berminggu. Bagi yang tidak mahu biarkan dan saya sarankan agar biar bekas peserta yang menghakami BTN bukan segelintir orang politik. Pembangkang memang sifatnya pencari salah dan seolah-olah kebenaran hanya ada pada mereka selalunya. Malang bagi BTN bila isu ini tidak segera dihentikan dengan jangan semua bercakap berkenaan perkara ini. Rebah BTN mengilai Chin Peng dan pendokongnya. Ingat, perlakuan hari ini sangat singnifikan terhadap masa depan generasi yang akan datang.
Yang Harus Ditentang
Chin Peng dan pengikutnya sebenarnya adalah musuh negara dan bukannya isu penutupan BTN. Chin Peng bila berjaya memasuki negara ini akan menjadikan golongan yang meminati pengkhianat ini bersorak gembira. Tidak ramai yang mampu berhujah mematahkan ayat simpati yang cuba digunakan bagi mencuit hati lembut masyarakat kita pada hari ini. Ayat seperti "Chin Peng hanya sekadar hendak disemadikan disebelah kubur bapanya dan berkehendakkan berjumpa sanak saudara yang ada di Perak", "Chin Peng dilahirkan di Setiawan, Perak jadi kenapa susah sangat Kerajaan hendak membenarkan dia pulang", "Dia sudah tua dan tidak mampu berbuat apapun". Ideologi yang dibawa Chin Peng sebenarnya adalah sesuatu yang sangat bahaya dan manusia-manusia yang menjadikan "pengkhianat" ini idola akan cuba merubah sejarah kerana pastinya mereka ini akan bercakap tentang kebaikan idola mereka ini berbanding keburukan yang dibawanya. Pembunuhan yang dilakukan Komunis yang dikepalai Chin Peng ini yang ditentang. Masih segar dalam ingatan yang terkesan secara langsung dek keganasan Komunis ini. Berapa ramai yang mati ditangan Komunis ini. Mengatakan pejuang kemerdekaan namaun selepas Malaysia Merdeka masih ada juga berlaku penentangan Komunis. Manusia sebegini sewajarnya diburu bukan dijulang.
Berfikir sejenak wahai warga yang prihatian. Jangan kerana strategik yang licik dimainkan kita terjerat. Berfikir sedalamnya sebelum bertindak. Imbaslah selalu sejarah lampau. Lihat dalam ruang lingkup yang luas. Tajamkan akal dengan ilmu semoga kita tidak terkeliru. Tindakan hari ini adalah perjudian untuk genarsai dimasa hadapan.
Salam Perjuangan. Hapuskan Komunis, Singkirkan Chin Peng dan Angkatannya.
Asmarah Rikun
15 Zulhijjah 1430 Hijrah
02 Disember 2009
Rabu (05.30pm)
Friday, November 27, 2009
Mencari Hikmah Dari Kisah RM57 Adik Nur Izzati
Pada saya apabila melihat wajah adik Nur Izzati terseduh sedih rasa kesihan teramat tertusuk dihati. Isu yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan mudah tidaklah sewajarnya sampai 2 ke 3 hari menjadi ulasan seolah-olah terlalu berat untuk diselesaikan. Pihak Sekolah dan para guru tiada salahnya kerana mempertahankan prosedur yang digariskan. Saya tidak memandang ini sesuatu yang tidak wajar hanya sekadar menuntut sesuatu yang hak bagi pihak sekolah. Saya percaya pihak sekolah boleh dibawa berunding, namun disebabkan isu ini dikeluarkan di dada akhbar maka sewajarnya mereka mempertahankan tindakan mereka yang sememangnya tidak salah. Saya percaya disaat tulisan ini di 'publish', isu ini sebenarnya telahpun diselesaikan. Kerana ianya terlalu kecil untuk diperbesarkan.
Hikmahnya bagi kita yang membaca, jangan cepat menghukum siapa yang salah namun belajar dari pengajaran yang ada. Sebagai ketua keluarga sewajarnya kita menyelasaikan sesuatu yang semenangnya menjadi kewajiban kita. Kesannya sebenarnya bukan kepada kita tetapi kepada anak yang merasainya. Kita tidak akan faham perasaannya sebagaimana dia yang menghadapinya. Jangan kita terlalu bergantung harap kepada bantuan kerana ini akan menyebabkan kita leka terhadap tanggungjawab kita. Susah bukan alasan untuk tidak dapat menyempurnakan tangungjawab kita bekeluarga kerana sesusah kita, ada lagi orang yang lebih malang dari kita.
Anak-anak yang cemerlang begini agak ralat memiliki perjalanan sejarah pahit sebegini kerana kesilapan kita. Jangan biarkan mereka berasa seolah-olah usaha mereka tidak dihargai kerana ini akan membantutkan kecemerlangan mereka dimasa hadapan. Semua pihak seharusnya memberikan sokongan sewajarnya kepada pembangunan pendidikan Negara dan jangan hanya suka menuding jari mencari siapa yang salah bila timbul sesuatu masalah.
Sekadar pandangan dan menyokong penuh terhadap penciptaan kecemerlangan...
11 Zulhijjah 1430 Hijrah
28 November 2009
Sabtu (10.37am)
Thursday, November 26, 2009
KEKEJAMAN KOMUNIS CHIN PENG

Apa sebenarnya agenda di sebalik desakan me"Warganegara"kan Chin peng? Adakah begitu mudah untuk melupakan dosa besar yang dilakukan Parti Komunis Malaya (PKM) ini? Adakah Chin Peng boleh diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan? Persoalan ini sering bermain atau dimainkan bagi mencari kewajaranan pengiktirafan keatas perjuangan PKM. Banyak lagi persoalan lain, kenapa ini boleh dan kenapa itu tak boleh, adakah kerana dia 'Cina' maka dia tidak diizinkan untuk menjejak ke Bumi Bertuah ini dan sebagainya.

Perlu dijelasakan sejelas-jelasnya bahawa apa yang nyata tentang penolakan kepada Chin Peng adalah kerana Ideologinya serta KEGANASAN yang dilakukan oleh PKM atas mandat Chin Peng. Bukannya atas sebab lainnya seperti dakwaan sesetengah pihak yang berkehendakkan sokongan sempit mewajarkan kenyataan bahaya seperti 'adakah penolakan terhadap Chin Peng kerana dia berbangsa Cina'.

Hari ini segelintir masyarakat Malaysia ingin meletakkan Chin Peng sebagai idola dan didedahkan tempat kelahiran Chin Peng dari Sitiawan dan diwar - warkan permohonan Chin Peng untuk disemadikan disisi ahli keluarganya yang lain di Malaysia. Semua ini adalah percubaan untuk menagih simpati masyarakat. Secara jelas dilahirkan di Bumi ini tidak memungkinkan dia menjadi Warganegara. Kalau semudah itu maka ramai pendatang di Sabah serta serata Malaysia ini secara terus boleh menjadi warganegara. Permohonan wajar dilakukan dan dalam kes Chin Peng, beliau tidak pernah memohon seperti apa yang dilakukan warganegara ini setelah merdeka. Chin Peng sibuk menjadi Gerila membunuh warga bumi ini sendiri atas dasar perjuangan ideologinya. Chin Peng sendiri pernah membuat pengakuan terhadap kekejaman yang dilakukannya menerusi akhbar The Star. Kalaulah DOSA BESAR ini dimaafkan, sewajarnya juga kita memafkan kesalahan pesalah pembunuhan yang dihukum gantung di negara ini yang diputuskan Mahkamah. Malah sebenarnya kesalahan Chin Peng ini jauh lebih besar kesannya kepada Masyarakat Malaysia yang cintakan kedamaian. Masih hidup lagi sebilangan besar keluarga yang mendapat kesan secara terus dari perbuatan Komunis ini termasuk angota keselamatan yang mempertahankan keamanan dengan angota yang cacat sampai bila-bila. Apakah perasaan mereka yang cacat angota ini disebabkan kekejaman Komunis ini yang menangung derita sampai kemati ini melihat musuh utama negara satu ketika dahulu diberikan tempat di Bumi Bertuah ini kelak.

Salam Pengorbanan.
11 Zulhijjah 1430 Hijrah
(28 November 2009)
Sabtu - 12.21am
SALAM AIDIL ADHA

Assalamulaikum dan Salam Satu Malaysia
Monday, November 9, 2009
PENULISAN - Antara Anugerah Dan Keinginan
Sekian...
Isnin - 09 November 2009
Monday, September 7, 2009
PATRIOTISME PADA SAYA

Sunday, August 23, 2009
SALAM RAMADHAN
Do'a Malaikat Jibril menjelang Ramadhan untuk renungan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri; Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali.
Di kesempatan ini mungkin masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Salam Ramadhan dan selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga kira mendapat rahmat Allah dalam bulan yan mulia ini.. Amin. Mohon ampun dan maaf atas ketelanjuran secara sedar atau pun tidak kepada semua...
Salam Perpaduan..
Thursday, August 20, 2009
POLITIK YB. GOBALAKRISHNAN

Khamis, 20 Ogos 2009
sumber: http://www.bharian.com.my/
DELEMA POLITIK...
BUKIT MERTAJAM: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, membuat tuduhan terbaru terhadap Umno dengan mendakwa Islam dibawa parti itu sama seperti Islam diamalkan di Palestin. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan dengan nada sinis, berkata ajaran Islam dibawa Umno sudah tentu tidak boleh membawa seorang Muslim untuk ke syurga. "Ada perbezaan antara Islam dibawa Pas, berbanding Islam dibawa Umno kerana Islam mereka (Umno) tidak membawa ke mana-mana dan tidak membolehkan seseorang itu masuk syurga. "Atas perkara itu, saya percaya penduduk di Permatang Pasir akan memilih calon Pas (Mohd Salleh Man) sebagai wakil rakyat mereka, bukannya calon Umno (Rohaizat Othman)," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di sini, semalam . 20 Ogos 2009
sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20090818011503/Article/.
Nik Aziz mahu semuka majlis fatwa
"Mereka perlu tanya saya di mana salahnya, saya sedia menjelaskan secara berdepan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di Kota Bharu hari ini.Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz mengakui bahawa beliau bukan orang yang boleh menentukan seseorang masuk syurga atau neraka."Yang menentukan jalan syurga (atau) neraka adalah Allah dan yang memberitahu kepada kita (ialah) Nabi Muhammad SAW dan (apabila) nabi mati tugasnya disambung oleh ahli ulama."Saya bukan menentu syurga (atau) neraka yang menentukannya Allah, saya yang menyambung syariat dan jalan ke syurga ialah orang-orang yang Allah beri nikmat bukan nabi-nabi," katanya.Bagaimanapun, Nik Aziz tetap mempertahankan kenyataannya bahawa ajaran Islam yang dibawa Umno tidak menjamin penyokongnya dapat masuk syurga.Semalam Nik Aziz menjelaskan bahawa apa yang dimaksudkannya ialah sesiapa saja yang mengasingkan iman daripada Islam tidak akan masuk syurga. BERNAMA - dipetik dari http://www.malaysiakini.com/news/111049 . Ogos 20, 09 7:15pm
Isu-isu yang panas dan mengelirukan biasanya banyak ditimbulkan bila tiba masa PILIHANRAYA. kawan-kawan pas bercakap bahawa yang layak mengulas kenyatan seorang bergelar Tok Guru ini adalah orang-orang agama sahaja. Bolehkah kita menghalang orang lain untuk menilai?, apakah maksud kenyataan ini sebenarnya dan kenapa perlu buat kenyataan sedemikian yang sangat mengelirukan? dimanakah asasnya maksud kenyataan Tuan Guru "bahawa ajaran Islam yang dibawa Umno tidak menjamin penyokongnya dapat masuk syurga"? Apakah ajaran Islam yang dibawah UMNO ini salah dan dimanakah salahnya?
Banyak sebenarnya kontroversi kenyataan Nik Aziz ini bila tiba musim-musim pilihanraya. Pilihanraya seolah-olah masa melepaskan geram dan berdakwah (pada mereka-mereka yang berkenaan). Tetapi adakah bijak tindakan sebegini. Ada juga suara-suara sumbang menyalahkan wartawan kerana bertanya soalan 'killer' dan memerangkap. Pada saya seseorang pemimpin kenalah bijak menentukan jawapannya dan kalau rasa tak perlu jawab, janganlah jawab dan kalau dah jawab jangan lah salahkan wartawan yang bertanya sebarang soalan. sememangnya diantara kerja wartawan adalah bertanyakan soalan.
Alangkah indahnya kalau sekiranya PAS yang merasakan mereka membawa ISLAM SEBENAR ini dapat bersekedudukan dengan UMNO yang dinyatakan "Islam yang dibawa Umno tidak menjamin penyokongnya dapat masuk syurga" dan mentarbiah UMNO itu. Agak salah rasanya menghinah UMNO dan penyokongnya sedemikian teruk. Pernah dilebalkan sebagai Komunis dan disamakan dengan ajaran Ayah Pin. Tidak adakah lagi titik pertemuan diantara PAS dan UMNO ini. PAS seolah olah berjuang bermati matian untuk menguburkan UMNO dan seperti tidak terguris dengan sebarang kenyataan rakan seperjuangan DAP nya. Janganlah berhabis-habisan "membunuh" saudara seISLAM sendiri dan berkompromi dengan musuh sebenar yang terang lagi bersuluh.
Sekadar pandangan namun carilah titik pendamaian dan yang salah betulkan bukan dilebal yang bukan-bukan. agak malang bagi umat Islam Malaysia melihat dua tongak Melayu-Islam ini bercakaran sehinga yang menjadi pemerhati terkeliru dan menyokong terlalu melulu. Apa yang jelas SETIAP UMAT ISLAM ITU BERSAUDARA. Jangan sampai terputus SILATURAHIM kalaupun berkehandakkan KEMENANGAN.
Wassalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Wednesday, June 3, 2009
KENANGAN BERSAMA SELAMANYA
Salam Perpaduan...
saya sebenarnya ingin memenuhi permintaan para teman yang ingin melihat cebisan gambar kenangan persandingan saya pada 02.05.09 hari tu. Maaf agak terlewat namun agaknya masih belum terlambat bah kan. Jadi untuk memenuhi permintaan para sahabat, teman dan rakan saya linkkan semua pada rangkaian web/blog jurufoto yang juga seorang sahabat baik saya semasa di Universiti Utara Sintok Kedah dulu. Bolehlah pembaca semua membuat tempahan pada sahabat saya ini. Hasil kerjanya tak payah saya cerita le tapi para sahabat lain bolehlah tengok sendiri di http://www.arvishstudio.com/category/asmarah-noor-hafizah/ . TERIMA KASIH pada semua yang hadir dan yang ada hati serta niat nak hadir tapi tak berkesempatan. kepada sahabat yang tak sempat untuk dimaklumkan, MOHON AMPUN setingginya kerana ada beberapa perkara diluar kemampuan saya. Ingin juga saya merakamkan setinggi Terima Kasih kepada sahabat saya Ustaz Said Beaufort kerana bantuan dan pertolongan Ustaz kepada saya. Jasa dikenang selamanya.
SALAM UNTUK SEMUA DAN TERIMA KASIH SEKALI LAGI
Salam...
Tuesday, May 26, 2009
BUKTIKAN KESETIAAN KEPADA NEGARA
Salam Perpaduan...
Bertindak salah dan tak bertindakpun salah. Fenomina mencari POPULARITI saya lihat akhir-akhir ini semangkin menjadi-jadi. Apa sahaja isu akan dijadikan primis untuk menaikan nama mereka seolah-olah mereka ini pembela 'Masyarakat Sejagat'. Apa yang pasti ramai yang terkilan dek kerana tindakan BODOH dan menyalahgunakan 'hak kebebasan' ini. Laungan Propaganda dunia Barat tentang 'Hak Asasi' serta 'Demokrasi' ini saya lihat semangkin meresap kedalam minda dan perlakuan golongan 'gilakan kuasa' serta Populariti ini. Selepas membuat sesuatu 'tindakan', golongan ini pasti menghalalkannya dengan alasan KEBEBASAN BERSUARA serta HAK ASASI MANUSIA.
Perhimpunan sebagai tanda sokongan kepada perjuangan LTTE di Sri Langka ini suatu yang boleh dipersoalkan. Dimanakan kiblat mereka ini?. Benarkah ada keikhlasan pada perjuangan golongan ini atau ada agenda lain tersembunyi?. Hanya mereka-mereka yang terlibat sahaja mampu menjawabnya. Pada saya, mengajar rakyat untuk melakukan sesuatu perkara yang bukan menjadi budaya kita adalah suatu tindakan yang sangat tidak wajar. Mungkin ingin dilihat HERO dimata masyarakat mereka ini lalu mengunakan platform ini untuk menjulangkan lagi nama mereka. Kenapa saluran Perhimpunan ini diambil bagi menyibuk hal ehwal dalaman Negara lain. Tidak adakah lagi saluran yang lain. Akhirnya Kerajaan juga dibebankan dengan menyelesaikan tindakan tidak berakal ini. Bila bertindak tegas Kerajaan dikatakan Zalim dan kalau tidak dikatakan Longlai dan macam-macam lagilah presepsi yang cuba dibentuk oleh golongan ini.
Penyedap cerita pulak ada golongan lain juga bertindak sama tapi tak serupa. Penganas cuba dijadikan Hero. Dicadangkan pulak untuk dijadikan Warganegara. Manusia yang dibawa kepimpinanya satu ketika dulu telah menyebabkan lebih 50 ribu tentera dan polis yang terbunuh. Cheng Peng dari PKM hampir mula diagungkan. Saya kira gerakan ini suda lama oleh orang-orang yang masih setia padanya. Kalau tidak masakan Tugu Peringatan Perjuangan Komunis telah ujud di Nilai dan beberapa tempat lain lagi. Pejuang Kemerdekaan mana mungkin akan membunuh rakyatnya sendiri. Membunuh rakyatnya sendiri bukanlah seorang pejuang tapi seorang PENGGANAS. Bukti keganasan ini mangkin terserlah bila Tanah Melayu yang sudah diistiharkan MERDEKA terpaksa pulak berhempas pulas untuk mengekang kegenasan golongan PKM ini. Kalau benar seorang pejuang kemerdekaan maka golongan ini seharusnya berhenti membunuh bila kemerdekaan sudah tercapai. Ternyata benar perjuangan mereka adalah untuk kepentingan Gerakan serta ideologi mereka sendiri. RAKYAT MALAYSIA MERDEKA harus menentang sebarang bentuk propaganda untuk menaikkan nama pengganas ini apatahlagi untuk menjadikan dia seorang WARGANEGARA.
Jangan biarkan jasa orang terdahulu yang berjuang untuk kesenangan serta kemerdekaan kita pada hari ini disia-siakan. Bertapa keciknya hati pada pejuang ini bila orang yang membuat onar terhadap Tanah ini mula diberikan tempat. Perjuang kecil saya dalam penulisan ini adalah terlalu kecil berbanding perjuangan Kemerdekaan orang yang tedahulu. Sebagai Warga Merdeka, jangan biarkan tindakan gila segelintir masyarakat yang gilakan populiriti ini menjadi kenyataan.
Sekian...
Assalamulaikum...
Salam Perpaduan.
Wednesday, May 13, 2009
MENCARI KEBENARAN, MENGELAK KEKELIRUAN
Salam Perpaduan..
Semalaman saya tertanya-tanya sebenarnya apa yang akan bakal berlaku. Saya ingatkan mungkin adalah sedikit perubahan pandangan atau atau cara penilaian. Namun bukanlah mengharapkan atau memaksa menerima pandangan yang bertentangan dengan pendapat sendiri tetapi cukuplah sekadar kita menyatakan YANG SALAH TETAP SALAH dan BENAR KATAKAN BENAR atau KALAU TIDAK TAHU BERTANYA dan JANGAN BERHUJAH KALAU SEKADAR ANDAIAN BANYAK DARI FAKTANYA. Perkara terpenting lagi adalah JANGANLAH SELALU MENGATAKAN KITA SAHAJA YANG BETUL LALU MENAFIKAN SEMUA PENDAPAT YANG BERTENTANGAN DENGAN KITA...
Bagai menentukan mana yang sebenar berlaku dulu. Umpama Ayam dangan Telur, yang manakah sebenarnya keluar dahulu. Saya bukan pembela Nizar mahupun Zambry namun biarlah kita adil pada kedua-duanya.
Membawa kes ini ke Mahkamah dimulakan oleh saudara Nizar dan umum mengetahui keputusan telah dibuat. Mahkamah berpihak kepada Nizar lalu penyokong bersorak dan MEMBENARKAN tindakan Mahkamah ini. Walaupun umum telah mengetahui ini saya pautkan juga fakta ini untuk tatapan:
http://www.bharian.com.my/BH_video/sc_getVideos?vid=20090511190401&height=400&width=450
Sebagai prosedur biasa lalu Zambry pulak membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan untuk menanguhkan Tindakan Mahkamah Tinggi. Bukan membatalkan tetapi hanya MENANGUHKAN sahaja.
- RAYUAN ZAMBRI DIDENGAR PAGI INI
12 May 2009 12:23PM
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini akan mendengar permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk menangguh perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytihar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 11.45 pagi ini.
(Sumber :http://www.klpos.com/news/2009/05/12/3.html)
- Semalam Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 11 Mei lepas yang mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.
Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut. (Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20732&Itemid=50
- Mahkamah dengar rayuan Nizar 18 Mei
Harakahdaily Wed May 13, 09 9:47:27 pm MYT
KUALA LUMPUR,13 Mei (Hrkh) - Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 18 Mei ini untuk mendengar rayuan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi. Tarikh itu ditetapkan selepas Nizar memfailkan notis usul itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan hari ini melalui firma guaman Tetuan Leong & Tan. Kelmarin Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Nizar ialah Menteri Besar Perak yang sah. Turut disertakan bersama notis usul itu ialah sijil supaya kes itu disegerakan.
Bagaimanapun Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Ali membenarkan Dato' Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar. (Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20738&Itemid=1
Pasti ramai yang akan membuat andaian apa keputusan yang akan diputuskan. Kalau semua memahami dan meiktiraf Hak yang diberikan kepada semua pihak sewajarnya SEMUA HARUS BERPUAS HATI walau apapun keputusannya nanti. Saya petik sedikit pandangan daripada penulis Blog ini:
- SOLYMONE
Rasa nya kalau trend ini diteruskan, tidak heran lah , kalau esoknya timbul pula satu lagi keputusan yang berlainan dari Mahkamah Tinggi, bilamana pehak Nizar/PR pula mengemukakan lagi satu ‘petition’ yang menekankan bahawa rayuan pehak Zamry/ BN tidak releven dan sebagainya…Silap-silap kes perundangan ini akan berterusan sehingga kepangadilan Mahkamah Commonwealth atau Mahkamah Dunia..Manal lah tahu !!Bayangkan kalau ini lah ‘scenario’ yang akan berlaku. Sampai tua lah kita menanti kes fenomena kemelut politik di Perak ini akan selesai..Namun, keuntungan pasti berpehak kepada media, kerugian kepada rakyat Perak.Walau macam mana pun, hari esok maseh ada..(http://www.blogger.com/profile/10266649872759217914)
"Politik is Politik", kalau diminta kedua-dua pihak berdebat diatas pentas tanpa had masa pasti mereka akan saling berhujah tanpa henti dan mungkin sampai kiamat (pandangan extrim.hehe) namun nak mencari siapa PEMENANG pasti sukar kerana budaya POLITIK PENENTANGAN (mencedok pandangan NORBISA) dan bukanya POLITIK PENGIKTIRAFAN. Yang KELIRU dan CELARU pasti para Penyokong.
Saya melihat Penyokong Politik di Malaysia hari ini sangat berpaut kepada Politik Popular, Taksub dan Extrim. Maksudnya, semua akan mempertahankan pandangan "Bos" mereka sama ada betul ataupun tidak. Diajar sukar untuk menerima atau mengiktiraf kebenaran pihak Lawan lantas wujudlan pandangan membenarkan sesuatu itu kalau ianya berpihak kepada kepentingan group sendiri dan atau sebaliknya (mungkin ada yang tidak bersetuju dengan ini). Yang malang ada yang sanggup bertindak diluar Norma Masyarakat Timur serta adab Islam itu sendiri. Yang tegar akan tetap tegar. Ceritalah apapun pasti tidak akan dapat mengubah pendirian teguh ini.
Hari ini banyak Politik Negara-Negara Luar juga turut bergolak. Sedar atau tidak sedar sebenarnya banyak Pertukaran Kerajaan yang berlaku di seluruh Dunia. Pertukaran itu dibolehkan dalam amalan Demokrasi tetapi biarlah secara Aman dan Damai. Semoga Allah S.W.T memberkati kita dan semoga apa yang berlaku di Negara Luar tidak menular ke Negara Kita yang Tercinta ini. Kita hapuskanlah segala bibit-bibit anasir ini kalau ianya telah menampakan wajahnya.
Semua penulisan ini adalah cantuman pandangan golongan akademik, penulis blog, akhbar-akhbar tempatan dan ulasan saya yang kerdil ini. Semua ini sebagai Renungan. Semoga perbanyakkan diri kita dengan Ilmu agar Pandangan kita terarah dan Hujah kita Berharga.
Sekian... Wassalam...
Salam Perpaduan...
HAK SIAPA YANG BENAR...
Salam Perpaduan…
Saya tertarik tentang pandangan saudara NORBISAH pada Blognya http://nobisha.blogspot.com/ berkisar tentang Hak-Hak ini. Terdapat 4 Hak pada pandangan beliau yang saya panjangkan beserta dengan tambahan-tambahan fakta untuk renungan. Mungkin fakta ini tidak mencukupi tetapi yang pasti yang dipaparkan adalah fakta-fakta yang BENAR dan TELUS. Harapan semoga semua menghormati setiap Hak-Hak ini dan carilah kebenaran dan terus mencari.
Pada saya KITA YANG HARUS MENENTUKAN KEPUTUSAN DIRI KITA DENGAN PENCARIAN FAKTA SERTA KEBENARAN SENDIRI dan JANGAN JADIKAN DIRI ALAT UNTUK KEPENTINGAN ORANG LAIN.
Selusuri pandangan ini:
1. Hak rakyat yang membuat keputusan memilih 59 orang ADUN pada pilihanraya umum ke 12 lalu. Dalam pilihanraya itu, mereka memilih 27 wakil rakyat dari UMNO, 19 dari DAP, 6 dari PAS, 4 dari PKR, dan seorang dari MCA.(Dipetik dari http://nobisha.blogspot.com/)
FAKTANYA;

2. Hak Ahli Dewan Undangan Negeri. Dua ADUN dari PKR dan seorang ADUN DAP memilih untuk keluar parti masing-masing dan menjadi wakil rakyat Bebas. Di Malaysia tidak ada undang-undang anti-lompat dan tindakan mereka adalah sah. Nak marah kepada mereka pun marahlah, tetapi keputusan itu adalah sah. Ahli-ahli DUN juga telah beberapa kali bersidang dan hak DUN untuk membuat sebarang keputusan juga harus dihormati.(Dipetik dari http://nobisha.blogspot.com/)
FAKTANYA:
Mulanya…
« 7 Lagi Bekas Adun BN bakal Ikuti Jejak Dato’ Fauzi !!
Anwar ke Putrajaya Confirmed! »
Sabah and Sarawak MPs to join up in two weeks, claims Anwar
July 25, 2008
malaysianinsider Datuk Seri Anwar Ibrahim declared last night that he would announce in a week or two his plan to run for Parliament and also have a number of Barisan Nasional MPs from Sabah and Sarawak to join him – to make good his prediction to form the federal government by Malaysia Day..
“I want to see how much they (BN) are willing to spend (in the by-election). By that time (the by-election), our friends from Sabah, Sarawak and the Peninsular would be joining us,” Anwar told a crowd of thousands people at the Jugra stadium in Kuala Langat here, about 100km from Kuala Lumpur, late last night.
He added that it was necessary for him and the federal opposition to take over the government because the country was facing an economic crisis caused by BN’s mismanagement.
“I can tell you that things will get worse in two months,” he told the cheering crowd.
For the first time also, Anwar admitted that the opposition coalition Pakatan Rakyat had somewhat failed to convince the rural Malays to support the coalition.
“Based on our findings, the poor trusts Umno more,” he said, urging his staunch supporters, mainly teachers and civil servants, to explain to the villagers of Pakatan’s struggle…. selanjutnya.
This entry was posted on July 25, 2008 at 10:43 pm and is filed under Anwar Ibrahim, Lompat parti.
(Sumber : http://en.wordpress.com/tag/lompat-parti/)
“Isu lompat parti di Perak mula timbul apabila ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim mengumumkan keluar daripada BN bagi menyertai Parti Keadilan rakyat (PKR) pada Ahad lalu”
(Sumber:http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=64)
SAKSIKAN JUGA..
http://www.youtube.com/watch?v=I-Br4EqIs8w
http://www.youtube.com/watch?v=I-Br4EqIs8w
Dan
http://www.youtube.com/watch?v=RGLh4_9Sr1w&NR=1
http://www.youtube.com/watch?v=RGLh4_9Sr1w
Semuannya OK pada ketika itu itu…
AKHIRNYA…
Berlaku pertentangan hak diantara Hak Rakyat dan Hak Wakil Rakyat. Sememangnya dari segi undang-undang tindakan ini tidak menjadi salah tetapi dalam soal moral ada yang mengatakannya salah. Pada saya juga ianya salah dari segi moral tetapi tidak salah dari segi Undang-undang Negara.
p/s : Apakah perkiran kita selepas ini… Fikir-fikirkanlah sematangnya…
3. Hak Sultan Perak untuk melantik Menteri Besar dan membubarkan DUN. Dalam soal perlantikan Menteri Besar, nampaknya Mahkamah Tinggi berpendapat proses perlantikan Dato' Seri Dr Zamry Abd Kadir sebagai Menteri Besar tanpa melalui DUN adalah tidak sah. Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin juga memohon menghadap Sultan Perak bagi memohon pembubaran DUN. Sebagai rakyat, saya berharap Sultan Perak menerima permohonan mengadap itu dalam jangka masa terdekat. Itu adalah hak Nizar sebagai Menteri Besar dan hak ini harus dihormati. Hak Sultan Perak pula ialah membuat keputusan dan hak ini juga harus dihormati. Baginda boleh bersetuju atau tak bersetuju untuk membubarkan DUN Perak.(Dipetik dari http://nobisha.blogspot.com/)
FAKTANYA:
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN (Hingga 5hb MAC 2008)
*JADUAL KELAPAN
Peruntukan-peruntukan yang akan
Dimasukkan dalam Perlembagan-Perlembagan Negeri
Perkara 71
BAHAGIAN 1
PERUNTUKAN TETAP
(2) Raja boleh bertindak menurut budi bicaranya pada menjalankan tugas-tugas yang berikut (selain daripada tugas-tugas yang pada menjalankannya ia boleh bertindak menurut budi bicaranya dibawah di bawah Perlembagaan Persekutuan) iaitu –
(a) melantik seorang Menteri Besar,
(b) tidak mempersetujui permintaan membubar Dewan Negeri,
:- yang berkaitan sahaja dipaparkan dan selebihnya boleh rujuk buku PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN (HINGGA 5hb MAC 2008), International Law Book Services.
p/s : Setakat yang saya ketahui dan telah baca sendiri. Selebihnya bolehlah mencari pengamal undang-undang untuk memahami penafsirannya…
4. Hak Mahkamah. Kalau mengikut jalur perundangan, Zamry boleh membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan seterusnya Mahkamah Persekutuan. Hak itu juga harus dihormati. Memandangkan kes ini telah dibawa ke Mahkamah, maka saya fikir elok juga proses ini dibawa sehingga ke penghujungnya walaupun kita tidak dapat meramalkan keputusan akhir dalam kes ini.
(Dipetik dari http://nobisha.blogspot.com/)
Mohon izin kepada Saudara Norbisa dengan penulisan semula pandangannya namun sedikit tambahan pandangan serta perkongsian fakta dari saya untuk renungan. Sayapun merasakan semua sudahpun mengetahui fakta-fakta ini namun biarlah saya siarulang semula untuk menyegarkan ingatan kita. Mana tau ada yang telah lupa dan ada yang belumpun mengetahuinya…
Cukuplah kiranya setakat ini…
Assalamulaikun
Salam Perpaduan ..
Monday, May 11, 2009
KELUHURAN PERLEMBAGAAN, KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Dari sudut Perlembagaan memang ini kemenangan bagi Pakatan Rakyat dan kalau dilihat daripada Majoriti Politik ianya masih kemenangan Barisan Nasional kerana fakta menunjukkan yang menyokong Barisan Nasional dari segi bilangannya telah melebihi bilangan yang menyokong Pakatan Rakyat (saya akan ulas pada penulisan yang lain). Bagi saya dan semua yang menjunjung Perlembagaan Negara, keputusan Mahkamah ini haruslah dihormati.
Saya tertanya-tanya, apakah reaksi para penyokong Pakatan Rakyat bila mengetahui keputusan ini. Apa yang boleh saya pastikan ialah Kegembiraan, Kesyukuran dan Kepuasan kerana perjuangan mereka berhasil. Bila mengetahui keputusan itu saya terus menghubungi rakan saya penyokong PAS dan memaklumkan keputusan Mahkamah Tinggi ini. Dia belum pun mengetahui hal ini tetapi reaksi pertama rakan ini tadi ialah ‘ketawa besar’ menandakan rasa puas hati pada hemat saya. Ayat pertama rakan saya pulak ‘betulkah’ dan ‘nah’. Saya membiarkan seketika dia merasai kegembiraan itu. Saya bertanya semula apakah yang akan dia lakukan setelah mengetahui hal itu dan adakah dia akan menghormati keputusan Mahkamah itu?
Saya bertanya begitu kerana satu ketika dahulu dialah diantara mereka yang ramai yang sangat lantang mempertikaikan keputusan-keputusan Mahkamah. Hujahnya, mahkamah ini dipengaruhi oleh golongan-golongan politik terutamannya Perdana Menteri. Bila Mahkamah memutuskan Razak Baginda dibebaskan tanpa membela diri di Mahkamah atas kes sensasi pembunuhan Gadis Mongolia Alntatuya Saharibuu, dikatakan Mahkamah ini bertindak atas pengaruh Perdana Menteri. Buktinya, perkara ini pernah berlaku pada zaman Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pada masa kini dakwanya ramai “orang Mahathir” dalam team Kepimpinan Perdana Menteri sekarang jadi perkara ini tidak mustahil boleh berulang. Siapa-siapa orang Mahathir itu didalam Kabinet Datuk Seri Najib tidak pulak dia dapat nyatakan tapi katanya ‘ramai’. Saya tidak membantah kerana memang sifat mereka memang begitu berhujah dengan emosi,bila disanggah hati membara lalu jalan terbaik menjadi pendengar setia je lah. Banyak lagi tindakan Mahkamah yang dimuntahkannya untuk menyakinkan hujah-hujahnya. Apa yang pasti Mahkamah ini tidak betul kerana keputusannya tidak berpihak kepada kepuasan mereka.
Tetapi sebentar tadi reaksi ‘Pelik tetapi Benar” pulak berlaku. Keputusan Mahkamah disorak gembira pulak. Memang tidak sukar meramal reaksi Pelik ini kerana satu ketika bila pemimpin agung mereka DSAI menang didalam Mahkamah maka Mahkamah dianggap membuat keputusan yang betul dan tepat manakala bila keputusan Mahkamah tidak memihak kepada mereka maka Mahkamah mula dikatakan dipengaruhi dan pelbagai lagi lah hujah-hujah mereka. Apapun, berbalik kepada soalan yang saya tanyakan kepada rakan ini tadi berkenaan adakah dia akan menghormati keputusan ini. jawapannya mudah, KETAWA dan KETAWA. Saya pun tersengih lalu melontarkan kata adakah dia ketawakan situasi yang berlaku atau ketawakan diri sendiri terhadap perlakuan silap menghukum selama ini. Sehingga selesai perbualan saya tidak mendapat jawapan yang “pasti” daripada kawan ini namun yang pasti kegembiraan menyelubungi perasaan mereka-mereka ini.
Bagi rakyat Malaysia, RUKUN NEGARA haruslah dihayati yakni:
· KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
· KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
· KELUHURAN PERLEMBAGAAN
· KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
· KESOPANAN DAN KESUSILAAN
pada pihak penyokong Kerajaan dan Pembangkang, keputusan yang diputuskan haruslah dihormati dan berpegang teguhlah kepada prinsip-prinsip RUKUN NEGARA ini. Seperkara terpenting yang perlu kita pegang ialah janganlah menghukum pihak lain bila keputusan tidak memihak kepada kita. Saya, puas kerana Mahkamah menjalankan fungsinya dan akan terus menyokong apapun keputusannya pada masa hadapan.
Apa yang pasti dan yakini kebenaran ALLAH SWT yang hakiki…
Sekian… Salam Perpaduan..
Friday, May 8, 2009
TERIMA KASIH SEMUA
Terima Kasih setingginya pada para Sahabat, Teman, Rakan, Kenalan dan semua yang hadir memeriahkan majlis Persandingan saya tempohari... minta maaf kerana rama juga sahabat-sahabat yang menghubungi saya untuk berjumpa tapi malangnya saya kena kuarintin pulak... masa untuk dipertontonkan kepada umum bermula pada pukul1.30 petang. jadi saya tidak berkesempatan bertemu para tetamu secara keseluruhannya.
saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menyusun sepuluh jari kiranya rakan dan teman semua tidak terlayan sangat... harap semua berpuas hati dengan layanan seadanya...
apapun pengalaman menaiki tandu berhias serta diiringi paluan kompang serta kuda akan menjadi kenangan terindah buat kehidupan baru saya ini... buat isteri saya, Noor Hafizah Abdullah... Semoga Saya menjadi yang terbaik yang wujud dalam hidup Mu ...
kepada para sahabat yang tidak sempat datang... ucapan tahniah daripada kalian sangat bernilai untuk saya... terima kasih atas segala ucapan yang diberikan...
Terima Kasih... Terima Kasih... Terima Kasih...
Assalamulaikum dan selamat Malam... Mahu Tidor sudah ni... HeHeHe.. Bye...
Wednesday, April 29, 2009
JEMPUTAN KE MAJLIS PERSANDINGAN SAYA


Wednesday, April 8, 2009
PILIHANRAYA OH PILIHANRAYA...
Dakwan-dakwan tidak berasas yang dilemparkan menyebabkan pengikut bertindak agak keterlaluan. Sedari perlakuan caci maki, ejek-mengejek, pertengkaran, pergaduhan malah ketahap menahan bas kerana tanggapan yang tidak munasabah. Kemenangan yang besar diperolehi Pas dan PKR sepatutnya memalukan penyokong-penyokong tegar mereka ini bahawa dakwan-dakwan mereka sebelum itu terutama berkenaan dengan "hantu2" ini tidak benar. masakan boleh beroleh majoriti besar kalau sekiranya perkara itu berlaku. Bilakah agaknya kita benar-benar matang dalam tindakan kita? Adakah perlu juga diajar semula tentang prinsip-prinsip RUKUN NEGARA? Janganlah kiranya kita merjadi 'alat' sehingga akhirnya akan menyusahkan diri sendiri serta keluarga. Lagi malang kalau turut menjejaskan imej Negara bertuah bernama Malaysia ini.
Mudah-mudahan Negara kita akan kekal AMAN dan BERDAULAT selamanya... amin..
Monday, April 6, 2009
DISIPLIN PENULISAN
Susah juga mendisiplinkan diri dalam bidang penulisan ini. Respect teramat lah pada mereka-mereka yang blognya selalu up-date... Apapun, orang baru dalam bidang ini saya mahu cuba sedayanya untuk menggunakan medan ini untuk melontarkan pengalaman, pendapat, cadangan serta komen... sebenarnya saya masih belajar memahirkan diri dalam mengetahui segala function2 blog ini... terasa kerdil betul diri ini bila merasakan banyak benda sebenarnya yang saya kurang faham terutama berkaitan dengan IT... Apapun mencuba sedayanya untuk memahami sistem ini..
Selamat dan Salam...